ATLUS (terkenal dengan siri Persona) telah mengumumkan game RPG baru bernama Soul Hackers 2 untuk PlayStation 5, Xbox Series X/S, PlayStation 4, Xbox One dan PC (Steam). Ia akan dilancarkan pada 25 Ogos di Jepun dan 26 Ogos di seluruh dunia.
Berikut ialah sinopsis untuk jalan cerita:
Berlatarkan masa depan di abad ke-21, para “Devil Summoner” hidup di kalangan masyarakat dan menggunakan kuasa supernatural dari “demon”. “Aion,” sejenis makhluk yang mengawasi dunia, mengesan kehancuran dunia pada masa akan datang.
Untuk mengelakkan kehancuran bumi, Ringo dan Figue turun ke dunia manusia untuk melindungi dua orang yang boleh mengelak bencana ini, tetapi kedua-duanya dibunuh. Ringo menggunakan abiliti khas bergelar “Soul Hack” untuk menghidupkan semula dua orang ini. Bersama bantuan Devil Summoner lain, Ringo dan Figue harus membongkarkan misteri supaya masa depan dunia boleh diselamatkan.
Game pertama Devil Summoner: Soul Hackers dikeluarkan di Jepun pada tahun 1996. Walaupun tidak pernah dipasarkan ke luar negara, spin-off bernama Soul Hackers akhirnya diadaptasikan ke konsol Nintendo pada tahun 2013. Bagi mereka yang tidak tahu, game Devil Summoner pertama juga membentuk sebahagian daripada dunia popular Shin Megami Tensei.

Dalam game RPG ini, pemain akan menavigasi di dalam dungeon dan menyelesaikan teka-teki sambil berlawan menggunakan sistem pertempuran “turn-based” tetapi lebih banyak info tentang gameplay akan diumumkan dalam masa terdekat.
Sekuel ini akan cuba menangkap tema original sambil menambah baik ciri-ciri ikonik. Dengan gaya seni baru, penambahan kepada gameplay dan jalan cerita berdasarkan watak baru, Soul Hackers 2 merupakan titik permulaan yang bagus untuk pemain yang ingin berjinak dengan francais Shin Megami Tensei.

Bagi sesiapa yang prapesan Soul Hackers 2, korang akan menerima item berdasarkan Persona 5. Antaranya:
- Kostum
- Phantom Suit (Ringo)
- Pirate Armor (Arrow)
- Red Rubber Suit (Milady)
- Princess Suit (Saizo)
- Muzik latar belakang
- “Keeper of Lust”
- Aksesori
- Phantom Thief Mask (meningkatkan kadar critical untuk shooting attribute)

Untuk maklumat lanjut tentang Soul Hackers 2 sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post