Musim ke-15 Apex Legends semakin hampir dan bersamanya, datanglah pelbagai content baharu. Memandangkan ini musim baru, mestilah ada Legend baru sekali. Di sini, EA dan Respawn memperkenalkan Catalyst, watak jenis defensif yang pasti membawa perubahan kepada meta Apex Legends.
Kami berjaya memperoleh info lanjut tentang abiliti, latar belakang, dan proses reka bentuk di sebalik watak ini, jadi tanpa melengahkan masa lagi; berikut adalah info lengkap tentang Catalyst, ahli terbaru untuk menyertai Apex Legends!
Latar belakang dan asal usul Catalyst

Tressa Crystal Smith ialah seorang wanita yang anggun dan sombong dan lebih menyukai kristal berbanding manusia. Dia dibesarkan di Boreas, sebuah planet dengan bulan yang merosot (bulan ini diperkenalkan pada Season 6 dan Season 10) tetapi malangnya, bulan itu dimusnahkan apabila Seer dilahirkan.
Mematuhi peraturan dan kecekapan kerja merupakan satu keperluan ketika orang di sana bekerja untuk membaiki bulan dan menguruskan kesan daripada kemusnahan. Tetapi mematuhi peraturan bukanlah dalam personaliti Catalyst, sebaliknya dia lebih rela meluangkan masa bersama rakan-rakan lain untuk membaca kristal, melakukan ritual bulan dan belajar sihir.
Tetapi apabila rakan rapatnya berusaha untuk menyelamatkan bulan daripada pencerobohan korporat, Catalyst terperangkap di tengah-tengah. Akhirnya, dia melarikan diri dari rumah, lalu mencari tempat perlindungan di tempat paling disayangi iaitu bulan Cleo.
Di sana dia menyertai krew “terraforming” yang diupah untuk membaiki badan bulan itu. Catalyst belajar cara-cara mengendalikan “ferrofluid”, lalu mahir menggunakannya ala-ala seperti membuat sihir. Kini semakin rapat dengan komuniti barunya, Catalyst membawa pulang beberapa rakan lama untuk menyertai keluarga barunya. Akhirnya, dia menemui “rumah” sendiri tetapi Apex Games tiba-tiba muncul dan menghapuskan segala usahanya.
Namun, Catalyst tidak berputus asa. Jika Apex Games menghalang kegembiraannya, Catalyst akan memanfaatkan situasi dengan menggunakan wang hadiah untuk menyokong keluarga.
Menurut EA, pemain juga dapat melihat interaksi yang menarik antara dia dan Legend lain seperti Rampat, Loba, Bloodhound dan terutamanya Seer, di mana dia dan Seer mempunyai beberapa perbualan yang tegang.
Kemahiran dan cara-cara bermain

Catalyst bijak mengawal medan perang dengan abiliti “ferrofluid-nya”, ciri utama yang membezakan dirinya dengan Legend jenis defensif lain. Dia merupakan pilihan yang bagus untuk pemain yang lebih suka pertarungan jarak jauh dengan menghalang musuh atau untuk memudahkan rotation yang lebih selamat serta memberi peluang dan ruang selamat untuk menyembuhkan diri.
Berikut adalah huraian abiliti:
Passive – Barricade
- Dengan memanipulasi ferrofluid, Catalyst dapat mengukuhkan pintu, lantas mengunci laluan daripada musuh sambil membenarkan rakan sepasukan berlalu dengan bebas.
- Pintu yang dikukuhkan itu perlu 2x lebih lama untuk musnah dengan serangan melee dan hanya boleh dibuka/ditutup oleh Catalyst dan rakan sepasukannya.
- Mampu membina semula pintu dan ruang yang telah musnah.
Tactical – Piercing Spikes
- Catalyst boleh membaling setompok ferrofluid yang bertukar menjadi pepaku maut. Apabila musuh mendekat, pepaku itu akan melakukan damage sambil perlahankan musuh.
- Catalyst juga boleh melontar paku ini dengan jauh, jadi dia boleh menjadi initiator yang hebat sambil menjadi alat defensif yang cukup baik.
Ultimate – Dark Veil
- Kaburkan pandangan musuh dengan Ultimate, Dark Veil. Catalyst boleh menaikkan dinding ferrofluid yang melambatkan dan separuh membutakan musuh yang melaluinya. Pemain boleh menggunakan halangan ini untuk membahagikan medan perang atau menghidupkan semula pasukan mereka di tempat yang selamat.
- Dindingnya tidak konkrit, jadi anda boleh berjalan melaluinya. Apabila musuh melaluinya, mereka akan diperlahankan dan dibutakan buat sementara waktu. Dinding ini boleh menyekat kebanyakan scantech, seperti abiliti Tactical dan Passive milik Seer dan abiliti Tactical milik Bloodhound, lantas membuatkan mereka tidak dapat mengimbas musuh melalui tirai gelap itu.
- Ini adalah alat yang hebat untuk memisahkan medan perang atau mencari ruang keselamatan untuk rotate atau sembuhkan diri dan rakan sepasukan.

Watak yang boleh bersinergi/counter Catalyst

Catalyst dapat bersinergi dengan baik dengan Legend jenis defensif lain. Jika anda mempunyai pasukan Caustic, Watson dan Catalyst, kombinasi ini boleh menukar mana-mana lokasi menjadi taman perangkap sendiri.
Sebaliknya, Ultimate Dark Veil sangat bagus jika digabungkan dengan Legend jenis pantas + mobiliti tinggi seperti Octane atau Pathfinder untuk membantu memudahkan rotation yang lebih selamat. Watak-watak tersebut juga dapat melalui dinding dengan lebih pantas dan merancang pelan seterusnya.
Malangnya, passive Catalyst iaitu pintu yang dikukuhkan masih lemah kepada abiliti lain seperti minigun milik Rampart, wrecking ball milik Mad Maggie atau abiliti bersifat letupan secara umum.
Kisah di sebalik proses reka bentuk

Seperti yang kita semua tahu, Catalyst adalah wanita transgender pertama dalam Apex Legends, jadi mestilah kita nak tahu mengapa pihak studio dan penerbit ingin ambil pendekatan itu.
Menurut Ashley Reed – penulis utama untuk game, mereka mahu mempunyai barisan watak yang bervariasi. Dunia sebenar sangat unik dan manusia dikelilingi oleh pelbagai jenis orang berbeza. Jadi wajarlah bahawa Legend terbaru harus mencerminkan dunia sebenar.
Kami menyedari kepentingan memasukkan watak transgender dalam game. Jadi tumpuan kami adalah untuk menghasilkannya dengan tulen dan autentik. Untuk tujuan itu, kami bekerjasama rapat dengan pemaju transgender sepanjang proses pembangunan, dan mengupah serta bekerjasama rapat dengan pelakon suara wanita transgender.
Kami juga berunding dengan LGB Alliance dan berunding dengan mereka sepanjang pembangunan untuk memastikan pendekatan kami betul.

Berkenaan reka bentuk dan penampilan, “Techno Witch” merupakan istilah yang mereka cuba tepati. Dari segi seni, mereka cuba bereksperimen dengan rupa “emo” dengan banyak warna hitam. Mereka juga menjadikan Catalyst sangat “lembut” seperti cecair yang mengalir dalam tiub di belakang badanyanya, sambil mengekalkan rupa garang/gelap untuk mengukuhkan lagi imej “witch.”
Tetapi dunia Apex berasaskan sains, jadi penampilannya harus mencerminkan dunia game. Walaupun penampilannya ke arah fantasi, sebahagian daripada reka bentuk harus nampak saintifik. Oleh itu, Catalyst bertarung dengan pakaian kerjanya.
Jika mengikut jalan cerita, Catalyst dan rakannya menambah teknologi di pakaian kerja yang membolehkannya memanipulasi ferrofluid dengan lebih berkesan. Antara yang ditambah termasuk peralatan kerja yang melindunginya daripada efek bahaya ferrofluid. Matlamat keseluruhan adalah untuk menyatukan kedua-dua elemen teknologi dan witch di dalam penampilannya.
Menurut OT Harrison selaku Legend designer, dia berkata:
Pasukan seni mencari idea bagaimana dia [Catalyst] memanipulasi ferrofluid, sambil melihat pelbagai peranti magnetik seperti mesin MRI dan elektromagnet sebagai rujukan.
Mereka dapat idea di mana dia mempunyai beg galas yang penuh dengan ferrofluid yang dikawal dengan medan magnet dan memanipulasi medan itu dengan konduktor yang dijahit dalam sarung tangannya.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Apex Legends termasuk info tentang musim baru, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post