Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ark: Survival Ascended ditangguhkan & bakal dilancarkan pada Oktober 2023!

safwan by safwan
July 5, 2023
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Ark: Survival Ascended ditangguhkan & bakal dilancarkan pada Oktober 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Studio Wildcard hari ini mengumumkan yang Ark: Survival Ascended akan ditangguhkan ke bulan Oktober 2023 dan akan dilancarkan pada PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Pada awalnya, game ini dirancang untuk keluar pada bulan Ogos 2023. Tetapi disebabkan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk memberikan pengalaman yang terbaik kepada pemain, mereka terpaksa menangguhkan game ini kepada tarikh baharu.

Kredit: Studio Wildcard

Menurut Studio Wildcard, mereka mengatakan yang menggunakan Unreal Engine 5.2 adalah sangat mencabar, tetapi dalam masa yang sama ia sangat menarik. Dengan meneroka pelbagai ciri-ciri baharu di dalam Unreal Engine 5.2, mereka menjumpai beberapa cara baharu untuk memajukan teknologi ke peringkat seterusnya.

Tambah pula dengan menggabungkan dengan kerja yang diperlukan untuk membawa ekosistem cross-platform-moddable di konsol dan juga PC, mereka menjelaskan yang mereka sangat-sangat memerlukan masa yang lebih banyak lagi.

Kredit: Studio Wildcard

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang DLC The Island dan Scorched Earth akan dilancarkan pada tarikh yang berbeza. Jadi, DLC The Island akan dilancarkan sama tarikh dengan game dan Scorched Earth akan dilancarkan pada Disember 2023. Dan diikuti dengan DLC Ragnarok dan Aberration pada Q1 2024.

Game ini juga akan dilancarkan secara akses awal dan bakal dilancarkan sepenuhnya pada hujung tahun 2024 sebaik sahaja semua kandungan selesai ditambah.

Kredit: Studio Wildcard

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Ark: Survival Ascended akan dilancarkan pada bulan Oktober 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ARK: Survival Ascended
ShareTweetSend
Previous Post

Anime “A Returner’s Magic Should Be Special” Dapat Trailer Baharu! Bakal Tayang Oktober Ini!

Next Post

Pesaing Twitter — “Threads” Akan Tiba! Bakal Lancar pada 6 Julai Oleh Pemilik Instagram!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pesaing Twitter — “Threads” Akan Tiba! Bakal Lancar pada 6 Julai Oleh Pemilik Instagram!

Pesaing Twitter -- "Threads" Akan Tiba! Bakal Lancar pada 6 Julai Oleh Pemilik Instagram!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd