ASUS Malaysia hari ini mengumumkan laptop TUF Gaming baru yang dikuasakan oleh Intel® dan AMD. Seluruh barisan TUF Gaming telah diperbaharui untuk 2022 dengan reka bentuk dan pemproses baharu. Barisan ini juga termasuk ciri MUX switch yang membuka lebih banyak prestasi GPU untuk para gamer.


ASUS TUF Gaming F15 dan F17 mendahului barisan tahun ini dengan pemproses 12th Generation Intel Core™ i7-12700H dan sehingga GPU laptop sehingga NVIDIA GeForce RTX™ 3070 dengan 140-watt max TGP. ASUS TUF Gaming A15 dan A17 varian 2022 pula dilengkapi dengan pemproses AMD Ryzen™ 7 6800H.
Perkakasan berprestasi tinggi memerlukan solusi penyejukan yang lebih baik. Arc Flow Fans™ menampilkan reka bentuk 84 bilah. Walaupun lebih senyap berbanding reka bentuk lama, kipas ini memberikan aliran udara sehingga 13% lebih banyak untuk memastikan laptop sentiasa sejuk. Gaming pantas juga memerlukan refresh-rate yang tinggi, jadi semua laptop TUF Gaming 2022 dilengkapi dengan pilihan hebat, termasuk FHD 300 Hz atau QHD 165 Hz untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan.
[wpdatatable id=76]
[wpdatatable id=77]
Untuk maklumat lanjut bagi produk di atas, sila tekan SINI dan SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post