Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed 2 percuma untuk dimuat turun bermula 14 April!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 13, 2020
in Artikel, Berita, PC, Ubisoft Connect
0 0
0
Assassin’s Creed 2 percuma untuk dimuat turun bermula 14 April!
Share on FacebookShare on Twitter

Versi PC untuk Assassin’s Creed 2 adalah percuma untuk dimuat turun dan disimpan selama-lamanya bermula Selasa, 14 April, melalui perkhidmatan Ubisoft uPlay.

Berita ini melalui laman web sesawang Jerman, dan penganalisis industri, Daniel Ahmad, yang menyatakan bahawa tawaran itu adalah global dan juga datang dengan diskaun untuk Assassin’s Creed Brotherhood dan Assassin’s Creed Revelations, yang menjadi kesimpulan untuk Ezio Auditore da Firenze dalam era “Renaissance” Itali.

Assassin's Creed II will be free on uPlay (PC) this Tuesday, April 14th. https://t.co/cGo5K2Z7lh pic.twitter.com/QnGzaRzDZc

— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) April 11, 2020

Tawaran ini berasingan dari uPlay Plus, perkhidmatan langganan (mirip dengan EA Access) yang diumumkan oleh Ubisoft di E3 2019 dan dilancarkan pada September lalu. Seluruh siri Assassin’s Creed sudah menjadi sebahagian daripada barisan permainan video uPlay Plus yang mengandungi lebih daripada 100 game PC. Untuk menebus Assassin’s Creed 2, pengguna memerlukan mempunyai akaun di uPlay, yang hanya tersedia untuk PC. Tawaran ini akan bermula pada 14 April, jadi jangan membeli apa-apa game Assassin’s Creed sebelum itu.

Global, free to keep forever. https://t.co/Ytf9jZOIxv

— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) April 11, 2020

Assassin’s Creed 2, yang dilancarkan pada bulan November 2009, berjaya meneruskan kehebatan siri pertama pada 2007 dengan cerita dan watak yang lebih menarik, gameplay yang kurang repetitif, dan lebih banyak elemen RPG untuk mengubah gaya dan kemajuan pemain. Ia masih dianggap salah satu game terbaik dalam francais yang berusia 12 tahun, jadi tidak salah kalau kita tebus game popular ini yang percuma buat sementara waktu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin's CreedAssassin’s Creed 2FreePCPercumaUplay
Previous Post

1st Class Edition versi Fizikal Final Fantasy VII Remake kami dah sampai! Lebih jelas ditangkap gambarnya dengan vivo 19!!

Next Post

Kantoi! Final Fantasy VII Remake akan datang ke PC pada 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Kantoi! Final Fantasy VII Remake akan datang ke PC pada 2021!

Kantoi! Final Fantasy VII Remake akan datang ke PC pada 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd