Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS umum ROG Ally dengan AMD Ryzen Z1 Processor – varian yang lebih budget untuk para gamer!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 21, 2023
in Artikel, Berita, Desktop, Komputer, Produk, Teknologi
0 0
0
ASUS umum ROG Ally dengan AMD Ryzen Z1 Processor – varian yang lebih budget untuk para gamer!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS ROG hari ini mengumumkan bahawa PC handheld gaming ‘ROG Ally‘ kini tersedia dengan pemproses AMD Ryzen Z1, yang menambah lebih banyak varian mampu milik dalam barisan ROG Ally.

Model terbaru ini sepatutnya memberikan prestasi gaming yang sangat baik secara on-the-go, dan selain daripada pemproses, ia berkongsi casis, skrin, storan dan sistem penyejukan yang sama dalam ROG Ally varian Z1 Extreme yang lebih berkuasa.

Jadi apa yang ada di dalam?

ROG Ally menampilkan pemproses serba baharu daripada AMD. Dibina pada Zen 4 architecture, Ryzen Z1 ialah pemproses 6-core, 12-thread dengan grafik RDNA 3, yang membolehkan sokongan penuh untuk teknologi upscaling AMD seperti FSR dan RSR.

Selain daripada pemproses baharu, ROG Ally varian Z1 menggunakan semua komponen yang sama seperti model Z1 Extreme. Sistem terma Zero Gravity dwi-kipas dengan bilah penyejuk ultranipis dan paip haba memastikan Ally kekal sejuk dalam sebarang orientasi. Ally juga dilengkapi dengan memori 16 GB LPDDR5 6400 MHz, storan 512 GB PCIe® Gen 4 dan slot kad mikroSD UHS-II untuk kapasiti storan.

Sokongan WiFi 6E memastikan Ally kekal pada sambungan internet yang kukuh, sama ada dalam huru-hara multiplayer atau semasa Xbox Cloud Gaming, walaupun dalam network yang sesak.

Panel 120 Hz FHD (1080p) dengan sokongan FreeSync Premium memberikan pergerakan lancar dan jelas dalam gameply pantas, tanpa “screen tear atau stutter” walaupun ada frame rate drop. Seperti abangnya yang lebih berkuasa, Ally varian Z1 juga mempunyai paparan yang mampu mencapai kecerahan 500 nits, membolehkan pemain untuk bermain walaupun di kawasan yang terlalu terang dan di luar. Kefungsian skrin sentuh turut membolehkan navigasi lancar di desktop Windows.

Untuk pemain yang ingin prestasi lagi kuat, atau bagi mereka yang ingin menggunakan Ally secara on-the-go dan sebagai PC di rumah, Ally boleh menyambung kepada external GPU XG Mobile. Selain menyediakan Ally dengan port USB-C tambahan dan output paparan, XG Mobile menawarkan kuasa sehingga NVIDIA® GeForce RTX™ 4090 Laptop GPU.

ROG Ally direka khas untuk OS Microsoft Windows dan boleh memainkan semua game di mana-mana platform. Pada masa yang sama, sokongan penuh untuk Steam, EA App, Xbox Game Pass, Epic Games Store, GOG dan pustaka game lain memastikan pemain boleh memuat turun game kegemaran di platform pilihan.

ROG Ally disertakan dengan kod Xbox Game Pass Ultimate 1 selama 3 bulan, memberikan akses kepada beratus-ratus game serta merta. Anda boleh mengakses game AAA seperti Starfield pada hari pertama secara percuma atau cuba game lain dalam pustaka Xbox Game Pass Ultimate yang luas.

Harga dan ketersediaan

ROG Ally varian AMD Ryzen™ Z1 akan tersedia tidak lama lagi di Malaysia, dan akan tersedia secara eksklusif melalui syarikat telekomunikasi Malaysia (syarikat tidak dinamakan buat masa ini). Buat masa sekarang, kita hanya boleh menantikan pengumuman rasmi tentang bundle telco tersebut.

Untuk membaca segala liputan kami tentang ROG Ally, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AMD Ryzen Z1handheld gamingROG Ally
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Onimusha Dedahkan Trailer Rasmi, Bakal Tayang pada 2 November di Netflix!

Next Post

Persona 3 Reload — Trailer Baharu Didedahkan! Perkenalkan Strega dan Skill Theurgy!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Persona 3 Reload — Trailer Baharu Didedahkan! Perkenalkan Strega dan Skill Theurgy!

Persona 3 Reload -- Trailer Baharu Didedahkan! Perkenalkan Strega dan Skill Theurgy!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd