Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends Mobile mulakan Season 3 — Tambah watak, event & Battle Pass baru!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 19, 2022
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile, Shooter
0 0
0
Apex Legends Mobile mulakan Season 3 — Tambah watak, event & Battle Pass baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat mereka yang sudah lama menunggu, Apex Legends Mobile secara rasmi memulakan content Season 3 pada hari ini! Antara tambahan baru termasuk Legend baru Ash, event baru, Battle Pass baru dan kemas kini kepada sistem utama. Legend Fade juga mendapat senjata baharu, yang eksklusif hanya untuk versi mobile sahaja.

Banyak yang ditambah, jadi berikut adalah rumusan lengkap:

  • Legend Ash tiba di dalam game dengan set kemahiran unik termasuk abiliti pasif “Marked For Death” yang mendedahkan lokasi deathbox dan musuh yang masih hidup; abiliti taktikal “Arc Snare” yang menjerat dan lakukan damage pada musuh; dan abiliti Ultimate “Phase Breach” yang teleport ke lokasi yang disasarkan.
  • Tambahan senjata jarak dekat “eksklusif untuk mobile dahulu” untuk Fade yang dipanggil Constellation. Boleh naik taraf dan ubahsuai dengan kesan visual, tekstur dan banyak lagi.
  • Second Shot Blitz: Mode Battle Royale terhad yang aktif semasa musim ini. Semasa Second Shot Blitz sedang aktif, semua orang mendapat peluang untuk respawn secara automatik.
  • Acara Spooky October Halloween akan datang tidak lama lagi! Nantikan content unik pada peta Kings Canyon dan World’s Edge serta ganjaran kosmetik menyeramkan untuk para Legend dan senjata kegemaran!
  • Misi Faction: Bantu salah satu daripada tiga Faction besar yang berebut kuasa dalam Apex Games. Selesaikan misi bagi Faction anda untuk mendapatkan mata wang bermusim yang kemudian boleh ditebus di kedai dalam permainan!
  • Champions Battle Pass akan datang dengan sejumlah kosmetik cantik.
  • World’s Edge dan Kings Canyon kini akan rotate secara aktif untuk Normal dan Ranked Battle Royale, serta pengenalan kepada Coliseum di mana anda boleh memulakan pertarungan bersama pemain lain. Lebih banyak kill yang anda peroleh di Coliseum, lebih baik loot-nya!
  • TDM dan Gun Game akan rotate di antara peta Thermal Station, Artillery, dan Pythas Block 0.

Patch note terkini dan developer diary memberikan maklumat penuh dan pandangan yang lebih mendalam tentang kemas kini baharu Apex Legends Mobile Season 3. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex Legends mobileMobile
Previous Post

Jom Kenali Pochita, Si Chainsaw Devil Comel! Ketahui Sebab Dia Diburu!

Next Post

Gotham Knights – mari kenali Bat-Family, daripada Batgirl ke Nightwing!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Gotham Knights – mari kenali Bat-Family, daripada Batgirl ke Nightwing!

Gotham Knights - mari kenali Bat-Family, daripada Batgirl ke Nightwing!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd