Semasa acara The Game Awards 2022, kami akhirnya dapat berita rasmi tentang tarikh keluaran Atomic Heart, yang kini dijadualkan untuk keluar pada 21 Februari 2023 di platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Windows PC. Sempena itu, pemaju Mundfish dan penerbit 4Divinity menjemput kami untuk menghadiri salah satu acara pembentangan terhad di Thailand untuk maklumat lanjut tentang gameplay keseluruhan dan bonus pre-order bagi Atomic Heart serta edisi yang ditawarkan.
Sinopsis:
Kegagalan sistem global telah berlaku di Fasiliti Soviet №3826 yang menyebabkan mesin memberontak terhadap manusia. Anda ialah Major P-3 dan tugas anda adalah untuk menghapuskan kemalangan berskala besar ini dan mencegah kebocoran maklumat sulit yang mengancam untuk memusnahkan seluruh dunia. Hanya anda yang boleh menghalang mereka dan membongkarkan apa yang ada di sebalik dunia yang ideal.

Bagi mereka yang tidak tahu, Atomic Heart ialah game FPS dengan elemen ‘role-playing’. Menggunakan kebolehan tempur yang diberikan oleh sarung tangan kuasa eksperimental anda, senjata bilah dan persenjataan canggih, berjuang untuk bertahan hidup dalam pertarungan penuh aksi. Sesuaikan gaya pertarungan kepada setiap musuh yang unik. gabungkan kemahiran/sumber, dan gunakan persekitaran untuk mengatasi cabaran dan berjuang untuk kebaikan.

Selain itu, terdapat sistem crafting di mana senjata boleh dihasilkan daripada bahagian logam yang boleh ditanggalkan daripada robot atau diambil dari peralatan rumah. Senjata juga boleh dinaik taraf melalui mekanik yang dipanggil “casettes”. Cuma pemain perlu berhati-hati kerana peluru dalam game amat terhad, maka pilihan untuk menyelinap masuk ke markas musuh juga boleh dipertimbangkan.
Info lengkap pre-order Atomic Heart
Buat sesiapa yang berminat dengan Atomic Heart, boleh mendapatkan antara edisi: Standard, Gold dan Premium. Di bawah, kami telah menjelaskan semua yang disertakan dalam setiap edisi.
Pre-order/Standard Edition
- Salinan game digital
- Bonus pre-order Swede Weapon Skin eksklusif
- Bonus pre-order Electro Weapon Skin eksklusif
- Harga: RM189.00 (PC) / RM299 – PS Store, RM319.00 – Fizikal (PS4, PS5)

Atomic Heart Gold Edition
- Salinan game digital
- Atomic Pass: termasuk DLC & Polymer Glove Skin eksklusif
- Bonus pre-order Swede Weapon Skin eksklusif
- Bonus pre-order Electro Weapon Skin eksklusif
- Harga: RM269.00 (PC) / RM419 (PS4, PS5)

Atomic Heart Premium Edition
- Salinan game digital
- Atomic Pass: termasuk DLC & Polymer Glove Skin eksklusif
- Bonus pre-order Swede Weapon Skin eksklusif
- Bonus pre-order Electro Weapon Skin eksklusif
- Zvezdochka Weapon Skin eksklusif
- AK Weapon Skin eksklusif
- Buku seni digital dengan maklumat tambahan tentang game
- Harga: RM299.00 (PC) / RM459 (PS4, PS5)

Atomic Heart Limited Edition – fizikal (PS5)
- Salinan game fizikal
- Atomic Pass: termasuk DLC & Polymer Glove Skin eksklusif
- Bonus pre-order Swede Weapon Skin eksklusif
- Bonus pre-order Electro Weapon Skin eksklusif
- Zvezdochka Weapon Skin eksklusif
- AK Weapon Skin eksklusif
- Buku seni digital dengan maklumat tambahan tentang game
- Casing steelbook
- Kotak edisi terhad
- Pelekat premium
- RM489

Sekali lagi saya ingatkan, Atomic Heart akan dilancarkan pada 21 Februari 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan Windows PC melalui Steam. Untuk segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post