ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan pelbagai produk gaming baru di acara maya For Those Who Dare: Boundless. Ini termasuk dua laptop gaming ROG Strix dan ROG Flow, siri beg dan pakaian baru daripada ROG Slash, inisiatif terkini dari Team ROG dan game parkour first-person yang dicipta khas untuk ROG Citadel XV.
Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah isi kandungan:
ROG Strix SCAR 17 Special Edition

ROG Strix SCAR 17 Special Edition memiliki perkakasan terkini dan solusi penyejukan tercanggih untuk memberi pengalaman gaming yang selesa. Pertama sekali, ia ada “custom vapor chamber”, dan cecair logam ROG Conductonaut Extreme yang digunakan pada kedua-dua CPU dan GPU, lantas membolehkan SCAR 17 SE meningkatkan prestasi ke tahap baru. Dengan TDP (thermal design power) CPU maksimum 65 W dan TGP (total graphics power) GPU maksimum 175 W dengan Dynamic Boost, SCAR 17 SE mempunyai kuasa untuk mencapai refresh rate tinggi tanpa masalah.
SCAR 17 SE menawarkan pilihan panel FHD 360 Hz atau QHD 240 Hz, kedua-duanya dengan response time hanya 3 ms. Dengan sehingga 64 GB RAM DDR5 4800 MHz dan storan PCIe® Gen 4 dalam bentuk RAID 0, korang tidak perlu tunggu lama semasa gaming. Mesin ini juga menampilkan estetika cyberpunk, dengan dakwat halimunan di atas casis logamnya. Dalam cahaya biasa, bahan ini mempunyai tekstur logam matte, tetapi di bawah lampu suluh UV, dakwat kelihatan hijau dan biru, dan menawarkan petunjuk dalam game SCAR Runner.
[wpdatatable id=97]
ROG Flow X16

ROG Flow X16 baharu ialah convertible laptop 16 inci, yang dikuasakan oleh AMD Ryzen 9 6900HS dan GPU NVIDIA® GeForce RTXTM 3070 Ti, dengan sokongan GPU luaran XG Mobile. Flow X16 juga menampilkan paparan ROG Nebula HDR, sebuah panel LED Mini QHD / 165 Hz dengan kecerahan 1100 nits dan 100% gamut DCI-P3. Semua bahagian premium ini dilengkapi dengan teknologi Frost Force dan Pulsar Heatsink, yang menampilkan tiga kipas dan heatsink berketumpatan tinggi untuk memastikan prestasi tinggi dan suhu rendah.
[wpdatatable id=98]
Barisan fesyen ROG Slash diluaskan

Diinspirasikan oleh cyberpunk, produk ROG Slash menawarkan pelbagai pilihan beg dan pakaian, yang dibina oleh bahan premium, dan direka bentuk dengan budaya gaming sebagai teras.
ROG Slash juga adalah utiliti serba boleh dan tahan lama. Dengan tali boleh laras, pelbagai ruang poket untuk isi barang petak, dan bahan kalis air: segala Crossbody Bag, Backpack, Hip Bag dan Protective Laptop Bag memudahkan perjalanan kita, manakala Cobra Buckle Cap dan Bucket Hat menawarkan gaya yang menonjol dan perlindungan daripada alam sekitar.
Game parkour first-person SCAR Runner

Tersedia sebagai expansion untuk game ROG Citadel XV, SCAR Runner ialah game first-person parkour. Mengikuti kisah X, dia sedang berlumba dengan masa untuk memulihkan maklumat kritikal. Game ini juga mempunyai kaitan dengan casis ROG Strix SCAR 17 SE, dimana petunjuk tersembunyi pada laptop. SCAR Runner akan dilancarkan bersama kempen giveaway dengan lebih $20,000 hadiah, termasuk Strix SCAR 17 SE dan pakaian ROG Slash.
Kempen ini akan berlangsung dari 17 Mei – 30 Jun, 2022, di mana maklumat kempen lengkap boleh didapati di sini.
Raikan gaming dengan #TeamROG
Team ROG sedang meluaskan pengaruhnya pada tahun 2022, dengan berganding bahu bersama pelbagai influencer, pemain profesional, content creator dan atlet dari seluruh dunia. ROG akan meneruskan kerjasama mereka bersama pasukan esports Misfits Gaming sebagai sebahagian daripada inisiatif Team ROG yang lebih luas. ROG juga mengumumkan kerjasama baharu dengan ReKT Gaming, sebuah organisasi yang mengendalikan pasukan esport dan content creator. Untuk melihat ahli Team ROG dan memuat turun wallpaper eksklusif mereka, sila lawati laman web rasmi.
Itu sahaja yang diumumkan malam ini! Untuk baca segala liputan kami tentang produk ASUS ROG termasuk Strix dan Flow versi lama, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post