Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS mengumumkan acara ROG Phone 5s x PUBG: NEW STATE Elite Showmatch

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 12, 2021
in Acara, Artikel, Battle Royale, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
ASUS mengumumkan acara ROG Phone 5s x PUBG: NEW STATE Elite Showmatch
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan kerjasama antara siri ROG Phone 5s dan PUBG: NEW STATE, game mobile battle royale baru daripada penerbit global KRAFTON. Bermula pada bulan ini, kerjasama menarik ini akan mempersembahkan siri global perlawanan elit berjudul ROG Phone 5s x PUBG: NEW STATE Elite Showmatch, yang menawarkan prize pool penuh dengan peralatan gaming bernilai AS$50,0001 (anggaran RM2084004.17).

Kempen ini akan menampilkan siri kejohanan dalam talian yang terdiri daripada 100 pemain di seluruh wilayah EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika) dan Asia Pasifik. Bersama lebih 20 influencer terkenal dari seluruh dunia, pemain boleh menyertai perlawanan survival untuk bersaing dengan influencer tempatan tersebut. Mereka bukan sahaja akan menyertai perlawanan, malah akan memuat naik live stream di akaun media sosial mereka, supaya seluruh dunia boleh menonton.

Seperti saya kata tadi, prize pool terdiri daripada peralatan gaming dengan jumlah nilai melebihi AS$50,000. Pemenang keseluruhan akan menerima “full gaming hardware upgrade”, serta telefon gaming ROG Phone 5s. Peminat ROG di Malaysia juga boleh mendapatkan item dalam permainan yang unik —termasuk payung terjun berjenama ROG dan T-shirt untuk dipakai pada watak kegemaran. Untuk maklumat lanjut, sila lawati pautan INI.

Selain itu, kami pernah membuat ulasan untuk ROG Phone 5s Pro yang diulas oleh saya. Berikut adalah antara isinya:

“Secara pendapat peribadi, ROG Phone 5s Pro tetap menjadi “gaming phone” terbaik buat masa ini, dengan konfigurasi yang canggih. Ini pasti memuaskan hati mana-mana gamer yang tegar. Tetapi ia bukanlah upgrade yang “wajib”. Asus ROG Phone 5 pun sudah cukup bagus kerana versi 5s Pro lebih tertumpu kepada minoriti gamer yang inginkan prestasi terbaik dari peranti mereka.”

Untuk maklumat lanjut, ikuti hashtag #NewStateForROGElite di platform sosial untuk mencari tarikh perlawanan dan influencer yang berkaitan di Malaysia.

Muat turun di sini
PUBG: NEW STATE
Publisher: KRAFTON
Release Date TBC
Android, iOS
Battle Royale yang asli! Singgah ke PUBG: NEW STATE, tajuk terbaru oleh PUBG Studio, pencipta PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS. Dengan menggunakan pelbagai senjata dan taktik, 100 orang yang selamat akan berhadapan sehingga hanya satu pemain atau pasukan yang masih bertahan. Dengan Zon Biru yang semakin mengecil, pemain mesti mencari senjata, kenderaan, dan bahan habis pakai untuk mendapatkan keuntungan. Hanya yang terkuat akan muncul sebagai "" Lone Survivor "" dalam pertunjukan epik ini.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acaraasus rogPUBG: New State
Previous Post

Bekalan PS5 dikurangkan kerana kekurangan komponen

Next Post

DLC Borderlands 2 – Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep percuma di Epic Games!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
DLC Borderlands 2 – Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep percuma di Epic Games!

DLC Borderlands 2 - Tiny Tina's Assault on Dragon Keep percuma di Epic Games!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd