Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS memperbaharui barisan Zenbook 2022, kini sokong Intel Core 12th Gen & AMD Ryzen 6000

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 10, 2022
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
ASUS memperbaharui barisan Zenbook 2022, kini sokong Intel Core 12th Gen & AMD Ryzen 6000
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS hari ini mengumumkan barisan 2022 bagi siri laptop Zenbook Pro dan Zenbook S di acara pelancaran “The Pinnacle of Performance.” Menampilkan reka bentuk moden dan pemproses 12th Generation Intel® Core™ H-Series atau pemproses AMD Ryzen™ 6000 H-Series serta GPU sehingga GeForce RTX 30 Series Laptop untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti.

Apa yang diumumkan? Biar saya jelaskan satu-satu!

Sorotan utama

Zenbook Pro 16X OLED

Flagship kali ini ialah Zenbook Pro 16X OLED, yang datang dengan pelbagai ciri reka bentuk inovatif termasuk mekanisme AAS Ultra untuk prestasi maksimum. Semua perkakasan ini dibungkus ke dalam badan yang beratnya 2.4kg dan senipis 16.9mm supaya mudah untuk bergerak.

Di dalam, ia boleh dikuasai oleh pemproses (sehingga) 12th Gen Intel® Core™ i9 12900H dan GPU laptop NVIDIA GeForce RTX™ 3060, ZenbookPro 16X OLED. Untuk visual menakjubkan, laptop ini dilengkapi dengan paparan touchscreen 16″4K OLED HDR 60 Hz Dolby Vision® yang diperakui PANTONE®Validated dan VESA DisplayHDR™ True Black500.

Ciri-ciri inovatif lain termasuk “White-RGB ASUS Intelligent Lighting System” yang membolehkan interaktiviti pintar sebagai isyarat visual untuk kuasa atau status prestasi; ASUS Dial Rotary controller untuk kawalan tepat hujung jari bagi aplikasi kreatif; dan touchpad yang diperbesarkan dengan maklum balas haptik untuk kemudahan klik di mana-mana sahaja.

Zenbook Pro 14 Duo OLED

Zenbook Pro 14 Duo OLED ialah dual-screen laptop dan juga merupakan laptop OLED 14.5-inci 2.8K 120 Hz pertama di dunia. Ia menampilkan touchscreen 12.7″ kedua jenis ScreenPad Plus yang lebih besar dan cerah, digabungkan dengan reka bentuk AAS Ultra.

Zenbook Pro 14 Duo OLE boleh memuatkan pemproses sehingga 12th Gen Intel®Core™i9 12900H dan GPU laptop NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti. Bagi visual, touchscreen 2.8K OLED HDR Dolby Vision mempunyai refresh rate 120 Hz dan kecerahan sebanyak 500 nits, serta penjagaan mata yang diperakui oleh TÜV Rheinland.

Siri Zenbook Pro

Selain model 14.5-inci dan 16-inci, siri Zenbook Pro turut mempunyai laptop 2-in-1 Zenbook Pro 15 Flip OLED (UP6502) dan Zenbook Pro 17 (UM6702).

Zenbook Pro 15 Flip OLED (UP6502)

Zenbook Pro 15 Flip OLED dilengkapi dengan touchscreen 15.6 inci OLED 2.8K 120 Hz, dan dikuasakan oleh pemproses sehingga 12th Gen Intel®Core™ i7 dan grafik diskret Intel®Arc™ A370M serba baharu untuk menyampaikan kuasa multitasking dan multimedia bagi pengguna serius.

Zenbook Pro 17 (UM6702)

Zenbook Pro 17 pula menampilkan touchscreeb 17.3 inci 2.5K IPS NanoEdge Dolby Vision dengan refresh rate 165 Hz. Di dalam, kita ada pemproses sehingga AMD Ryzen™9 6900HX dan NVIDIA GPU GeForce RTX 3050.

Siri Zenbook S

Siri Zenbook S yang ultranipis dan ultra ringan juga menambah dua model 13.3 inci baru iaitu: OLED Zenbook S 13 Flip dan Zenbook S 13 OLED (laptop OLED 13.3 inci paling ringan di dunia).

OLED Zenbook S 13 Flip

Dengan engsel ErgoLift 360°, Zenbook S 13 Flip OLED membolehkan pengguna bekerja atau bermain dalam mana-mana mode yang mereka mahu: laptop, tent, stand, tablet” — apa-apa sahaja. Dengan ringan hanya 1.1 kg dan nipis sebanyak 14.9 mm, saya agak terkejut selepas mendapat tahu ia mempunyai pemproses 12th Gen Intel®Core™i7 untuk menyumbang kuasa. Bagi I/O, kita ada 3x port Thunderbolt™ 4 USB-C® dan pembaca kad mikroSD untuk menjadikannya teman mudah alih yang ideal.

Kalau laptop di atas cukup ringan, korang belum tahu lagi spesifikasi Zenbook S 13 OLED. Nipisnya hanya 14.9 mm dan berat adalah tepat 1 kg! Luar nampak elegan tetapi bagaimana pula di dalam? Laptop ini dilengkapi AMD Ryzen™7 6800U dengan grafik AMD Radeon™680M bersama port I/O USB 3.2 Gen 2 Type-C—dan USB-C Easy Charge supaya kita tidak perlu risau semasa dalam perjalanan. Paparan pun bukan biasa-biasa dan terdiri daripada 2.8K OLED HDR NanoEdge Dolby Vision yang jelas dan responsif.


Itu adalah antara produk Zenbook terbaru yang diumumkan oleh ASUS bagi tahun 2022. Mungkin korang ada berkenan dengan salah satu? Malangnya, barisan Zenbook 2022 masih belum tersedia di pasaran Malaysia, tetapi saya yakin ASUS akan umumkan harga dan ketersediaannya dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut tentang produk ASUS, sila layari laman web rasmi (Malaysia) di sini. Untuk berita yang dilaporkan oleh kami tentang ASUS, sila tekan sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AsusLaptopZenBook
Previous Post

ASUS memperkenalkan barisan laptop baru 2022 – Vivobook Pro, Vivobook S dan Vivobook 13 OLED!

Next Post

Filem Avatar 2 mendedahkan teaser trailer dan poster baru selepas 13 tahun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Filem Avatar 2 mendedahkan teaser trailer dan poster baru selepas 13 tahun!

Filem Avatar 2 mendedahkan teaser trailer dan poster baru selepas 13 tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd