Sepanjang tempoh mengenali francais Attack on Titan, saya sebagai peminat telah melihat banyak kematian sejak episod pertama di mana siri ini membunuh begitu banyak watak penting. Sudah tentu, setiap kematian ini membawa perasaan emosi yang kuat dan bantu memajukan jalan cerita.
Sejak membuat debut pada hujung tahun lepas, musim terakhir anime terus mengejutkan peminat dengan perubahan Eren ke peranan antagonis. Episod terbaru Attack on Titan baru sahaja disiarkan, dan nampaknya seorang watak penting telah terkorban. Siapakah dia?
Amaran! Spoiler untuk Attack on Titan Season 4 di bawah! Jangan baca kecuali jika sudah tonton anime dan/atau baca manga!
Bagi mereka yang sudah tonton episod terbaru Attack on Titan, anda akan tahu siapa yang meninggal dunia. Segalanya bermula selepas Eren mengisytiharkan perang ke atas Marley. Bersama dengan ahli-ahli Survey Corps, Eren mula menghancurkan bandar dan membunuh penduduknya tanpa belas kasihan. Semasa tragedi ini berlaku, Gabi yang terselamat telah melihat kematian rakan-rakannya di sekeliling. Penuh dengan perasaan marah dan sedih, Gabi memilih untuk menyelinap ke dalam kapal terbang yang mengandungi Eren dan rakan-rakan lain demi membalas dendam.
Dengan hanya sebuah senapang di tangan, Gabi berjaya naik kapal terbang tersebut dan serta merta menumpukan perhatiannya pada Sasha sebelum menarik picu. Kejadian ini berlaku dengan sangat pantas, dan malangnya, Sasha tidak dapat mengelak lantas ditembak di bahagian dada. Tidak lama kemudian, dia meninggal dunia.
https://www.youtube.com/watch?v=dNir7kt8HzA
Kematian Sasha telah mengejutkan semua peminat termasuk pembaca manga yang sudah tahu tragedi ini akan berlaku. Sebagai salah satu watak yang paling disayangi dalam anime kerana kelucuannya dan betapa “relatable“-nya Sasha sebagai manusia, saya turut merasa sedih semasa menonton adegan ini. Apakah perasaan anda tentang episod terbaru Attack on Titan? Adakah Gabi salah dalam hal ini? Kongsi pendapat sekarang di ruang komen!
Untuk segala liputan kami tentang Attack on Titan, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post