Assassin’s Creed Mirage yang telah diumumkan minggu lalu, akhirnya mendedahkan lebih banyak maklumat baru mengenainya. Game ini juga dijadualkan untuk keluar pada tahun 2023. Ubisoft Bordeaux yang akan mengetuai pembangunan Mirage dan disokong oleh studio lain di bawah Ubisoft termasuklah studio veteran yang turut terlibat dalam pembangunan francais ini iaitu Montreal, Montpellier, Philippines, Singapore, Sofia, Kyiv, Odessa dan Bucharest. Dikhabarkan bahawa Assassin’s Creed Mirage akan membawa semula perkara hebat daripada game pertama francais.
Pengenalan ringkas Assassin’s Creed Mirage
Dalam game terbaru ini, kita akan bermain sebagai Basim Ibn Ishaq. Pemain Valhalla sudah tentu mengenalinya. Mirage membawa kita melihat Basim yang berusia 20 tahun lebih muda, di mana dia yang bermula sebagai pencuri jalanan sehinggalah dia menjadi master assassin. Perjalanan anda sebagai Basim juga akan mempengaruhi pakaiannya.
Seperti yang didedahkan sebelum ini, AC Mirage akan berlaku pada tahun 861 di kota Baghdad semasa ia masih agung dan menjadi tumpuan dunia. Pasukan pembangun juga telah mengambil inspirasi daripada bandar lain seperti Samarrah. Antara sebab kenapa Baghdad menjadi tempat utama kerana mereka Timur Tengah, tempat di mana bermulanya Assassin’s Creed. Selain Baghdad, pemain juga boleh mengalami detik penting di Alamut, yang merupakan rumah Assassin mulakan creed. Tempat ini jugalah Hidden Ones mendirikan kubu mereka dan ketika game, ianya masih dibangunkan.

Latar belakang dan kebolehan Basim juga telah didedahkan. Sebagai contoh, ketangkasannya yang membuatkan Basim seperti memperlahankan masa, serta boleh membunuh ramai musuh dengan sangat pantas. Selain itu, Assassin’s Focus telah diperkenalkan sebagai keupayaan baharu. Keupayaan ini membolehkan Basim melakukan pembunuhan senyap sekali gus.
Bersama-sama Basim ialah Enkidu seekor burung helang yang boleh sasarkan musuh dan sumber. Tetapi berhati-hati kerana terdapat pemanah khas yang akan memanah helang tersebut. Selain itu, terdapat juga watak lain bernaman Roshan yang berperanan sebagai mentor kepada Basim. Dia adalah pahlawan sejati yang berjuang untuk keadilan dan melindungi Hidden Ones dalam apa jua keadaan. Dia seorang warga Parsi berusia 50 tahun, yang merupakan seorang hamba dan kini seorang master assassin. Shohreh Aghdashloo, salah seorang pemenang Emmy akan meminjamkan suaranya untuk watak hebat ini. Seperti biasa, dalam game Assassin’s Creed lain ia juga mempunyai tokoh sejarah.

Gameplay
Dalam entri terbaru ini, kembalinya gameplay utama iaitu stealth, parkour dan membunuh. Banyak penambahbaikan telah diberikan kepada sistem pengesanan dengan lebih terperinci untuk meningkatkan maklum balas pemain. Anda juga boleh melihat siapa yang menjejaki anda serta mengetahui sejauh mana mereka berada. Terdapat juga lebih banyak alatan untuk membantu dengan pendekatan senyap seperti mine atau blowdart.

Beberapa animasi yang digemari serta gerakan ikonik juga kembali dalam AC Mirage. Selain itu, mereka juga menambah benda baharu yang dipanggil pole vault, yang membolehkan Basim untuk merentasi beberapa jurang dan halangan yang besar.
Untuk misi utama, ia dipanggil sebagai Black Box Mission. Ia membolehkan pemain mempunyai peluang untuk menentukan cara mereka untuk jatuhkan sasaran seterusnya. Selain itu, kebanyakan animasi pembunuhan adalah serba baru. Alat baru juga boleh dinaik taraf dan interaksi baharu dengan persekitaran seperti memasang perangkap dan membuat scaffold yang jatuh kepada musuh.

Maklumat pra-tempah
Assassin’s Creed Mirage akan tersedia pada tahun 2023. Jika anda pra-tempah game ini, anda akan mendapat side quest eksklusif, Forty Thieves. Terdapat juga Collector’s Case yang tersedia dengan item seperti berikut:
- Assassin’s Creed Deluxe Edition
- Game Soundtrack terpilih
- Steelbook eksklusif dengan reka bentuk yang dipilih oleh peminat
- 32cm Basim Figurine
- Peta Baghdad
- Mini artbook
- Brooch Basim
- Deluxe Pack diinspirasikan oleh Prince of Persia termasuklah pakaian, helang, mount skin, senjata dan lain-lain.
- Kandungan bonus
- Artbook digital
- Soundtrack digital

Game akan dilancarkan ke PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Amazon Luna dan PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store. Harga untuk digital PC adalah seperti berikut:
- Standard Edition: RM 169
- Deluxe Edition RM 199
- Collector’s Case: 150 USD (anggaran RM 675)

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Assassin’s Creed daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post