Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Artis Lokal Cipta Mural Dragon Ball Di Kampar, Raih Pelbagai Reaksi Daripada Netizen

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 7, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Tempatan
0 0
0
Artis Lokal Cipta Mural Dragon Ball Di Kampar, Raih Pelbagai Reaksi Daripada Netizen

Kredit: Facebook YB Puan Angeline Koo Hai Yen

Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, mangaka legenda Akira Toriyama, telah diberi penghormatan oleh artis tempatan Malaysia yang mencipta mural besar di Kampar, Perak yang menggambarkan watak-watak daripada siri terkenalnya, Dragon Ball.

Ditunjukkan di Facebook DAP KAMPAR dan Facebook Puan Angeline Koo Hai Yen selaku ADUN Keranji, mural Dragon Ball itu boleh ditemui di Jalan Pejabat Pos, dan setinggi kira-kira 15 meter. Dilukis oleh Kum Peng Han, banyak watak terkenal daripada siri ini, termasuk Goku, Gohan, Vegeta, Trunks, Krillin, Piccolo dan Naga Shenron tampil dalam karya ini. Di bawah mereka adalah Toriyama sebagai “pencipta” di sebalik francais ikonik itu.

Kredit: Facebook YB Puan Angeline Koo Hai Yen

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan fungsi kamera di aplikasi mudah alih Facebook, pengunjung boleh mengimbas kod QR bersebelahan mural untuk mengakses ciri “augmented reality” tambahan.

Melalui perspektif AR, pengunjung boleh menghalakan kamera ke arah Korin, lalu dapat melihat Goku versi kanak-kanak sedang menunggang “Flying Nimbus”, awan kuning yang digunakannya untuk terbang ke mana-mana sahaja.

Kredit: Facebook YB Puan Angeline Koo Hai Yen

Di acara tayangan mural, artis mural Kum Peng Han berkata siri manga Dragon Ball adalah kegemarannya semasa dewasa, dan oleh itu, dia ingin memberi penghormatan kepada mendiang pencipta Akira Toriyama, yang meninggal dunia pada 1 Mac tahun ini.

“Mural itu adalah karya original oleh saya,” kata Kum, yang menghasilkan mural ini selama tempoh dua minggu bersama bantuan daripada beberapa pelajar Universiti Teknologi Mara.

Yang Dipertuanya, Ahmad Suqairy Alias ​ daripada Majlis Daerah Kampar berkata mural Dragon Ball akan melengkapkan mural di Ilham Seni@Kampar, yang terletak di lorong belakang deretan bangunan lama di Jalan Gopeng-Kampar.

Kredit: Facebook YB Puan Angeline Koo Hai Yen

Setelah dikenalkan, mural ini menerima pelbagai jenis respon di internet. Walaupun ramai yang memuji kreativiti dan semangat yang ditunjukkan oleh artis, netizen lain juga mempunyai pendapat sendiri tentang semangat menunjukkan budaya dan kreativiti Malaysia.

Salah satu ialah artis dan penulis komik terkenal, Ben Wong, yang berkata di Facebook:

Kenapa lukis DragonBall? Kenapa bukan lukis Lukisan tentang Budaya negara kita sendiri? Kita juga ada banyak IP tempatan yang hebat. Sepatutnya lebih banyak membantu mempromosikan komik Malaysia. Lagipun, ini nampaknya melanggar hak cipta atau hak penerbitan Dragon Ball, bukan? Apa pendapat korang?

Satu komen balas:

Setuju.. Mungkin pada pelukis ini tribute to Akira Toriyama, tapi agreed lebih baik diketengahkan watak-watak tempatan macam Keluang Man ke apa ke Boboiboy ke yg tengah hot sekarang.. Bukan nak cakap DBZ tidak nice, tapi mcm missed opportunity kat situ sebab artwork dia kemas..

Satu lagi komen berkata:

Sepatutnya kita mencontohi Jepun bagaimana mereka betul-betul mengangkat (push) IP mereka sebagai sebuah kuasa lunak (Softpower) untuk mempromosikan budaya dan negara mereka. Ini tak…kita promosikan IP dan budaya luar pula. Betul-betul tiada jatidiri.

Jadi, apa pendapat korang pula yang sedang membaca?

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dragon BallKampar
ShareTweetSend
Previous Post

Pengganti Nintendo Switch akan diumumkan selewat-lewatnya Mac 2025

Next Post

Anda Tidak Perlu Buat Akaun PSN Untuk Main Helldivers 2 Di PC Lagi, PlayStation Ubah Peraturan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE
Berita

Project Spirits – Projek Flagship Terbaharu SHIFT UP Selepas Stellar Blade & NIKKE

June 2, 2025
SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol
Berita

SEGA Football Club Champions 2025 Diumumkan, Akan Keluar Di Mobile, PC & Konsol

June 2, 2025
Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran
Berita

Jualan Elden Ring Nightreign Cecah Lebih 2 Juta Unit Pada Hari Pertama Pelancaran

June 2, 2025
Next Post
Anda Tidak Perlu Buat Akaun PSN Untuk Main Helldivers 2 Di PC Lagi, PlayStation Ubah Peraturan

Anda Tidak Perlu Buat Akaun PSN Untuk Main Helldivers 2 Di PC Lagi, PlayStation Ubah Peraturan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd