Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Arab Saudi membeli hampir semua saham SNK – pencipta King of Fighters & Metal Slug

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 7, 2022
in Artikel, Berita, Industri
0 0
0
Arab Saudi membeli hampir semua saham SNK – pencipta King of Fighters & Metal Slug
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai negara luar sedang meluaskan pengaruh ekonomi mereka, jadi untuk menjayakan misi ini, mereka sedang giat mencari pasaran baru untuk menubuhkan tapak merentasi pelbagai medium. Baru-baru ini, kami menerima laporan bahawa Arab Saudi juga sedang berusaha melakukan perkara sama di mana hampir seluruh syarikat SNK (Jepun) kini di bawah pemilikan putera mahkota Arab Saudi.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman

SNK Corporation ialah salah satu syarikat permainan video tertua yang masih aktif di Jepun, dan merupakan antara nama besar dalam industri bersama Capcom dan Square Enix. Diasaskan pada tahun 1978 dengan nama Shin Nihon Kikaku sebagai studio untuk membuat game arcade, SNK kemudian bertanggungjawab untuk siri-siri popular termasuk Metal Slug, The King of Fighters, Fatal Fury, dan lain-lain.

Pada 5 April lalu, SNK, secara efektifnya, telah berada di bawah pemilikan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammad bin Salman. berikutan pelaburan besar-besaran daripada Electronic Gaming Development Company (EGDC), yang dimiliki oleh “Mohammad bin Salman Foundation”. The Verge melaporkan bahawa EGDC telah memperoleh sebanyak 96.18 peratus daripada saham SNK Corporation.

“Pelaburan Mohammed bin Salman Foundation (MiSK Foundation) dalam SNK meneruskan perkongsian yang telah lama terjalin dengan syarikat Jepun itu termasuk mengusahakan projek bersama dalam animasi dan permainan video, melalui anak syarikat MiSK Manga Productions,”

siaran akhbar MiSK Foundation.

Pengambilalihan MiSK Foundation ke atas SNK bukanlah pelaburan besar pertama oleh Arab Saudi di dalam dunia gaming. Sebelum ini, Arab Saudi juga telah membuat pelaburan besar di Capcom, Take-Two, Electronic Arts dan Activision Blizzard – yang dibuat oleh Arab Saudi Public Investment Fund sejak 2020.

Bagi sesiapa yang berminat untuk main game oleh SNK, mereka baru sahaja mengeluarkan The King of Fighters XV pada 17 Februari 2022 di PC melalui Steam, PS4, PS5 dan Xbox Series X/S.

Sumber: SNK

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Arab SaudiKing of FightersSNK
Previous Post

Episod baru ONE PIECE dan DIGIMON akan ditayangkan minggu depan!

Next Post

Max Payne 1+2 akan dapat remake di konsol next gen & PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Max Payne 1+2 akan dapat remake di konsol next gen & PC

Max Payne 1+2 akan dapat remake di konsol next gen & PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd