Respawn Entertainment bersama EA telah melancarkan musim baru untuk game FPS terkenal mereka iaitu Apex Legends! Musim terbaru ini digelar Apex Legends: Arsenal dan telah pun tersedia di semua platform termasuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan EA App.
Bersama dengan pelancaran musim baharu, mereka juga mengeluarkan Battle Pass terbaru dengan menawarkan pelbagai item termasuk skin dan macam-macam lagi. Berikut adalah item-item yang disediakan di dalam Battle Pass:
Battle Pass Premium
Untuk Battle Pass kali ini, mereka mengutamakan kepada beberapa legends sahaja dan legend yang terpilih ialan Wattson. Horizon, Ballistic, Gibraltar dan juga Lifeline. Setiap daripada mereka akan mempunyai skin watak, skin senjata, sticker, dan banyak lagi.
Jika anda ingin mendapatkan skin-skin tersebut, anda boleh membeli Battle Pass tersebut dan luangkan masa untuk bermain sehingga mengumpul semua item-item tersebut.
Battle Pass Percuma

Jika tidak mahu mengeluarkan duit di dalam game, anda juga diberikan ganjaran yang sangat terhad dan tidak eksklusif seperti skin Battle Pass. Anda hanya akan dapat Mad Maggie Skin, 7 Apex Pack, 10 Weapon skin, 4 load screen, Tracker untuk semua legend, 2 Music Pack, 200 Apex Coin dan Season Badge.
Anda boleh lihat info lengkap tentang segala perubahan yang dibawakan pada musim baru ini di sini.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Apex Legends: Arsenal bersama Battle Pass untuk musim baharu telah pun di lancarkan di semua platform. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post