Baru-baru ini, kami menerima berita bahawa Apple Arcade menambah enam game menarik sepanjang April 2025, untuk membawa pengalaman baharu kepada pengguna iPhone, iPad, Mac, dan Apple TV.
Pada 3 April, Katamari Damacy Rolling LIVE bakal dilancarkan, menandakan kemunculan pertama sebuah game baharu dalam francais ini sejak hampir lapan tahun. Turut hadir pada hari yang sama ialah Space Invaders Infinity Gene Evolve, evolusi terbaharu kepada siri arked legenda daripada TAITO CORPORATION.
Selain itu, puffies., RollerCoaster Tycoon Classic+, dan The Game of Life 2+ turut akan dilancarkan pada 3 April. Untuk pemain muda, Sesame Street Mecha Builders+ turut menjanjikan pengembaraan yang menyeronokkan.
Katamari Damacy Rolling LIVE oleh Bandai Namco Entertainment

Kembali dengan keunikan sendiri, game eksklusif Apple Arcade ini membolehkan pemain menggulung objek untuk membesarkan Katamari mereka, menyumbang kepada “live stream” si raja bagi mencipta bintang. Dengan runut bunyi yang dinamik dan jumlah penonton yang semakin meningkat, pemain akan menerima komen daripada peminat dalam game. Menyelesaikan cabaran akan meningkatkan jumlah subscriber dan membuka pentas baharu yang lebih mencabar.
Space Invaders Infinity Gene Evolve oleh TAITO CORPORATION

Eksklusif di Apple Arcade, game ini menggabungkan elemen klasik dan moden dalam satu pengalaman shoot-’em-up yang dinamik. Pemain perlu menyesuaikan diri dengan corak serangan musuh, manakala grafik retro berubah menjadi aksi 3D shooter yang moden. Kemajuan dalam game membuka kapal angkasa yang lebih kuat, termasuk pesawat daripada game klasik TAITO yang lain seperti Darius, Night Striker, dan RayStorm.
puffies. oleh Lykke Studios

Permainan teka-teki santai ini membawa nostalgia jigsaw puzzle dalam bentuk pelekat puffy. Pemain boleh menyelesaikan teka-teki yang direka khas, membuka pek pelekat, dan membina koleksi unik mereka. Sertai cabaran harian untuk menaiki carta ranking.
RollerCoaster Tycoon Classic+ oleh Atari
Menggabungkan yang terbaik daripada RollerCoaster Tycoon dan RollerCoaster Tycoon 2, tajuk ini membolehkan pemain membina dan mengurus taman tema yang luar biasa di iPhone, iPad, dan Mac. Menampilkan gaya grafik klasik Chris Sawyer, ia turut disertakan dengan tiga expansion—Wacky Worlds, Time Twister, dan Toolkit—untuk lebih banyak pilihan kreatif.
The Game of Life 2+ oleh Marmalade Game Studio
Sekuel rasmi kepada permainan papan klasik ini hadir di Apple Arcade dengan lebih banyak pilihan, pengembaraan, dan kandungan eksklusif. Pemain boleh menentukan perjalanan hidup mereka—menemui cinta, mengejar kerjaya impian, membina keluarga, atau memelihara haiwan peliharaan. Edisi eksklusif Apple Arcade ini menampilkan pakaian futuristik P.E.G. serta 10 pekerjaan unik, daripada pelatih ikan lumba-lumba hingga mekanik kuantum. Putarkan roda ikonik, buat keputusan penting, dan capai kemenangan melalui kebahagiaan, ilmu, atau kekayaan.
Sesame Street Mecha Builders+ oleh StoryToys
Dalam Sesame Street Mecha Builders+, pemain muda akan menyertai Mecha Elmo, Cookie Monster, dan Abby Cadabby dalam pengembaraan STEM yang interaktif. Dibangunkan oleh StoryToys dengan kerjasama Sesame Workshop, game ini menggabungkan sains, kejuruteraan, matematik, dan kreativiti melalui pelbagai mini-game dan aktiviti. Pemain boleh menyelesaikan teka-teki, meneroka konsep fizik, belajar asas coding, mencampurkan warna, mencipta muzik, dan menyelesaikan misi mengikut rentak mereka sendiri.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari halaman rasmi untuk melihat senarai penuh game yang ditambah ke Apple Arcade pada April 2025.
@gamersantaimy
Discussion about this post