Kehangatan musim ke-4 Apex Legends masih belum berakhir gaiss! Baru sahaja melancarkan legend terbaru minggu lalu beserta dunia kehancuran World’s Edge dan senjata baru untuk anda membiasakan diri. Seperti biasa, setiap acara yang hadir pasti akan kena mengena dengan sebarang perayaan didunia luar game, jadi sempena hari kekasih yang akan hadir ini, EA dan Respawn telah mengumumkan acara pertama dalam musim ke-4 ini iaitu Valentine’s Day Rendezvous!
Invite that special someone for a rende…du. Squad up for Duos and enjoy themed items during the Valentine's Day Rendezvous, Feb 11-18.
💘: https://t.co/Itcex3yd3l pic.twitter.com/ZlwnHbHfym
— Apex Legends (@PlayApex) February 10, 2020
Dalam Valentine’s Day Rendezvous akan menampilkan kembali mod Duo dan sesuatu yang baru iaitu kosmetik bertemakan hari kekasih! Bermula 11 hingga 18 Februari 2020 ini pastikan anda tidak terlepas untuk melibatkan diri dengan acara Valentine’s Day Rendezvous dibawah ini;
- Log masuk untuk mengumpul Badge Valentines 2020
- Duos kembali dalam waktu terhad
- “Double Up” XP Boost
- Skuad bersama rakan anda dan dapatkan double XP (sehingga 20k sehari).
- Barang Baru dan Lama Valentine
- Kembali semula DMR “Through the Heart” dan “Love of the Game” Banner dalam diskaun
Selain itu terdapat ‘charm’ baru yang boleh didapati juga didalam permainan seperti Love Struck dan Lovefinder. Jika berlari dengan anak panah cupid dengan Pathfinder di sisi LSTAR anda mencukupi untuk memotivasi anda untuk membunuh dan nantikan sendiri apa yang bakal terjadi!
Mawar adalah merah, begitu juga skin Revenant dan dia tidak akan berhenti memburu anda! Sinister kegemaran ramai ini akan mendapat skin yang dipenuhi bunga mawar walaupun Revenant tiada hati lagi. Jadi ini lah peluang anda mendapatkan skin yang penuh berbunga ini sempena bulan cinta ini selama-lamanya!
Satu lagi yang menarik adalah dapatkan skin Gilded Roses Revenant secara percuma jika anda ahli Twitch Prime yang akan tersedia sehingga 19 March ini!
Ah, the sweet aroma of fear. 💀🌹
Be the thorn in your enemy's side with the Gilded Rose Revenant skin, available through March 19 when you link your #TwitchPrime account.
👉: https://t.co/HMPynZXk2l pic.twitter.com/lBXk0twO0t
— Apex Legends (@PlayApex) February 7, 2020
Sementara skin dan charms sentiasa menarik perhatian untuk acara ini, lebih menarik perhatian adalah banyak tambahan dalam senarai Duos! Sejak dari pelancaran ramai pemain yang terlalu inginkan mod Duo dan Solo, kali ini dalam masa yang terhad mereka membawa mod Duo walaupun ianya masih belum menjadi tetap. Walaubagaimanapun, pasti seronok jika dapat melihat Revenant si legend baru ini bergabung dengan teman duo yang hebat!
Jadi apa lagi? Jangan lupa bermula hari ini 11 Februari hingga 18 Februari 2020 Valentine’s Day Rendezvous akan dilengkapi dengan dunia penuh cinta~ eh! Okay-okay, jangan terlepas untuk mendapatkan tema hari kekasih, skin dan pelbagai lagi!
Sumber: EA

@gamersantaimy
Discussion about this post