Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy Review (Steam) — Kembali ke Mahkamah Dengan Penceritaan Baharu Serta Pelbagai Ciri Moden!

Maira by Maira
February 8, 2024
in Artikel, Berita, Game, Game Review, PC, Review, Steam
0 0
0
Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy Review (Steam) — Kembali ke Mahkamah Dengan Penceritaan Baharu Serta Pelbagai Ciri Moden!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas hampir 12 tahun pelancaran Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy, akhirnya sambungan kepada trilogi tersebut tiba dengan trilogy baharu, “Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy” yang memaparkan — Apollo Justice: Ace Attorney, Phoenix Wright: Ace Attorney – Dual Destinies dan Phoenix Wright: Ace Attorney – Spirit of Justice. Tajuk-tajuk tersebut merupakan game mainline untuk siri Ace Attorney.

Dalam trilogi ini, kita akan kembali ke mahkamah untuk barisan kes baharu dan sudah tentu watak baharu seperti Apollo Justice, Athena Cykes dan tidak dilupakan Phoenix Wright. Walaupun trilogi ini menggunakan nama Apollo sebagai muka depan, tetapi keseluruhan game ini memaparkan peguam hebat Phoenix Wright.

Memandangkan ketiga-tiga entri ini dipenjarakan pada konsol Nintendo dan mobile, memang teruja juga untuk dapat bermainnya di PC malah pelbagai ciri moden turut dibawakan!

Cerita

Berlaku tujuh tahun selepas trilogi pertama, kita diperkenalkan kepada protagonis baharu Apollo Justice yang pertama kali mengambil kes dalam mempertahankan peguam hebat yang disyaki dalam satu kes pembunuhan. Seperti yang kami katakan, hanya game pertama sahaja Apollo Justice diberikan fokus selepas itu kita kembali kepada Phoenix Wright. Walaupun Apollo masih ada dalam penceritaannya, bersama-sama watak penting lain — Athena Cykes, Trucy Wright dan Maya Fey.

Sebagai tambahan, terdapat dua special episode yang merupakan DLC yang dilepaskan dahulu. Walaupun tambahan ini kami terima dengan tangan terbuka tetapi agak kecewa juga kerana ada lagi DLC yang nampaknya tidak disertakan dalam trilogi ini. DLC yang kami maksudkan adalah Turnabout Quiz, yang memerlukan pemain mempunyai pemahaman mendalam mengenai budaya Jepun. Buat peminat Ace Attorney yang inginkan DLC ini mungkin agak kecewa memandangkan DLC ini kekal eksklusif di Jepun sehingga sekarang.

Gameplay dan Gameplay

Penceritaannya sama seperti entri pertama, bergaya visual novel, di mana anda perlu banyak membaca untuk mengenali bukti supaya mudah melakukan Cross-examination dalam setiap kes. Jadi memang lama untuk habiskan satu episod game ini.

Sumber: Capcom

Bukan sahaja anda perlu bergerak ke pelbagai lokasi untuk mengumpul bukti, anda juga perlu sentiasa press untuk mendapatkan maklumat tambahan semasa pembicaraan kes. Tetapi ada lagi mekanik baharu yang ditambahkan pada Dual Destinies dan Spirit of Justice, di mana anda boleh meneliti emosi defendant. Ianya mekanik yang menarik tetapi ia tidak membawa sebarang perubahan kepada kesusahan semasa cuba melindungi client anda.

Sumber: Capcom

Penambahan History sememangnya membantu kami semasa pembicaraan lebih-lebih lagi kalau kami terlepas maklumat penting yang disebut oleh watak-watak. Jadi anda dengan mudah boleh membaca semula dialog tersebut tanpa sebarang masalah.

Sumber: Capcom

Kami pasti ramai yang tidak mahu bermain keseluruhan trilogy daripada episod pertama, lebih-lebih lagi peminat lama. Nasib baik kita boleh memilih episod yang kita ingin mainkan. Ia juga memudahkan anda untuk replay mana-mana episode yang anda inginkan. Kami pasti peminat lama akan suka dengan feature ini.

Kalau anda seseorang yang hanya ingin menikmati ceritanya sahaja dan tidak mahu menghabiskan masa, anda boleh sahaja hidupkan story mode. Dengan mode ini, game secara automatik menjawab semua soalan serta menyelesaikan puzzle yang tersedia dalam game. Jadi anda santai sahaja tanpa perlu memegang controller mahupun keyboard untuk nikmati cerita game ini.

Sumber: Capcom

Kandungan Bonus yang pelbagai

Bonus content yang tersedia dalam game ini disatukan di bawah Museum yang membawa beberapa kandungan menarik untuk dinikmati pemain. Selalunya kandungan seperti ini akan dikunci di sebalik progress pemain, tetapi tidak untuk game ini. Walaupun begitu ia mempunyai banyak spoiler besar. Jadi buat anda yang pertama kali mainkan game ini, kami syorkan anda supaya tidak melencong jauh di Museum.

Sumber: Capcom

Buat peminat siri Ace Attorney, anda pasti akan berada hargai music player yang tersedia melalui Orchestra Hall. Terdapat lebih daripada 175 track tersedia termasuklah persembahan daripada konsert serta dua track baharu khas untuk koleksi baharu ini. Seperti music player yang lain, anda boleh cipta playlist anda tersendiri. Jadi anda boleh nikmati track kegemaran anda sepanjang masa.

Sumber: Capcom

Selain itu, terdapat juga Art Library yang membawa pelbagai artworks, reka bentuk watak, reka bentuk latar belakang dan visual utama untuk setiap game. Tidak dilupakan juga dengan video cutscene animasi yang dipaparkan dalam setiap game.

Buat anda yang suka mencipta kandungan Ace Attorney, kami pasti anda akan menyukai Animation Studio. Dengan ini anda boleh mencipta komposisi anda tersendiri dengan dialog daripada barisan watak. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh mengubah latar belakang, pose watak dan macam-macam lagi. Tidak dilupakan juga dengan dialog bubble ikonik “OBJECTION” yang digemari ramai. Lebih menarik sekali, terdapat latar belakang hijau/biru yang sudah tentu disukai oleh editor video. Kalaulah kita boleh membuat movie pendek mengunakan ciri ini, sudah pasti kami menghabiskan masa membuat meme menggunakannya.

Grafik yang ditambah baik

Memandangkan game ini merupakan remaster, tidak pelik jika grafiknya diperbaharui kepada lebih HD. Sprite watak kelihatan lebih baik berbanding game asal. Bukan setakat itu sahaja, background 2D juga mendapat overhaul yang baik, membuatkan sprite lebih menonjol. Bertukar kepada grafik 3D dalam Phoenix Wright: Ace Attorney- Dual Destinies, model 3D pada watak serta persekitaran juga kelihatan lebih baik berbanding dahulu. Malah kami tidak nampak sebarang glitch mahu kecacatan pada model sepanjang bermain.

Memandangkan game ini tidaklah begitu berat untuk mendapatkan grafik tertinggi, jadi anda boleh nikmati game ini dengan grafik terbaik tanpa sebarang masalah.

Sumber: Capcom

Kesimpulan

Sebagai pemain trilogi terdahulu, kehadiran Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy sememangnya ditunggu dengan cukup lama. Terima kasih banyak-banyak kepada Capcom kerana berjaya membawa trilogi baharu ini buat peminat.

Bagi kami, ia sememangnya satu koleksi yang cukup lengkap dengan pelbagai kandungan tambahan serta penambahbaikan kepada grafik serta quality-of-life pada game. Ia sudah tentu membuatkan pemain baharu mahupun lama menikmati pembicaraan kes dengan lebih mudah berbanding bergantung kepada “save” seperti sebelum ini. Jadi buat anda yang masih ragu-ragu untuk mencuba game ini, kami pasti anda tidak akan menyesal mendapatkannya.

Sumber: Capcom

Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy tersedia di PlayStation 4, Nintendo Switch dan PC melalui Steam!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS Dedahkan Harga ROG Zephyrus G14 & TUF Gaming A15 Dengan Cip AMD untuk Pasaran Malaysia!

Next Post

Deadpool 3 Sudah Ada Tajuk & Trailer Rasmi! Bakal Tayang pada Julai 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Deadpool 3 Sudah Ada Tajuk & Trailer Rasmi! Bakal Tayang pada Julai 2024!

Deadpool 3 Sudah Ada Tajuk & Trailer Rasmi! Bakal Tayang pada Julai 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd