Attack on Titan: The Final Season Part 2 baru sahaja tamat pada hujung minggu lalu dan peminat juga telah mendapat kepastian mengenai sambungan untuk pengakhiran siri tersebut. Selepas ia ditayangkan, bahagian terakhir anime telah diumumkan berserta visual baru untuknya. Sebelum pengumuman tersebut, ramai peminat menyangka bahawa anime Attack on Titan akan mendapat adaptasi filem berikutan jumlah episod untuk bahagian kedua tidak cukup untuk mengadaptasi keseluruhan kandungan sehingga habis. Dengan episod akhir yang telah dikeluarkan, ada seorang peminat yang membuat spekulasi mengenai jumlah episod yang akan ditayangkan untuk bahagian terakhir Attack on Titan.

Melalui Twitter, @qwintrell telah memberikan “maklumat” mengenai tayangan AOT pada tahun depan. Tweet-nya menjelaskan bahawa anime itu akan ditayangkan pada April 2023 dengan jumlah empat episod sahaja, di mana setiap episod akan ditayangkan selama satu jam. Lebih menarik lagi apabila, pengguna tersebut melepaskan tweet itu pada 1 April atau lebih dikenali sebagai April Fool. Jadi, memang ramai yang tidak percaya mengenai “maklumat” yang diberinya. Tetapi sebelum itu mari kita lihat bab yang masih belum diadaptasi.
- Bab 131: The Rumbling
- Bab 132: Wings of Freedom
- Bab 133: Sinner
- Bab 134: At the Depths of Despair
- Bab 135: Battle of Heaven and Earth
- Bab 136: Offer Your Hearts
- Bab 137: Titans
- Bab 138: A Long Dream
- Bab 139: Towards the Tree on That Hill

Jika, anda melihat saki-baki bab manga tersebut, maklumat yang diberikannya sebenarnya masuk akal. Tetapi bukanlah dengan jumlah empat episod. Kesianlah juruanimasi kalau satu episod sejam. Kalau ia dipecahkan kepada lapan episod sahaja seperti Demon Slayer S2, ia nampak lebih munasabah. Kalau dibuat filem, ia seperti tidak berbaloi memandangkan tayangan untuk sebuah filem mengambil masa 120-150 minit. Sudah tentu banyak bahagian yang akan dipotong nanti. Sudah tentu, ramai yang akan berikan reaksi negatif jika perkara itu berlaku.
Agaknya apa perancangan MAPPA untuk bahagian terakhir ini nanti? Harap-harap kita akan mendapat maklumat lanjut mengenainya hujung tahun nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Attack on Titan daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post