Hari ini, Apple secara rasminya telah mengumumkan siri iPhone 16 yang terdiri daripada iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, dan iPhone 16 Pro Max. Memperkenalkan cip A18 serba baharu dan pelbagai keupayaan luar biasa, ia meningkatkan standard untuk apa yang boleh dilakukan oleh sebuah smartphone.
Berikut adalah ringkasan bagi setiap model:
iPhone 16 & iPhone 16 Plus

Tersedia dalam saiz 6.1 inci dan 6.7 inci, kedua-dua model mempunyai paparan Super Retina XDR dan teknologi OLED dan Dynamic Island. Dari segi daya tahan, ia termasuk kaca belakang yang kukuh, reka bentuk kalis air dan habuk, dan Ceramic Shield generasi terkini.
Satu ciri baharu ialah Action Button, yang merupakan butang shortcut. Ia boleh memulakan rakaman memo suara, mengenal pasti lagu, membuka penterjemah suara, menghidupkan lampu suluh, apa-apa sahaja. Butang ini juga tersedia untuk fungsi dalam beberapa aplikasi. Sebagai contoh, ia boleh mengunci dan membuka kereta, jika kenderaan anda menyokong ciri tersebut (Apple menunjukkan demo melalui FordPass).

Seterusnya ialah Camera Control. Fungsi utama ciri ini adalah untuk mengawal segala kawalan dalam aplikasi kamera, tetapi ia sebenarnya ada banyak fungsi lain. Sebagai contoh, dengan menghala kamera pada sesuatu dan menekan Camera Control sekali lagi, ia boleh mengenali bangunan, objek dan juga haiwan peliharaan dan memberi maklumat yang berkaitan. Jika dihala pada poster acara, tarikh dan butiran lain akan diberikan secara automatik pada kalendar anda.

Ke bahagian kamera pula. Kamera utama 48MP tidak banyak berubah, ia mempunyai aknta f/1.6 26mm dan sensor dengan piksel 1.0µm, serta OIS sensor-shift. Apa yang berubah ialah Apple telah memperkenalkan mode baharu yang merakam foto 24MP. Ia menawarkan butiran lebih terperinci daripada gambar 12MP digabungkan dengan saiz fail yang lebih kecil daripada imej 48MP.
Malah, kamera ultra wide baharu turut diadakan – yang sebelum ini tidak wujud untuk model standard. Ia menggunakan modul 12MP yang sama dengan kanta 13mm seperti versi Pro tahun lepas. Selain mod makro, kanta f/2.2 yang lebih cerah membolehkannya menangkap 2.6x lebih cahaya untuk imej waktu malam yang lebih baik. Selain itu, ia boleh merakam video 4K dengan Dolby Vision pada 60fps.

Peningkatan besar pada tahun ini ialah cipset Apple A18, iaitu dua generasi lebih maju daripada iPhone 15 dan 15 Plus (yang memakai A16). Ini ialah cip 3nm gen 2 yang lebih berkuasa dan cekap.
CPU A18 adalah 30% lebih pantas daripada CPU iPhone 15 dan 60% lebih pantas daripada CPU iPhone 12. GPU adalah 40% lebih pantas daripada iPhone 15 dan dua kali lebih pantas daripada iPhone 12. Jika dibandingkan dengan iPhone 15, iPhone 16 menawarkan prestasi CPU yang sama sambil menjimatkan kuasa sebanyak 30%; dan prestasi GPU yang sama sambil menjimatkan kuasa sebanyak 35%. Apple juga meningkatkan lebar jalur memori sistem sebanyak 17%.
Apple A18 cukup handal untuk bermain Resident Evil 7 Biohazard dan Assassin’s Creed: Mirage – kedua-dua game AAA yang hanya mampu dijalankan pada iPhone 15 Pro, iPad dan Mac. GPU juga mempunyai ciri accelerated ray tracing, dan mengawal tambahan controller.
Harga dan Ketersediaan
iPhone 16 dan iPhone 16 Plus akan tersedia dalam warna ultramarine, teal, pink, white dan black dalam kapasiti storan 128GB, 256GB dan 512GB. Harga iPhone 16 bermula pada RM3,999 atau RM166.63 sebulan dan harga iPhone 16 Plus bermula pada RM4,499 atau RM187.46 sebulan.
Pelanggan dapat prapesan iPhone 16 dan iPhone 16 Plus bermula 13 September jam 9PM, di mana smartphone boleh diambil bermula 20 September.
iPhone 16 Pro & iPhone 16 Pro Max

