Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS umum Vivobook 15X yang bergaya dan tahan lasak, harga bermula RM3,099!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi, Tempatan
0 0
0
ASUS umum Vivobook 15X yang bergaya dan tahan lasak, harga bermula RM3,099!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS hari ini telah mengumumkan harga dan tarikh keluaran bagi komputer riba terkini dalam siri Vivobook Classic iaitu ASUS Vivobook 15X (K3504/M3504). Dengan harga bermula RM3,099, ASUS Vivobook 15X akan mula dijual bermula bulan Jun 2023. Berikut adalah rumusan:

Kredit: ASUS

Pelanggan boleh memilih antara Intel Core i5-1335U Gen ke-13 terkini atau AMD Ryzen 7 7730U Mobile Processor, digabungkan dengan memori 8GB DDR4. Vivobook 15X direka untuk mencapai keseimbangan antara prestasi dan kecekapan, sambil mengekalkan titik harga yang menarik. Lebih-lebih lagi, RAM komputer riba ini boleh dinaik taraf, dan menampilkan slot SO-DIMM yang membolehkan membesarkan ruang storan pada masa hadapan.

Di hadapan paparan, Vivobook 15X menampilkan skrin IPS FHD 15.6 inci dengan salutan anti-glare dan pensijilan TÜV Rheinland untuk memastikan mata anda selesa sepanjang masa bekerja atau hiburan. Sistem audio Dirac dan kamera web HD dengan ASUS 3D Noise Reduction (3DNR) memastikan hiburan sentiasa mengasyikkan dan persidangan video yang jelas. WiFi 6E (802.11ax) dan bateri tahan lama dengan keupayaan pengecasan pantas pula membolehkan pengguna memaksimumkan sepenuhnya gaya hidup mudah alih mereka.

Sambungan dalam perjalanan adalah mudah dengan pelbagai set port I/O termasuk dua USB 3.2 Gen 1 Type-A, satu USB 3.2 Gen 1 Type-C dan satu USB 2.0 Type-A untuk memasang peranti dengan mudah, tanpa memerlukan dongle yang melecehkan. Paparan luaran juga boleh disambungkan dengan mudah dengan HDMI 1.4 bersaiz penuh.

Direka untuk bertahan lama, Vivobook 15X baharu diuji dengan ujian ketahanan MIL-STD-810H. Ia juga menggabungkan 30% plastik kitar semula (PCR) dan 100% pembungkusan kitar semula, serta memenuhi piawaian EPEAT Silver dan ENERGY STAR, untuk mencerminkan komitmen ASUS bagi menghasilkan produk mampan dengan kesan alam sekitar yang berkurangan.

Harga dan ketersediaan

  • ASUS Vivobook 15X berkuasa Intel (K3504, Intel) akan tersedia mulai minggu pertama bulan Jun, pada harga pada RM3,099, di semua kedai sah ASUS di Malaysia.
  • Vivobook 15X berkuasa Ryzen 7 7730U(M3504, AMD) akan berharga RM 3,199, dan akan dijual sekitar bulan Jun (tiada tarikh tepat lagi).
  • Layari laman web rasmi di SINI

Spesifikasi (menurut ASUS)

ASUS Vivobook 15X (K3504)ASUS Vivobook 15X (M3504)
CPUIntel Core i5-1335U processor 1.3GHz (12 MB Cache, up to 4.6 GHz, 6cores)AMD Ryzen 7 7730U Mobile Processor (8-core/16-thread, 16MB cache, up to 4.5 GHz maxboost)
Display15.6″ FHD (1920 x 1080) 16:9 aspect ratio, IPS-level panel, 60 Hz refresh rate, 250 nits, 45%NTSC color gamut, anti-glare display, TÜV Rheinland-certified, screen-to-body ratio 85%
ChassisMetal lid with IMR plastic body design
OperatingsystemWindows 11 Home, with Microsoft Office Home & Student 2021 included
GraphicsIntel Iris Xe Graphics eligibleAMD Radeon Graphics
Main memory8 GB 3200 MHz DDR4 on board memory, with 1 x SO-DIMM slot for up to 16 GB DDR4
Storage512 GB PCIe 4.0 SSD storage1 TB PCIe 4.0 SSD storage
ConnectivityWiFi 6E (802.11ax) + Bluetooth 5.3
Camera720p HD camera with privacy shutter
I/O ports1 x USB 2.0 Type-A; 1 x USB 3.2 Gen 1 Type-C support power delivery2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A; 1 x HDMI® 1.41 x 3.5 mm combo audio jack; 1 x DC-in
TouchpadWith fingerprint sensor
AudioASUS SonicMaster / DIRAC / built-in array microphone / built-in speaker
Battery42 Wh for IPS panel
AC adapter65 W AC adapter, output: 19 V DC, 3.42 A, 65 W, input: 100~240 V AC 50 / 60 Hz universal
Dimensions359.7 x 232.5 x 17.9 mm
Weight1.60 kg
Pricing &AvailabilityRM 3,099 – Available from 1st week of JuneRM 3,199 – Available from June onwards

Baca segala berita kami tentang produk ASUS di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AsusLaptopVivobook 15X
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS ROG jadi penaja rasmi untuk kejohanan Professional Mobile Legends Malaysia & SEA tahun 2023/2024

Next Post

Hot Wheels Unleashed 2 – Turbocharged Akan Hadir ke Konsol dan PC pada 19 Oktober 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Hot Wheels Unleashed 2 – Turbocharged Akan Hadir ke Konsol dan PC pada 19 Oktober 2023!

Hot Wheels Unleashed 2 - Turbocharged Akan Hadir ke Konsol dan PC pada 19 Oktober 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd