Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASTRO BOT Umum Update ‘Speedrun & Tambahan Special Bot’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2024
in Artikel, Berita, Platformer, PS5
0 0
0
ASTRO BOT Umum Update ‘Speedrun & Tambahan Special Bot’
Share on FacebookShare on Twitter

Di PlaySation State of Play pagi ini, Sony Interactive Entertainment bakal melancarkan update percuma untuk ASTRO BOT pada musim luruh ini (sekitar September-Disember). Update ini akan menambah lima level speedrun baharu secara online dan 10 Special Bot untuk diselamatkan.

Diumumkan oleh pengarah studio Team ASOBI, Nicolas Doucet, berikut adalah kata-katanya:

“Hari ini, kami ada sedikit kejutan untuk anda! Mulai musim luruh ini, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ASTRO BOT akan menerima lima level speedrun baharu, semuanya percuma tanpa sebarang kos tambahan. Ramai daripada anda meminta agar level speedrun dikembalikan, jadi kami harap anda akan menikmatinya.”

“Sebagai tambahan kepada level-level baharu ini, akan terdapat 10 Special Bot baharu untuk anda selamatkan. Anda boleh mendapatkannya dengan mengalahkan burung-burung nakal yang berlumba dengan Astro.”

Kredit: Team ASOBI
Kredit: Team ASOBI

Antara Special Bot baharu dalam update ASTRO BOT ini termasuk skuad Helldivers serta watak Eve dari Stellar Blade. Buat masa ini, itu sahaja yang diumumkan.

Kredit: Team ASOBI

Untuk memberi rasa kompetitif, papan skor dalam talian akan diwujudkan supaya anda boleh bersaing dengan seluruh komuniti atau dengan rakan-rakan PlayStation terdekat.

Bagi mereka yang berminat, ASTRO BOT kini boleh dimainkan di PlayStation 5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ASTRO BOT
ShareTweetSend
Previous Post

Stellar Blade Umum Kolaborasi DLC Bersama NieR: Automata!

Next Post

Lihat Mimpi Ngeri Menjadi Nyata dalam MTG Duskmourn: House of Horror!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Lihat Mimpi Ngeri Menjadi Nyata dalam MTG Duskmourn: House of Horror!

Lihat Mimpi Ngeri Menjadi Nyata dalam MTG Duskmourn: House of Horror!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd