Hari ini saya datang dengan info ekstra untuk para peminat Apex Legends dan battle royale di Malaysia! Baru-baru ini, seorang wakil EA mendedahkan rancangan mereka untuk membawa kandungan Asia termasuk Bahasa Melayu di permainan Apex Legends Mobile!
Secara lebih khusus lagi, info ini diumumkan dalam di acara gamescom asia 2021 dalam segmen Fireside Chat. Dalam temu ramah bersama Ketua Editor Digital Braves -Sean Lim, dan Wakil EA -Liam McClure, topik tentang “localisation” di Asia Tenggara telah menjadi tumpuan pada awal sesi. Apabila ditanya, beliau menjawab:
Kami ingin pergi lebih jauh dari penterjemahan dan sebenarnya adalah budaya yang kami cuba ingin fokuskan. Dengan ruang mudah alih, pasti ada lebih banyak peluang untuk memahami kandungan apa yang dapat kita gabungkan yang akan disukai oleh pengguna. Sekiranya kita mempunyai permainan di India, mungkin kita akan mengkaji tentang kandungan khusus yang berkaitan dengan India.
Kemudian beliau ditanya jika ada penterjemahan bahasa di negara-negara Asia Tenggara. Jawapan “Ya” yang ringkas telah diberi dan itu pun cukup untuk membuat saya senyum. Tak lama lagi selepas pelancaran rasmi, mungkin kita dapat bermain Apex Legends Mobile dalam bahasa melayu.

Di samping itu, mungkin ada di sini yang bernasib baik dapat menyertai ujian beta Apex Legends Mobile pada dua bulan lepas. Kalau tidak, anda boleh membaca review awal untuk pengalaman kami! Menurut akaun Twitter rasmi Apex Legends Mobile, Respawn mengatakan bahawa permainan dapat diakses hari pada 27 Julai 2021. Malangnya, tidak semua peminat dapat mencuba permainan ini. Ia hanya tersedia untuk mereka yang sudah membuat pra-pendaftaran. Ini kerana ujian beta tertutup hanya membuka akses server yang terbatas. Pemain boleh membuat pra-pendaftaran pada peranti, tetapi hanya beberapa peminat bertuah yang dipilih oleh Respawn.

Dari artikel sebelum, saya memberitahu bahawa:
“Seterusnya, Chad Grenier (Pengarah Apex Legends) menjelaskan bahawa permainan mempunyai naratif yang berbeza dengan versi PC/konsol. Dalam blog post tersebut, Grenier menyatakan bahawa, “ia adalah versi baru Apex Legends” tetapi menegaskan yang versi mudah alih ini akan cuba setia dengan versi asli. Apex Legends Mobile juga direka khusus untuk penggunaan skrin sentuh, dan akan merangkumi kawalan dan pengoptimuman yang lancar untuk peranti mudah alih.”
Harap maklum, ujian beta Apex Legends Mobile adalah eksperimen Respawn untuk terus memajukan permainan ini lagi, di mana mereka berharap para pemain dapat membantu dengan memberikan maklum balas yang diperlukan ketika menghadapi masalah atau bug semasa bermain. Jika anda berminat, jangan lupa untuk pra-daftar sekarang di pautan bawah!

@gamersantaimy
Discussion about this post