Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends Mobile bakal tutup pada 2 Mei – baru 7 bulan di pasaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 1, 2023
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile, Shooter
0 0
0
Apex Legends Mobile bakal tutup pada 2 Mei – baru 7 bulan di pasaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun tidak sampai setahun dilancarkan, Apex Legends Mobile secara rasmi akan ditutup oleh EA dan Respawn Entertainment pada 2 Mei. Walaupun berjaya memenangi anugerah “Game of the Year”, nampaknya itu pun tidak cukup untuk bersaing dengan game battle royale shooter lain di pasaran mobile.

We have made the decision to sunset Apex Legends Mobile.

We're sure you have a lot of questions. For more information on where things are at currently, including an FAQ, please read the blog below.https://t.co/Yjr4EOJnTq pic.twitter.com/4k3dGzOL12

— Respawn (@Respawn) January 31, 2023

Menurut Respawn Entertainment, Apex Legends Mobile terpaksa ditutupkan oleh kerana “beberapa faktor tidak terkawal” yang menghalang studio daripada menyediakan “pengalaman berkualiti tinggi” kepada. Berikut adalah mesej mereka:

“Beberapa faktor di luar kawalan telah menghalang kami daripada mengekalkan pengalaman dan kandungan berkualiti tinggi yang layak diterima oleh pemain kami. Ucapan terima kasih kepada pemain dan pasukan kerana menyertai kami di Apex Legends Mobile, walaupun untuk seketika, tidak berkesudahan. Daripada lubuk hati kami, terima kasih.”

Sekali lagi saya ingatkan; pada 2 Mei, semua server untuk Apex Legends akan ditutup secara rasmi dan game ini tidak lagi boleh dimainkan. Ini bermakna pemain hanya mempunyai masa 90 hari untuk bermain game ini. Bermula hari ini, semua pembelian dalam aplikasi turut telah dimatikan sebagai persediaan untuk penutupan rasmi.

Selain itu, Respawn Entertainment juga telah mengesahkan melalui FAQ bahawa semua pembelian akan kekal pada akaun Apex Legends Mobile anda sehingga 1 Mei, tetapi pemain yang ingin mendapatkan refund perlu menghubungi Apple App Store atau Google Play Store untuk maklumat lanjut.

Walau bagaimanapun, mungkin ini bukan pengakhiran untuk Apex Legends di platform mudah alih. Menurut komen dalam mesyuarat syarikat baru-baru ini – CEO EA, Andrew Wilson kata bahawa syarikat hanya menutup “versi” Apex Legends Mobile ini sahaja. Jadi ada kemungkinan mereka mempunyai rancangan lain pada masa akan datang.

Walaupun versi mobile akan tutup, sekurang-kurangnya kita masih boleh bermain Apex Legends di Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S.

Battlefield Mobile juga tutup!

Dalam laporan kewangan untuk suku ketiga tahun fiskal 2023, EA mendedahkan bahawa pembangunan Battlefield Mobile telah dibatalkan dan mereka akan menutup studio Industrial Toys. EA terpaksa mengubah rancangan semasa kerana mereka juga ingin menyampaikan visi terbaik bagi francais Battlefield untuk memenuhi jangkaan pemain.

Sebagai akibat kepada keputusan ini, pembangunan Battlefield Mobile terpaksa diberhentikan di mana EA dan DICE akan mengalihkan fokus pada Battlefield 2042 sambil membangunkan game Battlefield serba baharu pada masa hadapan. Malah, EA mengesahkan bahawa pra-produksi bagi beberapa projek Battlefield baharu sudahpun bermula di beberapa studio.

Untuk merasa pengalaman terkini Battlefiled, anda boleh mencuba Battlefield 2042 sekarang di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidApex LegendsApex Legends mobileiOSMobile
Previous Post

Senarai Filem Mantap Bakal Tiba di GSC Pada Bulan Februari 2023!

Next Post

James Gunn umum 10 projek DCU baru termasuk Superman, Batman & Robin, Green Lantern, & banyak lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
James Gunn umum 10 projek DCU baru termasuk Superman, Batman & Robin, Green Lantern, & banyak lagi!

James Gunn umum 10 projek DCU baru termasuk Superman, Batman & Robin, Green Lantern, & banyak lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd