Makin hari makin banyak kejutan yang GameStart Asia umumkan sebelum acara mereka yang besar akan diadakan hujung minggu ini di Suntec Exhibiton Hall Singapura! Sebentar tadi, GameStart telah mengumumkan bahawa salah satu syarikat permainan gergasi dari Jepun iaitu Arc Systems Works turut akan membuka booth mereka di GameStart 2019!!
https://www.facebook.com/GameStart.Asia/posts/2461974030522713
Menurut posting yang dikongsikan GameStart sebentar tadi, Arc Systems Works akan memberi peluang untuk pengunjung mencuba sendiri demo permainan mereka iaitu Blazeblue Cross Tag Battle (BBTAG 2.0) dan Under Night In-Birth (UNICLR)! Bukan itu sahaja, 100 pemain pertama untuk kedua hari acara berpeluang untuk mendapat poster permainan bersaiz A3!
Selain itu, dapat juga beberapa kemaskini terbaru mengenai booth lain yang turut akan berada di GameStart 2019! Antaranya seperti demo Oninaki,
Jadi jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke GameStart 2019 Sabtu dan Ahad ini serta tiket boleh didapati di laman web rasmi GameStart 2019!
LOKASI: Suntec Convention Centre Halls 401 – 403 Singapore
TARIKH: 12 & 13 Oktober 2019
PEMBUKAAN PINTU:
-
VIP Ticket: 10AM – 9PM
-
Awam: 11AM – 9PM
@gamersantaimy
Discussion about this post