Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Arcadian Atlas Kini di Steam! Alami Game Taktikal RPG Diinspirasikan oleh FF Tactics!

Maira by Maira
July 28, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, RPG, Steam
0 0
0
Arcadian Atlas Kini di Steam! Alami Game Taktikal RPG Diinspirasikan oleh FF Tactics!

Sumber: Serenity Forge

Share on FacebookShare on Twitter

Anda suka game taktikal RPG? Kami ada berita baik untuk anda! Ada satu game taktikal RPG yang telah lancar di Steam bertajuk Arcadian Atlas. Jom kami perkenalkan sedikit sebanyak tentang game tersebut.

Kisah

Arcadian Atlas membawa pemain melihat dua kekasih yang disatukan oleh peperangan, terpisah antara permaisuri yang mereka berikrar setia dan puteri berkarisma yang bangkit untuk merampas kembali takhta. Perang saudara kini menyelubungi kerajaan tersebut.

Sumber: Serenity Forge

Di tengah-tengah konflik itu, seorang ahli silap mata yang ingin membongkar rahsia kerajaan tersebut, bertemu dengan gadis muda, pewaris kedua takhta. Dengan kuasa untuk mencipta dan memusnahkan dunia di tangan mereka, kedua-duanya akan berjuang untuk melarikan diri daripada masa lalu mereka dan menjadi seseorang yang lebih baik.

Sumber: Serenity Forge

Ciri-ciri utama Arcadian Atlas

  • Terokai dunia
    • Mulakan perjalanan melalui landskap Arcadia yang luas dan indah, bertarung merentasi berpuluh-puluh peta termasuk runtuhan purba, perkampungan tepi laut, gunung yang dilitupi salji dan hutan menghijau.
Sumber: Serenity Forge
  • Pertempuran strategik
    • Gunakan 150+ kemahiran tempur unik untuk mengalihkan arus peperangan. Gunakan perangkap taktikal, sihir dan eksploitasi kelemahan musuh anda untuk memperoleh kemenangan.
  • Himpunkan Pasukan
    • Bina tentera dari 12 kelas yang berbeza; sesuaikan penguasaan mereka merentas 25 skill tree unik; dan lengkapi mereka dengan senjata, perisai, dan aksesori berkuasa untuk menguatkan kebolehan mereka.
Sumber: Serenity Forge
  • Alami pengalaman hebat
    • Nikmati suasana indah Arcadia dengan soundtrack berinspirasikan jazz dan potret watak gaya art nouveau yang terperinci.
  • Naratif yang epik
    • Apabila takdir berkait, kisah-kisah Vashti, Desmond, dan seluruh Arcadia yang menyayat hati terungkap dalam kisah perang dan sihir merentasi 70+ pertemuan kempen yang unik.

Buat masa ini, Arcadian Atlas dijual dengan potongan harga sebanyak 15% dan promosi ini akan tamat pada 4 Ogos 2023. Kalau anda berminat untuk bermainnya, bolehlah dapatkannya sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita menarik tentang game, anime, filem dan banyak lagi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Arcadian AtlasSerenity ForgeTaktikal RPGTwin Otter Studios
ShareTweetSend
Previous Post

Tiket Tokyo Game Show 2023 kini dijual untuk pelawat luar Jepun

Next Post

Brazil cipta game Monster Tamer pertama bernama ADORE, akan tiba 3 Ogos!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Brazil cipta game Monster Tamer pertama bernama ADORE, akan tiba 3 Ogos!

Brazil cipta game Monster Tamer pertama bernama ADORE, akan tiba 3 Ogos!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd