ASUS telah melancarkan barisan laptop baharu, ExpertBook yang direka khas untuk meningkatkan produktiviti pengguna dalam melakukan tugas masing-masing. Terdapat tiga model laptop Expertbook yang diperkenalkan iaitu ExpertBook B7 Flip, ExpertBook B3 Flip dan ExpertBook B3 Detachable. Ingin tahu kelebihan pada ketiga-tiga laptop baru ini? Mari kami ceritakannya secara ringkas.

ExpertBook B7 Flip

ExpertBook B7 Flip merupakan laptop premium yang mempunyai 5G serta direka untuk mempercepatkan bisnes. Pengguna di seluruh dunia boleh menggunakan laptop ini yang memberikan produktiviti dengan sambungan data sepantas kilat, membolehkan semua orang bekerja tanpa had.
Ia juga boleh flip 360° untuk menyediakan persekitaran kerja yang hebat untuk semua keperluan bisnes, mambantu setiap organisasi mempercepatkan setiap proses, Dipadan pula dengan ASUS Pen untuk menulis atau menaip, ia memberikan pengguna pilihan untuk guna mod tablet atau laptop. Ia juga mempunyai Advanced Hybrid Coolung System yang membebaskan haba dengan lebih baik.

Model terbaru ini menggunakan inovasi baru dengan CPU Intel® Core™ i7 Generasi ke-12 yang canggih, teknologi WiFi 6E untuk sambungan terpantas dan platform Intel vPro® untuk perlindungan perniagaan yang unggul.
ExpertBook B7 Flip serba baharu juga mendapat manfaat daripada SSD PCI Express® (PCIe®) 4.0 ultrafast dan kamera web berkuasa AI untuk mengurangkan noise pada video dan memastikan pengguna berada di tengah-tengah bingkai semasa panggilan.
Harga untuk ExpertBook B7 Flip bermula daripada RM 8499 dan akan tersedia pada penghujung bulan Julai.
Expertbook B3 Flip

ExpertBook B3 Flip (B3402), sebuah laptop serba boleh serta berkuasa yang direka untuk kerja dan pembelajaran hibrid. B3 Flip dilengkapi dengan engsel 360° untuk fleksibiliti paparan, kamera untuk perspektif baharu dan stylus untuk input mudah dan intuitif. Ia termasuk beberapa ciri perlindungan yang mudah, termasuk ASUS Antibacterial Guard dan paparan yang diperakui TÜV Rheinland untuk penjagaan mata setiap hari.

WiFi 6 (802.11ax) telah dipertingkatkan dengan teknologi ASUS WiFi Master untuk sambungan yang lebih pantas, lebih stabil, dan ia turut ditambah dengan nano-SIM 4G LTE7untuk sambungan pantas dan mudah alih. Teknologi noise cancelling berkuasa AI dua hala dan kamera noise-reducing memastikan pengalaman pembelajaran dan persidangan yang sangat baik.
Harga untuk ExpertBook B3 Flip (B3402) bermula daripada RM 4499 dan akan tersedia pada pertengahan bulan Ogos.
Expertbook B3 Detachable

ExpertBook B3 Detachable merupakan laptop mudah alih 2-dalam-1 terbaik untuk pembelajaran jauh tanpa gangguan dan bekerja, di mana-mana sahaja.
Direka untuk pendidikan dan dibina untuk perniagaan, B3 Detachable serba baharu menampilkan pelbagai ciri inovatif, fleksibel dan meningkatkan produktiviti. Ini termasuk reka bentuk boleh tanggal dengan ExpertStand, stand dwi-orientasi serba boleh serta ExpertBoard, skrin multitouch 16:10 yang luas dan kebolehsuaian sedia ada yang membolehkan ia digunakan dalam mode laptop atau tablet.

Dikuasakan oleh Qualcomm® Snapdragon™ 7c Gen 2 yang pantas dan cekap untuk prestasi hebat dan hayat bateri yang serius, B3 Detachable turut direka bentuk dengan pengecasan pantas, stylus untuk menyediakan nota dengan mudah, noise cancellation berkuasa AI untuk persidangan dan panggilan yang jelas; dan dwi kamera untuk tangkapan foto dan video yang berkualiti.
Laptop baru ini juga menggunakan ASUS Antibacterial Guard, yang melindungi pengguna daripada jangkitan bacteria sehingga 99%.
Harga untuk ExpertBook B3 Detachable bermula daripada RM 2099 dan akan tersedia pada penghujung bulan Julai.

Kalau anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai spesifikasi setiap laptop ExpertBook, boleh lawati laman web rasmi ASUS. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai produk ASUS daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post