Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land – Panduan & Tips untuk Beginner!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 19, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Panduan, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land – Panduan & Tips untuk Beginner!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda ialah pemain baru dalam Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land dan ingin tahu bagaimana untuk memulakan game dengan lancar, panduan ini untuk anda!

Di sini, kami akan berkongsi tips penting untuk memudahkan fasa awal permainan, termasuk perkara yang perlu diberi keutamaan, cara mengumpul sumber dengan berkesan, skil yang patut dipertingkatkan, dan mekanik utama yang perlu diketahui oleh setiap beginner.

Meneroka dan Membuka Titik Fast Travel

Kredit: Koei Tecmo

Salah satu perkara pertama yang perlu dilakukan apabila memasuki kawasan baharu ialah membuka titik fast travel. Ini akan memudahkan pergerakan antara lokasi dan mempercepatkan proses pengumpulan sumber. Semasa meneroka, pastikan anda mengumpul sebanyak mungkin bahan untuk dibawa pulang ke atelier anda. Setiap kawasan mempunyai sumber unik—sungai menyediakan air dan mineral, manakala hutan kaya dengan kayu serta tumbuhan. Sesuaikan strategi penerokaan mengikut bahan yang diperlukan.

Kerap Melakukan Synthesis untuk Perkembangan Pantas

Kredit: Koei Tecmo

Synthesis (crafting) adalah satu lagi elemen penting dalam perkembangan watak di Atelier Yumia. Setiap kali kembali dari mengumpul bahan, luangkan masa untuk mencipta item baharu dan upgrade peralatan. Ini bukan sahaja menjadikan watak anda lebih kuat, tetapi juga memberi skill point berharga. Setiap synthesis memberikan kira-kira 10–15 skill point, jadi walaupun anda hanya mencipta bahan biasa, anda masih membuat kemajuan. Pada peringkat awal, fokus kepada synthesis dengan kerap, bukan hanya berlawan, kerana ini akan membantu kejayaan jangka panjang dalam permainan.

Tip Synthesis – Maksimumkan Bonus dan Kualiti

Meningkatkan Resonance untuk Bonus Tambahan

Kredit: Koei Tecmo

Semakin tinggi nilai resonance bahan yang digunakan, semakin tinggi tahap resonance item yang dihasilkan. Tahap resonance ini meningkatkan pelbagai efek bergantung pada jenis Atlas Core yang digunakan:

  • Atlas Core berasaskan Effect meningkatkan damage serangan, kuasa penyembuhan, dan bonus prestasi lain.
  • Atlas Core berasaskan Quality meningkatkan kualiti keseluruhan item yang dihasilkan.

Untuk mendapatkan tahap resonance maksimum, sentiasa gunakan bahan dengan resonance tinggi jika boleh.

Meningkatkan Mana untuk Kualiti Lebih Baik

Kredit: Koei Tecmo

Tahap Mana juga memainkan peranan penting dalam synthesis. Semasa memilih bahan, anda akan melihat bintang bertaburan—bintang ini mewakili kawasan yang boleh diaktifkan untuk meningkatkan tahap Mana item. Jarak aktivasi bergantung pada rank bahan tersebut:

  • Bahan Rank E mempunyai jarak aktivasi yang terhad.
  • Bahan Rank D mempunyai jarak aktivasi yang lebih luas sedikit.

Dengan memastikan semua bintang diaktifkan, anda boleh meningkatkan kualiti produk akhir dengan ketara. Pastikan kedua-dua tahap resonance dan mana diambil kira semasa memilih bahan untuk synthesis.

Memenuhi Syarat untuk Bonus Tambahan

Sesetengah bahan mempunyai “Input Conditions” dan “Enhancement Conditions”. Jika anda menggunakan bahan yang memenuhi syarat ini, anda boleh membuka bonus tambahan seperti jarak kesan yang lebih luas atau peningkatan tahap mana. Sentiasa semak syarat synthesis dan cuba penuhi syarat ini untuk hasil yang terbaik.

Gunakan Neutralizer untuk Hasil Lebih Baik

Kredit: Koei Tecmo

Jika anda ingin menghasilkan item berkualiti tinggi, Neutralizer ialah bahan yang sangat disyorkan. Pastikan anda menyimpan Neutralizer dengan elemen yang sama seperti item yang ingin dibuat. Penggunaan Neutralizer dalam synthesis akan meningkatkan resonance dan meluaskan jarak aktivasi mana dengan ketara. Oleh kerana Neutralizer mudah diperoleh dan dibuat, ia adalah salah satu bahan terbaik untuk digunakan dalam synthesis.

Cipta Senjata pada Recipe Level 3

Kredit: Koei Tecmo

Apabila mencipta senjata, tunggu sehingga level resipi mencapai 3 sebelum menempanya. Senjata yang dibuat pada level 3 mempunyai tiga kali ganda kuasa serangan asas berbanding yang dibuat pada level 1 atau 2, menjadikannya jauh lebih kuat. Pada peringkat awal permainan, lebih baik fokus pada crafting item attack terlebih dahulu sebelum meningkatkan stat watak melalui upgrade peralatan.

Keutamaan Skil – Synthesis dan Combat

Sebaik sahaja skill tree dibuka, utamakan peningkatan skil synthesis dan pertempuran terlebih dahulu. Dua skil penting yang patut diperoleh awal ialah:

  • “Conserve Materials I” – Meningkatkan kecekapan dalam crafting item seperti bandage dan bullet.
  • “Friend Action” – Menguatkan efek penggunaan item yang dicipta semasa pertempuran.
Kredit: Koei Tecmo
Kredit: Koei Tecmo

Kedua-dua skil ini menjadikan proses synthesis dan pertempuran lebih cekap dalam jangka masa panjang.

Elakkan Kekalahan – Tahu Bila Perlu Pulang

Kredit: Koei Tecmo

Kehabisan tenaga dan tewas boleh menyebabkan kehilangan item berharga. Berikut adalah kesannya:

Kehabisan tenaga dan tewas boleh menyebabkan kehilangan item berharga. Jika tenaga berada pada 50% atau lebih, anda hanya akan kehilangan separuh daripada tenaga tanpa kehilangan sebarang item. Namun, jika tenaga turun bawah 50%, anda akan muncul semula di base tetapi akan kehilangan beberapa item, termasuk yang item rare.

Untuk mengelakkan kehilangan loot berharga dari peti harta atau pertempuran, sebaiknya kembali ke atelier sebelum tenaga turun di bawah 50%. Jika anda menemui item bernilai tinggi, pulang lebih awal untuk memastikan ia selamat.

Item Penting yang Perlu Dibawa

Menyimpan item yang betul dalam inventori akan memudahkan eksplorasi dan pertempuran. Berikut adalah beberapa item wajib yang perlu ada sepanjang perjalanan anda:

  • Basic Bandage – Memulihkan 25% HP semua sekutu dan hanya boleh digunakan di luar combat. Sentiasa bawa sekurang-kurangnya 3 hingga 6 keping.
  • Standard Bullet – Digunakan untuk menyelesaikan teka-teki dan stun musuh. Sangat berguna untuk menghadapi musuh yang lebih kuat.
  • Smoke Bomb – Membantu anda melarikan diri dari pertempuran dengan jaminan selamat. Sesuai untuk kecemasan, jadi pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya satu dalam inventori.

Memandangkan item ini boleh dicipta melalui synthesis, pastikan anda sentiasa mempunyai bahan yang mencukupi untuk membuatnya apabila diperlukan. Bullet, khususnya, sangat penting untuk penyelesaian teka-teki dan pertempuran, jadi pastikan ia tidak kehabisan.

Atelier Yumia: The Alchemist of Memories & the Envisioned Land akan tersedia pada 21 Mac 2025 untuk Nintendo Switch, PS5, PS4, Steam, Xbox Series X|S dan Xbox One. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Atelier YumiaPanduan
ShareTweetSend
Previous Post

Boruto: Abiliti Mangekyo Sharingan Milik Uchiha Sarada Akhirnya Terungkai

Next Post

Honor of Kings: World – Gameplay Baru Didedahkan di GDC 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Honor of Kings: World – Gameplay Baru Didedahkan di GDC 2025!

Honor of Kings: World – Gameplay Baru Didedahkan di GDC 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd