Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apakah maksud sebenar ‘Waifu’? Kenapa istilah ini sangat popular dalam anime!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 1, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Game, Manga
0 0
0
Apakah maksud sebenar ‘Waifu’? Kenapa istilah ini sangat popular dalam anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam dunia anime, setiap watak boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis seperti kawaii, chibi, harem dan lain-lain. Cuma, ada satu lagi istilah yang sangat popular pada zaman sekarang iaitu perkataan “waifu”. Mungkin ada yang tidak faham maksud waifu, jadi izinkan saya jelaskan secara lebih detail.

Pertama sekali yang korang perlu tahu adalah istilah waifu tidak menggambarkan watak jenis “fan-service” atau watak berbaur lucah. Sebaliknya, ia bermaksud pasangan wanita yang ideal. Di sini, izinkan saya jelaskan dengan lebih mendalam.

Dari mana datangnya istilah “waifu”?

Istilah “waifu” berasal dari Jepun pada tahun 1980-an. Menurut Dictionary.com, orang Jepun pada masa itu mencari cara yang lebih “penyayang” untuk menggambarkan pasangan mereka.

Ini kerana perkataan Jepun untuk isteri iaitu “kanai”, mempunyai gambaran “seseorang yang terikat kepada rumah”, seperti dalam suri rumah. Oleh itu, orang Jepun meminjam perkataan Inggeris iaitu “wife” tetapi menyebutnya sebagai “waifu”. Perkataan ini digunakan sebagai istilah umum yang lebih neutral untuk pasangan wanita tanpa penekanan suri rumah.

Kemudian, pada awal tahun 2000-an, perkataan “waifu” mula dikaitkan dengan dunia anime apabila perkataan itu digunakan dalam Azumanga Daioh!, sebuah anime komedi yang popular pada masa itu.

Seorang guru lelaki bernama Encik Kimura diminta untuk menjelaskan jika wanita cantik dalam gambar adalah isterinya, tetapi dia tidak menyebut sebagai “kanai”. Kimura berkata “my wife/waifu” dalam bahasa Inggeris.

Sejak itu, konsep waifu dalam anime dilahirkan sehingga mengambil maksud baru.

Istilah “waifu” pada dunia moden

Sama seperti saya jelaskan tadi di atas; istilah waifu tidak lagi menggambarkan wanita yang berkahwin. Kini ia bermakna watak wanita daripada anime, manga, game (atau apa-apa medium berkaitan) yang boleh menjadi pasangan romantik ideal.

Oleh itu, memilih waifu bukan sekadar daripada rupa muka atau badan; waifu itu harus menepati semua ciri-ciri termasuk personaliti bagus, memiliki kemahiran/bakat, pandai menghiburkan pasangan, bijaksana dan banyak lagi. Secara ringkas, waifu bukanlah sekadar watak kegemaran tetapi harus menjadi watak yang memiliki pakej lengkap!

Semua ciri-ciri harus sempurna!

Walaupun nampak seperti perkataan yang simple, istilah waifu juga sering memecahbelahkan komuniti anime kerana peminat tegar sering mengambil serius dan berdebat jika watak itu layak menjadi “waifu” atau tidak.

Seperti membincangkan muzik, sesetengah orang mungkin setuju bahawa waifu korang bagus tetapi ada juga orang yang berpendapat “waifu korang sampah”.

Yang penting, jangan lah kita gaduh tentang topik yang simple dan belajar menghormati cita rasa orang lain.

Jadi siapakah waifu kegemaran korang? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangawaifu
Previous Post

Chainsaw Man: Kenapa Wujudnya Devil Hunter dan Ramai Yang Ingin Menjadinya!

Next Post

Vampire Survivor & Football Manager 2023 bakal tersedia di Xbox Game Pass November ini.

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Vampire Survivor & Football Manager 2023 bakal tersedia di Xbox Game Pass November ini.

Vampire Survivor & Football Manager 2023 bakal tersedia di Xbox Game Pass November ini.

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd