Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed: The Ezio Collection kini tersedia di Nintendo Switch

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 18, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Game Baru
0 0
0
Assassin’s Creed: The Ezio Collection kini tersedia di Nintendo Switch
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa Assassin’s Creed: The Ezio Collection kini tersedia di seluruh dunia secara eksklusif untuk Nintendo Switch dan Nintendo Switch Lite.

Assassin’s Creed: The Ezio Collection termasuk Assassin’s Creed II, Assassin’s Creed Brotherhood, Assassin’s Creed Revelation dan dua filem pendek, Assassin’s Creed Lineage dan Assassin’s Creed Embers. Pemain akan berpeluang menjadi Ezio Auditore da Firenze, Master Assassin paling terkenal dan ikonik dalam francais. Kompilasi eksklusif ini memanfaatkan sepenuhnya keupayaan Nintendo Switch, termasuk ciri seperti Handheld Mode, HD Rumble, Touchscreen Interface dan HUD yang dioptimumkan.

Assassin’s Creed: The Ezio Collection termasuk:

Assassin’s Creed II: Dalam opus ini, pemain akan mengawal Ezio, seorang Assassin baharu yang harus membawa turun legasi nenek moyangnya semasa mengembara di era Renaissance Itali, termasuk Florence dan Venice. Semua DLC solo tersedia bersama kempen single-player termasuk Battle of Forli dan Bonfire of the Vanities.

Assassin’s Creed Brotherhood: Bermain sebagai Ezio dalam perjuangan berterusan menentang Templar Order di mana semua pemain akan pergi ke bandar paling terkenal di Itali iaitu Rom. Semua DLC solo tersedia bersama kempen single-player termasuk Copernicus Conspiracy dan The Da Vinci Disappearance.

Assassin’s Creed Revelations: Dalam game ini, Ezio mesti meninggalkan hidupnya untuk mencari jawapan. Pemain akan berjalan mengikut jejak mentor legenda, Altair, melalui kota Empayar Uthmaniyyah iaitu Constantinople. DLC The Lost Archive tersedia bersama kempen single-player.

Bonus ekstra: Selain game, koleksi ini juga termasuk dua filem pendek yang menyelami lebih dalam ke kisah Ezio iaitu Assassin’s Creed Lineage dan Assassin’s Creed Embers.

Ezio Collection kini boleh didapati di kedai rasmi Ubisoft Shopee di Malaysia. Selain itu, untuk meraikan pelancaran Ezio Collection di Nintendo Switch, pemain boleh menikmati diskaun sehingga 60% untuk game di bawah francais Assassin’s Creed dari 17 Februari hingga 28 Februari, secara eksklusif di kedai Shopee yang sama.

Untuk segala liputan kami tentang francais Assassin’s Creed termasuk expansion terbaru untuk Valhalla, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin’s CreedAssassin’s Creed: The Ezio Collectionnintendo switch
Previous Post

Kejohanan MPL MY Musim 9 akan diadakan di Quill City Mall KL

Next Post

Acara eksklusif Horizon Forbidden West melanda Asia, peluang menangi pelbagai hadiah

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Acara eksklusif Horizon Forbidden West melanda Asia, peluang menangi pelbagai hadiah

Acara eksklusif Horizon Forbidden West melanda Asia, peluang menangi pelbagai hadiah

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd