Genre isekai, yang menjadi kegemaran dalam anime, manga, dan novel ringan, telah memikat hati peminat di seluruh dunia dengan kisah-kisah imaginatif tentang watak-watak yang menjelajah ke alam lain.
Berasal daripada istilah Jepun yang bermaksud “dunia berbeza,” cerita isekai mengisahkan apa yang berlaku apabila seseorang diangkut ke, dilahirkan semula, atau mendapati diri mereka berada di dunia asing penuh dengan keajaiban, bahaya, dan pengembaraan.

Seiring waktu, genre ini telah berkembang menjadi pelbagai subkategori, masing-masing menawarkan sentuhan dan naratif yang unik. Daripada kisah kelahiran semula hingga pengembaraan lucu dalam reverse isekai, genre ini terus berkembang untuk memenuhi pelbagai minat.
Dalam artikel ini, kita akan menyelami jenis-jenis isekai yang berbeza dan apa yang membuatkan setiap satunya menonjol.
Reincarnation Isekai

Dalam Reincarnation Isekai, protagonis mati di dunia asal mereka dan kemudian dilahirkan semula atau lahir semula di dunia baru. Apabila dilahirkan semula, memori dari kehidupan lampau masih kekal, atau mereka mungkin bermula tanpa sebarang ingatan tetapi akhirnya mendapatkannya kembali.
Watak yang dilahirkan semula boleh muncul semula sebagai manusia, raksasa, atau bahkan objek tidak bernyawa. Selalunya, mereka menggunakan abiliti hebat atau memanfaatkan pengetahuan daripada masa lampau, untuk memberikan kelebihan di dunia baharu.
Contoh:
- Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation
- Re: Zero – Starting Life in Another World

Summoning Isekai

Dalam jenis isekai ini, watak-watak bukan sekadar diangkut ke dunia baharu secara kebetulan atau kematian tetapi sebenarnya diseru secara sengaja oleh penghuni dunia tersebut. Proses ini sering melibatkan sihir atau ritual yang dilakukan oleh orang atau makhluk di dunia baru untuk membawa wira atau individu berguna dari dimensi lain.
Selalunya, individu yang dipanggil diharapkan untuk memenuhi peranan tertentu, seperti mengalahkan Demon Lord, menyelesaikan krisis, atau menyediakan pengetahuan yang tidak dimiliki oleh dunia baru tersebut. Berbeza dengan Reincarnation Isekai, protagonis dalam subgenre ini mengekalkan bentuk fizikal asal mereka.
Contoh:
- No Game No Life
- The Rising of the Shield Hero

Virtual Isekai

Watak-watak utama mendapati diri mereka berada dalam dunia yang wujud dalam permainan realiti maya (VR), simulasi, atau persekitaran digital. Selalunya, dunia maya ini berstruktur seperti game dengan peringkat, misi, dan NPC.
Dunia ini boleh merangkumi MMORPG, RPG, atau bentuk hiburan VR baru. Protagonis akan mengawal avatar dengan abiliti, dan statistik unik.
Contoh:
- Sword Art Online
- Log Horizon

Reverse Isekai

Berbanding dengan manusia dari Bumi yang pergi ke dunia lain, watak atau sekumpulan watak dari dunia fantasi datang ke Bumi atau suasana moden yang serupa. Mereka mesti menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpa sihir, memahami teknologi baru, norma sosial, dan kadangkala menyembunyikan identiti sebenar daripada orang ramai.
Situasi ini sering membawa kepada adegan yang lucu, atau dramatik ketika mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan moden.
Contoh:
- The Devil is a Part-Timer!
- Restaurant to Another World

Otome Isekai

Kisah ini banyak mengambil inspirasi daripada mekanik dan tema game Otome, di mana protagonis (biasanya perempuan) melalui naratif yang melibatkan percintaan dan sering kali pilihan yang mempengaruhi jalan cerita.
Biasanya, watak utama adalah seorang wanita atau gadis yang mendapati dirinya berada di dunia baru, dibekalkan pengetahuan atau ingatan dari kehidupan lama atau “game” yang kini dia jalani.
Contoh:
- The World of Otome Games is Tough for Mobs
- The Saint’s Magic Power is Omnipotent

Cheat Skill Isekai

Protagonis diangkut atau dilahirkan semula ke dunia lain dengan kebolehan yang luar biasa atau overpowered (OP). Mereka mungkin diberikan abiliti atau keupayaan “cheat” sebagai sebahagian daripada proses seruan atau kelahiran semula, seperti serangan terlampau kuat, menguasai teknik hebat dengan segera, atau kekebalan.
Kebolehan ini selalunya sangat luar biasa jauh melebihi penduduk dunia baru tersebut, menjadikan mereka sebagai makhluk paling kuat di dunia itu.
Contoh:
- Overlord
- My One-Hit Kill Sister

Villainess Isekai

Protagonis mengambil peranan sebagai seorang villainess, watak yang biasanya digambarkan sebagai antagonis atau pesaing kepada heroin. Watak utama, biasanya seorang wanita, dilahirkan semula atau diangkut ke dunia baru ini, bersama ingatan atau pengetahuan tentang kehidupan lama.
Plot utama melibatkan protagonis menggunakan pengetahuannya tentang jalan cerita asal untuk mengelakkan takdir tragis wataknya, dikenali sebagai “bad end” atau “doom flag.”
Contoh:
- My Next Life as a Villainess: All Routes Lead to Doom!
- The Villainess Turns the Hourglass
Monster Isekai

Dalam subgenre ini, protagonis, bukannya diangkut atau dilahirkan semula sebagai manusia, tetapi sebagai raksasa. Ini boleh merangkumi makhluk fantasi seperti naga, slime, atau goblin, hingga makhluk unik.
Banyak anime Monster Isekai menumpukan pada evolusi protagonis, memperoleh abiiti, bentuk, atau kuasa baru ketika mereka meningkatkan level atau menyesuaikan diri dengan persekitaran.
Contoh:
- That Time I Got Reincarnated as a Slime
- So I’m a Spider, So What?

Harem Isekai

Harem Isekai adalah subgenre anime yang menggabungkan elemen isekai dengan trope “harem,” di mana protagonis, biasanya seorang lelaki, diangkut atau dilahirkan semula ke dunia lain dan mendapati dirinya dikelilingi oleh sekumpulan perempuan, yang mula menyimpan perasaan romantik atau secara eksplisit berminat dengannya secara romantik.
Genre ini sering menggabungkan aksi, percintaan, dan komedi, menjadikannya menarik untuk pelbagai penontonm, serta menampilkan elemen fan service.
Contoh:
- How Not to Summon a Demon Lord
- Arifureta: From Commonplace to World’s Strongest

@gamersantaimy
Discussion about this post