Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends: Upheavel – Segala Info Yang Anda Perlu Tahu Tentang Season 21!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 4, 2024
in Artikel, Battle Royale, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Apex Legends: Upheavel – Segala Info Yang Anda Perlu Tahu Tentang Season 21!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Respawn Entertainment telah mendedahkan content yang akan datang untuk Apex Legends Season 21 yang diberi nama Upheavel. Menampilkan gameplay trailer khusus, kita diperkenalkan kepada Legend baru bernama Alter, tema baru, peta lama yang diberi rupa serba baharu dan kepulangan mode Solo.

Season 21 akan datang secara rasmi pada 8 Mei, dan bagi mereka yang ingin bersiap sedia – berikut adalah segala info yang anda perlu tahu tentang Upheavel.

Legend Baru “Alter”

Latar Belakang

Kredit: Respawn Entertainment

Alter, atau nama sebenarnya nama sebenarnya Ying Ling Lui, ialah pembunuh a.k.a Void Breacher yang bergerak dari dimensi ke dimensi lain untuk membunuh atas arahan pelanggannya. Dia hanya berpegang rapat pada dua perkara sahaja: teknologi Void yang membenarkan dia untuk berjalan antara dimensi dan keinginan untuk berseronok.

Dia mencuri makanan paling mewah, belajar untuk bertarung melalui situasi yang sukar, mengambil pekerjaan ganjil untuk kepentingan peribadi, dan dia tidak ada masalah untuk mengkhianati pelanggannya.

Alter tertarik kepada dunia yang musnah sepenuhnya. Sama ada sesuatu yang dahsyat sudah berlaku atau dia sendiri yang membantu menyambut kiamat, dia berada di sana untuk menyaksikan apa sahaja malapetaka yang berlaku.

Tetapi dalam beberapa dunia yang musnah ini, Alter mula melihat satu persamaan yang menarik…Banyak dunia ini tidak dimusnahkan kerana peristiwa rawak; ia telah dimusnahkan oleh orang yang sama.

Kredit: Respawn Entertainment

Abiliti

Kredit: Respawn Entertainment
  • Passive: Gift From The Rift
    • Boleh berinteraksi dari jauh dengan deathbox untuk mengambil satu item sahaja daripada musuh dalam jarak 75 meter. Item itu tidak boleh menjadi armor.
  • Tactical Skill: Void Passage
    • Mencipta laluan portal dua hala melalui mana-mana permukaan.
  • Ultimate: Void Nexus
    • Cipta titik regroup di mana semua rakan sepasukan boleh berinteraksi dari jauh. Portal ini akan menarik mereka dan membawa mereka ke lokasi tertentu yang membolehkan pasukan mengembara melalui peta serta-merta.
Kredit: Respawn Entertainment

Selain Wraith dan Ash, dia adalah Legend ketiga yang mempunyai abiliti membuka Void. Tactical skill-nya, Void Passage, boleh digunakan untuk flanking atau mengalih perhatian musuh, yang terpaksa menjangka di mana anda akan keluar.

Passive Gift From The Rift pula boleh menjadi penyelamat dalam situasi kritikal, dan menggunakan abiliti ini secara strategik boleh mengubah arus pertempuran dan membantu pemain mengatasi senario yang mencabar.

Solo Mode Kembali

Kredit: Respawn Entertainment

Kali terakhir kita melihat Solo Mode adalah pada 2019, tetapi kini ia kembali bersama tiga perubahan menarik.

Pertama sekali ialah pengenalan Respawn Token. Setiap pemain akan mempunyai satu Respawn Token yang membolehkan mereka menyertai semula pertarungan jika mati terlalu awal. Sudah pasti ini sangat membantu dalam mana-mana fasa dalam perlawanan – tidak kira awal atau akhir.

Kredit: Respawn Entertainment

Kedua ialah Battle Sense. Apabila pemain lain sedang bertarung atau membuat bunyi yang kuat, pemain itu akan muncul sebagai bulatan kecil di peta mini anda. Julatnya adalah sekitar 15 meter, untuk memberitahu anda tentang bahaya di sekeliling.

Akhir sekali ialah Auto Healing. Nyawa pemain akan disembuhkan secara automatik apabila keluar dari pertempuran atau selepas membunuh musuh.

Kredit: Respawn Entertainment

Beberapa perubahan kecil tambahan kepada Solo Mode termasuk jumlah pemain maksimum adalah 50 dan saiz bulatan telah diselaraskan supaya sesuai.

Update Besar Pada Peta Broken Moon

Kredit: Respawn Entertainment

Mimpi ngeri lunar telah mengubah peta Broken Moon. Dengan pelbagai kawasan baru, yang perlu diberi perhatian adalah kubah kuarantin berwarna ungu yang terletak di tengah peta.

Kawasan ini akan mempunyai beberapa zipline yang membolehkan pemain bergerak lebih pantas di sekitar kawasan tersebut. Namun, kawasan itu dikelilingi oleh hutan dan pemain masih dapat dilihat dengan jelas oleh musuh.

Kredit: Respawn Entertainment

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan buat masa ini. Apex Legends Season 21 akan tersedia pada 8 Mei ini! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Apex Legends daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsApex Legends Season 21
ShareTweetSend
Previous Post

Unboxing Zenless Zone Zero Media Kit – Pakej Khas Daripada New Eridu!

Next Post

Hades II Kini Tersedia Secara Early Access Di PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Hades II Kini Tersedia Secara Early Access Di PC

Hades II Kini Tersedia Secara Early Access Di PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd