Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS umumkan siri baru ZenBook 13 & ZenBook 14 bermula RM3999! Makin nipis dengan penambahan port I/O!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 11, 2020
in Artikel, Berita, Laptop, Teknologi
0 0
0
ASUS umumkan siri baru ZenBook 13 & ZenBook 14 bermula RM3999! Makin nipis dengan penambahan port I/O!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Malaysia hari ini mengumumkan ZenBook 13 (UX325) dan ZenBook 14 (UX425) serba baru, dua komputer riba 13.3-inci dan 14-inci generasi baru dalam siri ZenBook Classic. ASUS ZenBook 13 dan ZenBook 14 kini lebih nipis dan lebih ringan daripada generasi sebelumnya. Berat ZenBook 13 hanya 1.07 kg dan kedua-dua model hanya 13.9 mm nipis, tetapi unik untuk reka bentuk itu, ia menawarkan kemampuan I/O yang komprehensif, termasuk port HDMI dan USB Type-A bersaiz penuh bersama Thunderbolt 3 USB-C dan pembaca kad microSD. Ini adalah komputer riba 13.3-inci dan 14-inci paling nipis di dunia untuk menawarkan sambungan paling komprehensif dan serba boleh.

ZenBook 13 dan 14 juga menyokong ASUS USB-C Easy Charge, yang membolehkan ia dicas dengan mudah daripada pelbagai pengecas USB-C standard. USB-C Easy Charge membolehkan pengguna menikmati pengecasan cepat dengan mana-mana pengecas USB-C Power Delivery rasmi, seperti pengecas 65-watt, atau mengecas pada kadar yang lebih perlahan apabila soket dinding tidak tersedia menggunakan pengecas penerbangan, pengecas mudah alih atau power bank.

 

1 of 2
- +

Paparan NanoEdge empat sisi menawarkan nisbah skrin-ke-badan 90% untuk visual yang mengasyikkan. Pengalaman pengguna juga diperbaharui sepenuhnya, dan menampilkan ASUS NumberPad 2.0, jangka hayat bateri hingga 22 jam, reka bentuk papan kekunci baru, mekanisme engsel ErgoLift, dan kamera IR untuk pengecaman wajah yang cepat. ZenBook 13 dan 14 boleh didapati dalam dua warna baru, Pine Grey dan Lilac Mist.

Dikuasakan oleh pemproses Intel Core Generasi ke-10 terbaru dengan RAM 8GB, ASUS ZenBook 13 dan ZenBook 14 memudahkan kerja multitasking, produktiviti dan hiburan ringan. Ia juga dilengkapi 512GB PCIe 3×4 SSD dan WiFi 6 terbaru (802.11ax) untuk melengkapkan spesifikasi bagi prestasi serba hebat. Untuk baca ulasan penuh kami, sila tekan di sini.

ASUS ZenBook 13 (UX325) ASUS ZenBook 14 (UX425)
CPU Intel Core i7-1065G7 processor
Intel Core i5-1035G1 processor
Intel Core i7-1065G7 processor
Intel Core i5-1035G1 processor
Paparan 13.3” LED-backlit FHD (1920 x 1080) 450 nits
Slim 2.9 mm bezels with 88% screen-to-body ratio
14” LED-backlit FHD (1920 x 1080) 400 nits
Slim 2.5 mm bezels with 90% screen-to-body ratio
Sistem operasi Windows 10 Home
Perisian Office Home & Student 2019
Grafik Intel® Iris® Plus Graphics
Memori utama 8GB 3200 MHz LPDDR4x
Storan 512GB M.2 NVMe PCIe 3.0 SSD
Connectivity WiFi 6 (802.11ax), Bluetooth® 5.0
kamera HD infrared (IR) webcam (Windows Hello)
I/O 2 x Thunderbolt™ 3 USB-C® with ASUS USB-C® Easy Charge
1 x USB 3.2 Gen 1 Type-A; 1 x Standard HDMI 2.0; 1 x MicroSD card reader
Touchpad ASUS NumberPad 2.0
Audio Certified by Harman Kardon
ASUS SonicMaster stereo audio system with surround-sound; smart amplifier for maximum audio performance
Array microphone with Cortana and Alexa voice-recognition support
Bateri 67 Wh lithium-polymer battery up to 22 hr battery life
AC adapter 65-watt power adapter
Output: 20 V DC, 3.42 A; Input: 100-240 V AC, 50/60 Hz universal
Dimensi 304 x 203 x 13.9 mm 319 x 208 x 13.9 mm
Berat Approx. 1.07 kg Approx. 1.13 kg
Warna Pine Grey Pine Grey, Lilac Mist
Harga (MYR) RM 3,999 (i5-1035G1)
RM 4,699 (i7-1065G7)
RM 3,999 (i5-1035G1)
RM 4,699 (i7-1065G7)

Promo Istimewa SHOPEE – Diskaun RM 100 untuk ASUS ZenBook 13 & 14

20 pembeli pertama ZenBook 13 (UX325) & ZenBook 14 (UX425) boleh menikmati rebat diskaun RM100 di kedai dalam talian ASUS di SHOPEE. Pembeli awal boleh mendapatkan model ini, dengan menggunakan kod baucar “ASUSZB100” semasa membuat pesanan.

Promo hanya sah dari 11 hingga 12 Ogos 2020, sementara stok masih ada dan berdasarkan first-come-first-serve sahaja. Lawati pautan SHOPEE mereka di sini!

Kempen ulasan ASUS ‘Say It’

Tempoh Kempen: 6 Ogos – 30 September 2020

Tulis ulasan yang membina setelah membeli mana-mana PC ASUS/ROG (yang merangkumi consumer, gaming, business laptop, desktop atau All-in-One) dari kedai peniaga yang sah (kedai dalam talian atau kedai fizizal) untuk menebus Grab Food Gift Card bernilai RM40 beserta terma & syarat, sementara stok masih ada.

Cara penyertaan:

  1. Beli mana-mana PC ASUS dari kedai peniaga Online/Offline yang sah
  2. Nilaikan produk dan berikan ulasan yang membina
  3. Hantarkan entri anda dengan dokumen dan maklumat peribadi yang sah di sini
  4. Dapatkan Baucar Grab Food Gift Card anda dari ASUS, setelah pengesahan.

Nota PENTING:

Kad/kod Grab Food digital akan dihantar kepada pendaftar melalui e-mel daripada ASUS dalam masa 3 hari bekerja setelah pendaftaran. Dengan syarat bahawa dokumen yang diperlukan dihantar dengan berjaya. Semua PC ASUS/ROG yang merangkumi komputer riba, desktop dan All-in-One yang dibeli dari 1 Januari 2020 dan seterusnya berhak mendapat penebusan ini.

ASUS Perfect Warranty

Apa pulaASUS Perfect Warranty ini? ASUS Perfect Warranty adalah perkhidmatan perlindungan tambahan untuk pelanggan laptop ASUS untuk sebarang kerosakan yang ditanggung pada unit yang tidak dilindungi di bawah jaminan pengeluar ASUS, termasuk kerosakan yang disebabkan oleh pelanggan. Pelanggan yang telah membeli dan mengaktifkan laptop ASUS yang dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019/2020 (“Hanya Model yang Layak”) dari 1 Januari 2020 dan seterusnya, akan secara automatik layak tanpa caj tambahan.

Bagaimana untuk menuntut?

  1. Pelanggan akan melawat mana-mana Pusat Perkhidmatan ASUS di Malaysia yang disahkan atau Brunei bersama-sama dengan unit yang rosak dan resit pembelian / invois dari kedai-kedai retail di mana unit itu dibeli.
  2. ASUS akan menjalankan pengesahan pembelian pada masa tuntutan pelanggan untuk Perfect Warranty. Sekiranya pembelian tidak dapat disahkan, pelanggan mesti memberikan resit rasmi atau invois kepada Pusat Perkhidmatan ASUS sebagai bukti pembelian.
  3. Waranti hanya layak untuk laptop ASUS pengguna atau laptop ASUS gaming yang dilancarkan dari 1 Januari 2019/2020, termasuk penyesuai pengecas dan baterinya tetapi tidak termasuk aksesori yang dibeli dari 1 Januari 2020 dan seterusnya (atau laptop dilancarkan secara rasmi di Malaysia mulai Januari 2019 dan seterusnya). Pasukan Pusat Perkhidmatan ASUS akan memeriksa data pengaktifan untuk mengesahkan tarikh pembelian.
  4. Perfect Warranty hanya sah bagi produk yang dibeli di Malaysia dan Brunei.
  5. Pelanggan juga boleh merujuk kepada Terma dan Syarat di sini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AsusMalaysiaUX325UX425ZenBookZenbook 13Zenbook 14
Previous Post

Ulasan Acer Predator Helios 300 (PH315-53-77CF): Spec makin canggih pasti buat korang mengidam!

Next Post

Ulasan ASUS ZenBook 14 UX425: betul-betul khas untuk prestasi ON-THE-GO!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Ulasan ASUS ZenBook 14 UX425: betul-betul khas untuk prestasi ON-THE-GO!

Ulasan ASUS ZenBook 14 UX425: betul-betul khas untuk prestasi ON-THE-GO!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd