Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS Malaysia Perkenalkan Siri Baharu Expertbook B1 dan AiO A3! Harga Bermula RM 2,699!

Maira by Maira
February 22, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Produk, Teknologi
0 0
0
ASUS Malaysia Perkenalkan Siri Baharu Expertbook B1 dan AiO A3! Harga Bermula RM 2,699!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Malaysia telah mengumumkan tambahan baharu untuk ASUS Expertbook dan siri ASUS AiO iaitu ExpertBook B1 (B1402) dan AiO A3 (A3402). Jom kami perkenalkan secara ringkas mengenai produk-produk tersebut!

ASUS ExpertBook B1 (B1402)

ASUS expertbook
Sumber: ASUS

Tambahan baharu kepada siri ExpertBook B1 B1402 yang mudah alih ini sungguh mudah untuk dibawa ke mana-mana. Dengan reka bentuknya yang padat, ia muat diletakkan dalam mana-mana beg mahupun casing.

Ia turut dilengkapi dengan cip pemproses berkuasa yang terdiri daripada Intel® CoreTM i7 Generasi Ke-13 dan skrin 14-inci yang memberikan prestasi mengagumkan, keselamatan peringkat perusahaan, ketahanan gred tentera dan ketersambungan yang meluas, termasuk teknologi WiFi 6E yang terkini.

ASUS expertbook
Sumber: ASUS

ExpertBook B1 (B1402) baharu ini juga mematuhi komitmen ASUS terhadap kemampanan dengan peningkatan kecekapan tenaga dan pengurangan jejak alam sekitar. Laptop ini menonjolkan pensijilan EPEAT Gold, TCO 9.0 dan ENERGY STAR® 8.0, dan bahan yang diperakui FSCTM digunakan pada pembungkusan.

ASUS expertbook
Sumber: ASUS

ASUS ExpertBook B1 (B1402) kini tersedia di kedai pengedar rasmi ASUS dengan harga bermula RM 3,699. Anda boleh rujuk spesifikasi penuh di sini.

ASUS AiO A3 (A3402WB)

PC semua dalam satu ASUS AiO A3 (A3402WB) merupakan PC dengan saiz 23.8 inci, mampu memberikan prestasi yang mantap untuk kerja seharian.

Sumber: ASUS

Sebagai model terbaharu, ASUS AiO A3 (A3402WB) dilengkapi pemproses Intel Core i5 Generasi ke-12, 16GB DDR4 RAM dan storan 512GB. Dengan paparan NanoEdge 23.8-inci yang menawarkan gamut sRGB 100% dan nisbah body-to-screen sebanyak 88%, ASUS AiO A3 bersedia untuk memberikan keseronokan tontonan yang maksimum.

Sumber: ASUS

Dengan kombinasi sistem audio stereo yang dipacu oleh teknologi ASUS Smart Amp dan dipertingkatkan oleh Dolby Atmos, PC ini memastikan pengalaman audio yang berkesan untuk semua keperluan multimedia anda.

ASUS AiO A3 (A3402WB) kini boleh didapati di Malaysia daripada kedai pengedar rasmi ASUS terpilih dengan harga bermula RM 2,699

Sumber: ASUS

ASUS Malaysia akan menyertakan perlindungan waranti selama 3 tahun on-site serta set keyboard tanpa wayar dan mouse warna hitam dengan setiap pembelian ASUS AiO A3. Spesifikasi penuh di sini.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk ASUS daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ASUS AiO A3 (A3402WB)ASUS ExpertBook B1 (B1402)
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Malaysia Bawakan Barisan Monitor Untuk Keperluan Kerja & Gaming! Harga Bermula RM 469!

Next Post

Final Fantasy VII Rebirth Review [PS5] — Mengejar Sephiroth di Dunia Yang Kini Jauh Lebih Besar!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Final Fantasy VII Rebirth Review [PS5] — Mengejar Sephiroth di Dunia Yang Kini Jauh Lebih Besar!

Final Fantasy VII Rebirth Review [PS5] -- Mengejar Sephiroth di Dunia Yang Kini Jauh Lebih Besar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd