Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Attack on Titan The Final season bahagian terakhir sah ditayangkan pada tahun 2023!

Maira by Maira
April 4, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Attack on Titan The Final season bahagian terakhir sah ditayangkan pada tahun 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas seminggu ditangguhkan, episod terakhir untuk Attack on Titan: The Final Season part 2 akhirnya dilepaskan semalam. Ingatkan kita akan dapatkan pengumuman untuk filem rupa-rupanya tidak. Melalui akaun Twitter rasmi anime AOT, bahagian terakhir untuk Attack on Titan secara rasmi akan ditayangkan pada tahun 2023. Kena tunggu lagi setahun untuk kita dapatkan penamat yang terakhir untuk siri ini. Berikut adalah teaser untuk AOT The Final Part:

Teaser 15 saat itu mempamerkan visual utama serta tarikh tayangan perdana untuk siri tersebut. Walaupun masih belum mempunyai tarikh tetap, kemungkinan besar ia juga ditayangkan pada bulan Januari atau April, bulan yang sama Attack on Titan season 1 ditayangkan. Bukan setakat itu sahaja, ia juga menandakan sudah 10 tahun siri tersebut disiarkan.

Pasukan produksi utama untuk Attack on Titan The Final Season Part 2 termasuk Yuuichirou Hayashi sebagai pengarah, Hiroshi Seko sebagai penulis skrip, Tomohiro Kishi sebagai pereka watak, dan Daisuke Niinuma sebagai ketua pengarah animasi. Manabu Akita menyertai pasukan sebagai ketua pengarah animasi lain untuk siri anime. Barisan pelakon suara dari musim sebelumnya juga kembali untuk membawa watak masing-masing.

Kepada anda yang tidak tahu, siri Attack on Titan ini merupakan manga yang dihasilkan oleh Isayama Hajime pada tahun 2009 dan tamat pada tahun 2021 pada jilid ke 34. Siri ini telah mendapat adaptasi anime oleh WiT studio dan kemudian di ambil alih oleh studio MAPPA. Berikut adalah sinopsis untuk Attack in Titan:

Seabad yang lalu, gergasi mengerikan yang dikenali sebagai Titan muncul dan memakan semua kecuali beberapa ribu manusia. Mereka yang terselamat berlindung di sebalik tembok gergasi. Hari ini, ancaman Titan adalah kenangan lama, dan seorang budak lelaki bernama Eren rindu untuk meneroka dunia di luar Wall Maria. Tetapi apa yang bermula sebagai mimpi kebudak-budakan akan menjadi mimpi ngeri yang nyata apabila Titan kembali dan manusia sekali lagi di ambang kepupusan …

melalui Kodansha

Jadi, sementara menunggu “final part” untuk Attack on Titan, bolehlah tengok anime-anime lain yang tersedia untuk musim baru ini. Boleh tahan juga barisan anime baru bermula April ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai AOT, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAttack on Titan The Final Season: Part 2
Previous Post

TRANSFORMERS: Heavy Metal telah dilancarkan secara akses awal di Malaysia

Next Post

PlayStation rancang untuk memiliki lebih banyak studio akan datang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
PlayStation rancang untuk memiliki lebih banyak studio akan datang!

PlayStation rancang untuk memiliki lebih banyak studio akan datang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd