Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Apple The Exchange TRX’ Akan Dibuka Pada 22 Jun Di Kuala Lumpur

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 20, 2024
in Artikel, Berita, iOS, Mobile, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
‘Apple The Exchange TRX’ Akan Dibuka Pada 22 Jun Di Kuala Lumpur
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Apple memberi kami peluang untuk mengunjungi Apple The Exchange TRX, iaitu Apple Store pertama di Malaysia!

Kredit: Apple

Terletak di tengah-tengah Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, pengunjung boleh membeli barisan produk dan perkhidmatan Apple, menerima nasihat daripada ahli pasukan yang berpengetahuan, dan belajar cara memanfaatkan sepenuhnya peranti mereka melalui sesi percuma.

Di Apple The Exchange TRX, lebih daripada 160 ahli pasukan bersedia untuk membantu pelanggan membeli-belah produk Apple kegemaran mereka — daripada barisan iPhone 15 hingga ke MacBook Air dengan M3 dan model iPad terkini, termasuk iPad Air yang direka bentuk semula dan iPad Pro yang sangat nipis dengan M4.

Kredit: Apple

Untuk meraikan pembukaan, acara khas “Jom Discover,” akan berlangsung dari hari Sabtu, 22 Jun, hingga Sabtu, 6 Julai. Mengumpulkan beberapa creator paling terkenal di Malaysia, sesi-sesi itu akan menawarkan gambaran tentang proses kreatif sambil mempamerkan rangkaian penuh produk dan perkhidmatan Apple.

Sesi “Jom Discover” termasuk:

  • Persembahan: De Fam
  • Bengkel: “Capture Portraits on iPhone” dengan Jason smashpop
  • Spotlight: “Video Magic on Mac” dengan Adam Lobo
  • Bengkel: “Turn Ideas Into Action on iPad” bersama Iman Azman
  • Spotlight: “Live Well, Apple Watch” bersama Nana Mohd
Kredit: Apple

Para pelajar dan keluarga boleh menjimatkan duit apabila membeli Mac atau iPad dengan Apple Education Pricing, yang tersedia secara eksklusif melalui Apple Retail. Dalam kedai atau online, pelanggan yang layak boleh mengambil kesempatan daripada tawaran ini yang berlangsung sehingga 30 September, dan menerima AirPod percuma apabila membeli Mac terpilih, atau Apple Pencil apabila membeli iPad terpilih.

Kredit: Apple
Kredit: Apple

Apple The Exchange TRX juga menawarkan kaunter Apple Pickup, menjadikannya lebih mudah bagi pelanggan untuk membuat pesanan online dan mengambil produk pada masa yang lapang. Untuk sokongan teknikal secara langsung, pelanggan boleh membuat tempahan di Genius Bar dan mendapatkan bantuan daripada pakar.

Berikut adalah beberapa gambar daripada kami untuk pandangan yang lebih dekat!

Bagi mereka yang berminat, Apple The Exchange TRX akan dibuka pada hari Sabtu, 22 Jun, jam 10 pagi MYT.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apple The Exchange TRXKuala Lumpur
ShareTweetSend
Previous Post

Xbox Game Pass Jun 2024 – My Time at Sandrock, Keplerth, EA Sports FC 24 & Banyak Lagi

Next Post

STRAY Akan Datang Ke Nintendo Switch Pada Hujung 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
STRAY Akan Datang Ke Nintendo Switch Pada Hujung 2024

STRAY Akan Datang Ke Nintendo Switch Pada Hujung 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd