Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apakah itu DEVIL FRUIT? Rumusan lengkap tentang buah unik dalam dunia ONE PIECE!

GOMU GOMU NO!!!!!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 28, 2020 - Updated on March 27, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Apakah itu DEVIL FRUIT? Rumusan lengkap tentang buah unik dalam dunia ONE PIECE!
Share on FacebookShare on Twitter

Devil Fruit adalah buah misteri yang terdapat dalam siri manga/anime One Piece dan apabila dimakan, ia memberikan kebolehan baru kepada pengguna. Terdapat lebih dari 100 jenis Devil Fruit, tetapi sedikit diketahui tentangnya. Seperti yang dinyatakan oleh pencipta siri Eiichiro Oda, seorang “profesor tertentu” akan mendedahkan lebih banyak maklumat tentang rahsia Devil Fruit dalam masa terdekat, jadi pastikan anda baca manga atau tonton animenya. Buat masa ini, inilah panduan komprehensif tentang buah misteri ini.

Devil Fruit datang dalam pelbagai bentuk dan warna yang berbeza, serta mempunyai corak putaran terkhusus. Selain itu, ia mempunyai rasa yang jijik, dan membuat pengguna merasa seperti mereka telah memakan racun. Hanya satu jenis Devil Fruit sahaja yang wujud pada satu masa. Oleh itu, dua atau lebih pengguna tidak boleh mempunyai kuasa yang sama. Apabila seorang pengguna Devil Fruit mati, abiliti di dalam badan mereka kemudian akan dibentuk semula di dalam buah lain yang sama jenis.

Kitaran hayat Devil Fruit

Sebuah Devil Fruit Encyclopedia yang menyenaraikan nama dan kebolehan semua Devil Fruit juga wujud. Bagaimanapun, hanya sedikit buah yang mempunyai ilustrasi. Didedahkan bahawa Blackbeard telah menggunakan buku itu untuk mendapatkan Yami Yami no Mi. Sanji juga membaca buku itu semasa dia masih muda dan menjadi tertarik dengan Suke Suke no Mi, dengan hasrat untuk menjadi seorang wira, namun hakikatnya, dia hanya mahukan kuasa untuk melihat wanita bogel.

Devil Fruit Encyclopedia

Paramecia Devil Fruit

Buah Paramecia adalah jenis yang paling biasa dilihat di dalam siri. Ia memberikan kebolehan unik yang boleh mempengaruhi tubuh pengguna, memanipulasi persekitaran pengguna, atau menghasilkan bahan. Buah Paramecia mempunyai pelbagai abiliti yang berbeza dan beberapa watak terkuat dalam siri One Piece sebenarnya adalah pengguna Paramecia. Buah ini sangat sepadan dengan pengguna yang lemah secara fizikal, kerana ia membolehkan mereka untuk menewaskan musuh yang lebih kuat dengan menggunakan abiliti mereka secara kreatif. Buah Paramecia adalah satu-satunya jenis Devil Fruit di mana terdapat kemungkinan untuk memperoleh abiliti yang tidak berguna.

Pengguna Paramecia terkenal:

  • Edward Newgate
  • Charlotte Katakuri
  • Trafalgar D. Water Law
  • Donquixote Doflamingo
  • Notable Paramecia users:

Zoan Devil Fruit

Buah Zoan membolehkan penggunanya berubah menjadi spesies lain. Ia menyediakan pengguna tiga bentuk asas: Human Form, Human Beast Form, dan Beast Form. Pengguna Zoan sangat efektif dalam aspek pertempuran jarak dekat. Dalam bentuk hibrid mereka, pengguna Zoan juga boleh meningkatkan deria mereka. Walaupun pengguna Zoan bergantung kepada naluri mereka, mereka harus melatihkan aspek fizikal mereka untuk memenangi pertarungan.

Terdapat juga sub-kategori dalam jenis buah Zoan:

  • Carnivorous Zoan: jenis buah yang paling biasa dilihat dan dianggap sebagai yang paling lemah;
  • Ancient Zoan: jenis buah yang unik dan membolehkan pengguna untuk berubah menjadi binatang yang sudah pupus atau purba;
  • Mythical Zoan: sejenis jenis buah yang sangat unik dan membolehkan pengguna untuk berubah menjadi makhluk mitos;
  • Zoan Artifisial: buah buatan yang dicipta oleh Caesar Clown;

 

1 of 4
- +

Pengguna Zoan terkenal:

  • Monkey D. Luffy
  • Kaido
  • Sengoku
  • Marco
  • Rob Lucci
  • X Drake

Logia Devil Fruit

Buah Logia membolehkan pengguna untuk berubah menjadi elemen semulajadi atau alam persekitaran. Mereka sering dianggap sebagai yang paling kuat dan paling unik antara ketiga-tiga jenis. Pengguna Logia boleh mencipta, mengawal, atau mengubah badan mereka kepada elemen-elemen tertentu. Mereka juga boleh memisahkan badan mereka kepada pelbagai bahagian. Badan elemental boleh menghalang hampir semua serangan musuh, lalu menjadikan pengguna hampir kebal. Walaupun pengguna Logia tidak boleh dikalahkan menggunakan serangan elemen, mereka lemah kepada serangan yang mencederakan badan fizikal mereka.

Pengguna Logia terkenal:

  • Portgas D. Ace/ Sabo
  • Marshall D. Teach
  • Akainu
  • Kizaru
  • Kuzan

Devil Fruit Awakening

Kebolehan Devil Fruit boleh “dibangkitkan.” Ini dapat meningkatkan kebolehan pengguna bergantung kepada jenis Devil Fruit. Walau bagaimanapun, maklumat tentang bagaimana Devil Fruit boleh dibangkitkan masih tidak diketahui dan sedikit diketahui tentang kesannya.

Jailer Beasts (Gokusotsujū) di Impel Down didedahkan sebagai pengguna Zoan yang “dibangkitkan“. “Awakening” memberikan pengguna transformasi yang lebih besar dan kekuatan fizikal yang lebih tinggi. Malangnya, mereka mendapat mata comel dan hidung berair sebagai kesan sampingan, dan ini menjadikan imej mereka kurang menakutkan kepada pihak lawan.

Kubah yang dihasilkan oleh Doflamingo selepas membangkitkan kuasa Ito Ito no Mi

Bagi pengguna Paramecia, “awakening” membolehkan abiliti untuk mempengaruhi persekitaran mereka. Sebagai contoh, buah Ito Ito no Mi membolehkan Doflamingo untuk mengubah bangunan dan tanah di sekelilingnya menjadi tali, dengan itu memperluaskan jarak serangannya.

Kelemahan Devil Fruit

Umum mengetahui bahawa setiap pengguna Devil Fruit sangat lemah di dalam air. Bukan sahaja air laut, tetapi semua jenis air termasuk laut Skypiea! Yang menghairankan ialah air hujan tidak menjejaskan pengguna Devil Fruit. Walaupun hanya sebahagian kecil daripada tubuh pengguna yang tenggelam di dalam, mereka langsung tidak dapat menggunakan kebolehan Devil Fruit mereka.

Brooke & Luffy lemah kerana terdedah kepada air

Sea-Prism Stone pula adalah batu khas yang mempunyai elemen yang sama seperti laut. Ia menyerap tenaga pengguna Devil Fruit dan menghalang mereka daripada menggunakan abiliti mereka. Pengguna menjadi lemah bergantung kepada berapa banyak hubungan fizikal pengguna dengan Stone Sea-Prism. Pihak Marine menggunakan kelemahan ini dengan menghasilkan gari, penjara dan senjata daripada Sea-Prism Stone.

Devil Fruit Artifisial

Dr. Vegapunk telah melakukan penyelidikan di atas Devil Fruit dan Sea-Prism Stone. Kajian ini membawa kepada penciptaan objek yang boleh mengandungi kebolehan Devil Fruit. Dr. Vegapunk juga dapat mereplikasi abiliti buah-buah Devil Fruit tertentu, namun usahanya gagal. Saingannya, Sebaliknya, Caesar Clown berjaya mencipta Devil Fruit Artifisial bernama SMILE, tetapi ciptaannya hanya terhad kepada buah jenis Zoan.

Devil Fruit Artifisial kelihatan lebih kecil berbanding dengan Devil Fruit sebenar dan mempunyai corak yang berbeza. Devil Fruit sebenar mempunyai corak berputar, manakala Devil Fruit Artifisial mempunyai corak bulat. Selain itu, Devil Fruit Artifisial tidak mempunyai rasa jijik seperti Devil Fruit sebenar. Ini ditunjukkan apabila Momonosuke memakan Devil Fruit Artifisial tanpa mengadu tentang rasanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeDevil FruitmangaMonkey D.Luffyone piece
Previous Post

Nampaknya Forge bukan Legend baru dalam Musim ke-4 Apex Legends sebab dia dibunuh!!

Next Post

Pra-pendaftaran game terbaru Anime lagenda SAINT SEIYA SHINING SOLDIERS kini dibuka!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Pra-pendaftaran game terbaru Anime lagenda SAINT SEIYA SHINING SOLDIERS kini dibuka!

Pra-pendaftaran game terbaru Anime lagenda SAINT SEIYA SHINING SOLDIERS kini dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd