Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS ROG akhirnya umumkan Gaming Handheld pertama, ROG Ally! Bakal dilancarkan pada 11 Mei ini! [UPDATE]

safwan by safwan
May 2, 2023 - Updated on May 19, 2023
in Artikel, Berita, Konsol, Teknologi
0 0
0
ASUS ROG akhirnya umumkan Gaming Handheld pertama, ROG Ally! Bakal dilancarkan pada 11 Mei ini! [UPDATE]
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak awal bulan April yang lepas, ROG Ally telah membuat penampilan secara drastik dengan ASUS mengeluarkan satu video teaser pada hari April Fool’s. Kali ini, ASUS ROG sendiri telah memutuskan untuk mengumumkan gaming handheld pertama mereka iaitu ROG Ally. Ia bakal dilancarkan pada 11 Mei ini. Jom kita lihat serba sedikit tentang spesifikasi yang telah didedahkan.

[UPDATE]

ROG Ally akan hadir ke Malaysia secara rasmi pada Julai 2023. Harga rasmi peranti akan diumumkan pada masa akan datang!


[Petikan asal artikel]

ROG Ally adalah sebuah gaming handheld pertama yang menggunakan Windows 11 supaya para pemain dapat mengakses semua “library” yang ditawarkan oleh para penerbit. Dengan kepelbagaian ciri-ciri yang didatangkan pada ROG Ally, Windows 11 boleh digunakan dengan hanya menggunakan joystick, butang dan juga touchscreen.

Ia juga menerima Armoury Crate Special Edition yang mampu mengubahsuai prestasi ROG Ally dengan sangat pantas. Bukan setakat itu sahaja, ia juga boleh digunakan sebagai game launcher, in-game monitoring software, Aura sync dan banyak lagi. Mereka juga menyediakan 90 hari trial untuk Xbox Game Pass yang boleh memberikan anda akses kepada lebih banyak game. Daripada AAA sehingga ke game Indie.

Seperti yang kita tahu, ROG Ally akan didatangkan dengan AMD Ryzen APU dan mereka akan menggunakan AMD Ryzen Z1 sebagai CPU dan GPU untuk membolehkan anda memainkan game dalam prestasi yang memuaskan. AMD Ryzen Z1 lengkap dengan RDNA 3 di mana ia mampu memberikan prestasi yang hebat.

Gaming handheld ini menggunakan sistem penyejukan ROG Zero Gravity di mana ia lengkap dengan sistem dual-fan bersama heatsink yang sangat nipis. Selain itu, ROG Ally juga dilengkapi dengan skrin Full HD (1080p) bersama 120Hz refresh rate dan FreeSync Premium supaya pemain boleh berseronok bermain game tanpa sebarang masalah stuttering, tearing atau FPS drop.

Memandangkan ianya adalah sebuah gaming handheld, ASUS ROG telah mereka bentuk ROG Ally dengan reka bentuk yang ergonomic dan ringan supaya ia boleh dibawa ke mana sahaja. Dengan beratnya hanya 608g sahaja, para pengguna sudah pasti boleh bermain game di mana sahaja dan pada bila masa-masa sahaja. Ia sudah pasti akan memberikan pengalaman yang selesa kepada pemain semasa bermain.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang mereka akan mengadakan acara pelancaran ROG Ally ada 11 Mei 2023. Di dalam acara tersebut, mereka akan mendedahkan spesifikasi penuh dan harga ROG Ally. Jika anda berminat untuk sertai acara pelancarkan ROG Ally, anda boleh ke laman web rasmi mereka di sini.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: asus rogROG Ally
ShareTweetSend
Previous Post

LIVE A LIVE Kini Tersedia di PS5, PS4 & Steam! Mulakan Perjalanan Epik Sekarang!

Next Post

Gunfire Reborn akan tiba di PS4/PS5 pada 1 Jun – sebuah game co-op FPS berkisarkan haiwan

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Gunfire Reborn akan tiba di PS4/PS5 pada 1 Jun – sebuah game co-op FPS berkisarkan haiwan

Gunfire Reborn akan tiba di PS4/PS5 pada 1 Jun - sebuah game co-op FPS berkisarkan haiwan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd