Hypergryph telah mengumumkan bahawa game Arknights: Endfield membuka pendaftaran untuk technical test game untuk PC! Kalau anda ingin tahu, Arknights merupakan game tower-defense RPG popular di iOS dan Android. Tarikh pelancaran untuk game ini masih lagi belum didedahkan. Bersama-sama pengumuman tersebut, trailer baharu juga telah didedahkan semasa acara The Game Awards 2023. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Kepada anda yang ingin daftarkan diri untuk technical test Arknights: Endfield, anda boleh ke laman web rasmi dan mendaftarkan diri. Tetapi sebelum itu, lebih baik anda membuat akaun baharu untuk memudahkan anda pada masa akan datang. Selepas itu, anda perlu menjawab semua soalan yang tersedia dalam survey. Sekali lagi kami ingin ingatkan bahawa technical test ini tersedia untuk PC sahaja.

Tentang Endfield
Endfield mewarisi pandangan dunia Arknights. Namun, ia mempunyai cerita dan watak tersendiri. Kisah Endfield bermula semula di sebuah planet bernama Talos-II, tempat berbahaya yang penuh dengan malapetaka dan risiko. Tanah liar yang luas dan wilayah tidak berpenghuni terbentang jauh melangkaui jajahan Habitable Band yang masih belum ditinjau. Oleh itu, pemain akan meneroka dunia liar ini dengan pengendali Endfield Industries untuk mendedahkan misteri yang tersembunyi di dalam runtuhan terbiar ini.

Arknights: Endfield memaparkan mekanik dan kandungan gameplay yang serba baru. Ia membolehkan pemain untuk mengawal sebuah parti untuk meneroka Talos-II, menyelesaikan misi, membuka bab terbaru cerita dan mengambil cabaran yang menarik. Pasukan pemain juga akan bertemu puak dan musuh yang berbeza semasa kisah Endfield diceritakan. Pertemuan ini akan menawarkan pengalaman epik pertempuran dengan pelbagai taktik.
Arknights: Endfield akan dilancarkan pada PS5, PC, iOS dan Android. Anda boleh layari laman rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post