Barisan Pro baharu menampilkan badan paling nipis bagi mana-mana produk Apple dan memperkenalkan saiz paparan yang lebih besar: 6.3 inci pada iPhone 16 Pro dan 6.9 inci pada iPhone 16 Pro Max — paparan iPhone terbesar yang pernah ada. Seperti biasa, ia mempunyai paparan Super Retina XDR dan teknologi Always-On dan ProMotion. Daripada daya tahan, bahannya adalah sama seperti model standard.
Seperti iPhone 16 yang lain, model Pro juga mempunyai Action Control, dan Camera Control. Jadi saya anda boleh rujuk perenggan di atas untuk info tentang kedua ciri ini.

Beralih ke kamera, terdapat kamera Fusion 48 MP utama baharu dengan sensor empat piksel yang menyokong rakaman video 4K120fps dalam Dolby Vision. Apple juga menjanjikan shutter lag hampir sifar untuk imej ProRAW dan HEIF 48 MP. Kamera Ultra Wide 48MP baharu turut menampilkan sensor empat piksel dengan autofokus, jadi pengguna boleh mengambil imej ProRAW dan HEIF 48MP beresolusi lebih tinggi apabila merakam gambar unik, mengambil sudut lebih lebar atau mendekati subjek dengan fotografi makro.
Pengguna boleh menangkap 4K120 fps dalam mode Slo-mo atau Video, dan melaraskan kelajuan playback, termasuk quarter-speed, half-speed dan 24 fps. Kedua-dua iPhone 16 Pro kini boleh mengambil gambar spatial sebagai tambahan kepada video, id mana empat mikrofon “kualiti studio” turut disertakan.

Dikuasakan oleh cip A18 Pro, Apple menjanjikan prestasi mampan sehingga 20% yang lebih baik berbanding pendahulunya. A18 Pro dibina pada proses 3nm dan mempunyai 16-core Neural Engine baharu. Terdapat peningkatan sebanyak 17% dalam jumlah lebar jalur memori sistem, yang turut memanfaatkan 6-core GPU yang 20% lebih pantas daripada generasi sebelumnya.
6-core CPU ialah “yang terpantas dalam mana-mana telefon pintar”, menampilkan dua performance core dan empat efficiency core yang boleh menjalankan beban kerja yang sama seperti iPhone 15 Pro tetapi 15% lebih pantas sambil mejimatkan kuasa sebanyak 20%.
Harga dan Ketersediaan
iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro Max akan tersedia dalam black titanium, natural titanium, white titanium dan desert titanium, dalam kapasiti storan 128GB, 256GB, 512GB dan 1TB. Harga iPhone 16 Pro bermula pada RM4,999 atau RM208.29 sebulan dan harga iPhone 16 Pro Max bermula pada RM5,999 atau RM249.96 sebulan.
Pelanggan dapat prapesan iPhone 16 dan iPhone 16 Plus bermula 13 September jam 9PM, di mana smartphone boleh diambil bermula 20 September.
Apple Intelligence

Seluruh barisan iPhone 16 akan dilengkapi Apple Intelligence, iaitu model generatif AI yang memudahkan dan mempercepatkan tugasan harian.
Sebagai contoh, ia membolehkan pengguna menulis semula, mengesan kesalahan dan meringkaskan teks, mencipta Genmoji original, dan mencipta imej yang kreatif dalam beberapa saat. Apple Intelligence juga meringkaskan notifikasi dan memaparkan mesej dalam Mail. Dalam aplikasi Notes dan Phone , pengguna boleh merakam, transkrip dan meringkaskan audio. Apabila membuat panggilan, Apple Intelligence juga akan menjana ringkasan untuk mengingati perkara penting yang dibincangkan.
Ketersediaan
Apple Intelligence akan tersedia sebagai kemas kini percuma dalam beta bulan depan untuk iOS 18.1, iPadOS 18.1 dan macOS Sequoia 15.1. Ia akan tersedia pada iPhone 16, iPhone 16 Plus, iPhone 16 Pro, iPhone 16 Pro Max, iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max dan iPad serta Mac (M1 dan lebih baharu).
@gamersantaimy
Discussion about this post