Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Argent Twilight – Game mobile RPG terbaru daripada NEXON! Pra-daftar sekarang!

Maira by Maira
June 30, 2022
in Android, Artikel, Game, Game Percuma, Gatcha, iOS, Mobile, RPG
0 0
0
Argent Twilight – Game mobile RPG terbaru daripada NEXON! Pra-daftar sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

NEXON telah mengumumkan game mobile terbaru mereka iaitu Argent Twilight: Secret of the Dark Orbs (Argent Twilight), yang telah dibangunkan oleh Nexon Korea. Bukan setakat itu sahaja, acara pra-daftar juga akan bermula untuk pelancarannya di Malaysia dan Kanada. Berikut adalah video pengenalan rasmi untuk game:

Untuk pengetahuan anda, Argent Twilight merupakan game mobile turn-based strategy dengan sistem character-collecting RPG. Pemain akan mempunyai roster lebih daripada 300 hero dengan kebolehan unik, area of effect dan pergerakan untuk digunakan dalam mengalahkan musuh dan pemain lain.

Dengan grafik 3D dengna estetik gaya anime, Argent Twilight seperti sebuah rancangan tv yang penuh dengan aksi, yang boleh dimainkan. Selain daripada main story, pemain akan meneroka rahsia di sebalik Dark Orbs, side story dan perbualan dengan watak sampingan.

Pemain juga boleh menyertai Resolute Battlefield, sebuah mode Player vs Player (PvP) di mana pemain akan berentap dalam pertempuran taktikal, penaklukan dan boss battle yang memberikan gear high-grade dan banyak lagi.

Nexon bersedia untuk melancarkan Argent Twilight untuk negara Malaysia dan Kanada. Beruntung juga gamer Malaysia, dapat peluang untuk bermain game ini nanti. Acara pra-daftar akan diadakan tidak lama lagi. Pemain yang pra-daftar pada laman web rasmi game, Google Play atau App Store akan mendapat 1 juta Gold – mata wang dalam game.

Kalau anda ingin tahu, Nexon terkenal dengan pelbagai game seperti Maple Story, Kart Rider dan Dungeon & Fighter. Jadi, anda boleh nantikan pengalaman RPG terbaru daripada syarikat ini. Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang dan daftarkan diri sekarang! Ganjaran lumayan juga boleh didapatkan dalam game. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.

Pra-daftar Sekarang!
Argent Twilight: Secret of the Dark Orbs
Publisher: NEXON Korea
Release Date TBC
Android, iOS
Argent Twilight merupakan game mobile turn-based strategy dengan sistem character collecting RPG. Pemain akan mempunyai roster lebih daripada 300 hero dengan kebolehan unik, area of effect dan pergerakan untuk digunakan dalam mengalahkan musuh dan pemain lain. Dibangunkan oleh Nexon Korea dan akan dilancarkan ke iOS dan Android
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Argent Twilightmobile gamenexon
Previous Post

Interview Mario + Rabbids Sparks of Hope bersama Xavier Manzanares – Cabaran dalam memberikan kejutan terbaru!

Next Post

Crash Bandicoot 4, Man of Medan, Arcadegeddon termasuk dalam game percuma PS Plus Julai 2022!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Crash Bandicoot 4, Man of Medan, Arcadegeddon termasuk dalam game percuma PS Plus Julai 2022!

Crash Bandicoot 4, Man of Medan, Arcadegeddon termasuk dalam game percuma PS Plus Julai 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd