Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apple Arcade tambah 3 game baru – Frogger and the Rumbling Ruins, Cooking Mama: Cuisine & Air Twister

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 1, 2022
in Artikel, Berita, iOS, Mobile, Senarai
0 0
0
Apple Arcade tambah 3 game baru – Frogger and the Rumbling Ruins, Cooking Mama: Cuisine & Air Twister
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini mengumumkan bahawa tiga game baru daripada studio Jepun akan ditambah secara eksklusif ke ke Apple Arcade pada bulan Jun ini.  Sesiapa yang berminat boleh mencuba game pertama iaitu Frogger and the Rumbling Ruins oleh Konami, yang bakal keluar hari Jumaat nanti. Kemudian, kita ada game masak-masak klasik Cooking Mama: Cuisine! oleh Office Create, dan game fantasi 3D shooter Air Twister oleh si pencipta game legenda Yu Suzuki.

Barisan ‘Arcade Originals‘

Frogger and the Rumbling Ruins oleh Konami akan dilancarkan pada 3 Jun. Merupakan sekuel kepada game Apple Arcade popular “Frogger in Toy Town,” entri ini menjanji pengembaraan yang serba baharu. Pemain harus melalui runtuhan yang penuh dengan teka-teki dan membongkar misteri di sebalik warga ‘Ancient Salientian’.

Teka-teki 3D yang mudah dan intuitif ini akan memastikan pemain sentiasa berhati-hati semasa mereka membimbing Frogger melalui 100 level menyeronokkan yang diisi dengan pelbagai perangkap dan musuh di setiap sudut.

Cooking Mama; Cuisine! oleh Office Create Corp. akan dilancarkan pada 17 Jun. Selepas sekian lama tanpa update, kini tiba masanya untuk menguasai dapur di mana pemain harus memperoleh resipi yang lazat dan memasaknya dengan sempurna. Berbeza dengan entri lain dalam siri, “Cooking Mama: Cuisine!” menambahkan keunikan baharu.

Daripada memilih resipi, pemain akan terlebih dahulu memilih bahan-bahan, mencari kombinasi yang sesuai, dan kemudian mula memasak. Satu-satunya cara untuk mengetahui apa yang dihidangkan dengan bahan-bahan terpilih adalah dengan memasaknya. Semua adegan ini ditampilkan secara mini-game menyeronokkan yang ringkas dan mudah.

Air Twister oleh YS Net akan dilancarkan pada 24 Jun. Dicipta oleh pencipta game legenda Yu Suzuki, pemain harus terbang di langi dalam game fantasi 3D shooter ini. Kita sebagai pemain akan mengawal Princess Arch, yang harus menentang penceroboh-penceroboh pelik demi menyelamatkan planet daripada kemusnahan.

Dengan mekanik gameplay “touchscreen swipe-shooting” yang mudah untuk belajar, takdir planet kini berada di tangan anda.

‘App Store Great‘

Akhir sekali, bulan Jun turut membawa penambahan baru iaitu “Jigsaw Puzzle” oleh MobilityWare+ ke barisan App Store Great. Dibuat oleh pakar teka-teki jigsaw untuk peminat teka-teki jigsaw, game ini menampilkan koleksi teka-teki terbesar daripada pelbagai jenama ikonik seperti Disney, Hasbro dan banyak lagi.

Akan dilancarkan pada 10 Jun, game ini menampilkan lebih daripada 29,000 teka-teki di mana pemain menyusun kepingan-kepingan di atas papan sama seperti apa yang kita buat di dunia sebenar.

Apa yang berbeza cuma kita sekarang boleh bermain di mobile! Bagi versi digital, pemain mempunyai pelbagai pilihan untuk customize gameplay termasuk menukar saiz bagi setiap kepingan, menyimpan teka-teki dalam dulang, atau mempunyai akses kepada klu dan imej.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Air TwisterApple ArcadeCooking Mama: CuisineFrogger and the Rumbling Ruins
Previous Post

Destroy All Humans! Clone Carnage – Spin-off baru membawa ciri multiplayer!

Next Post

Main Valorant asyik peta sama berturut-turut – Kini Riot memperkenalkan fix baharu!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Main Valorant asyik peta sama berturut-turut – Kini Riot memperkenalkan fix baharu!

Main Valorant asyik peta sama berturut-turut - Kini Riot memperkenalkan fix baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd