One Piece mempunyai banyak watak di dalam francais, dan ada beberapa yang lebih popular daripada yang lain. Mana-mana ahli Straw Hat ialah kegemaran peminat, dan di situ, ia boleh dipecahkan kepada mana yang lebih popular. Roronoa Zoro adalah salah satu contoh utama, dan ramai peminat di interner sedang mengila selepas menyedari betapa miripnya Zoro dengan seorang anggota BTS.
Berita ini muncul di Twitter daripada seorang pengguna bernama glosselene. Peminat BTS tersebut mempunyai minat besar terhadap One Piece, jadi dia agak terkejut apabila BTS muncul semula dengan “comeback” terbaru mereka. Kumpulan Korea Selatan ini telah memecahkan rekod dengan lagu seperti “Dynamite” dan berjaya mendapat tempat nombor satu di Billboard Hot 100.
Sekiranya anda menonton BTS dan persembahan mereka di VMA, anda boleh melihat yang Kim Nam-joon atau nama popularnya, RM, mempunyai warna rambut baru. Ramai peminat One Piece terkejut untuk melihat bagaimana perubahan itu menjadikan Nam-joon kepada salah satu lanun paling terkenal di One Piece.
ARE U KIDDING ME pic.twitter.com/Vsk9GiQsNC
— 哀. (@pathosesque) August 31, 2020
Seperti yang anda lihat daripada tweet di atas, persamaan antara Zoro dan RM adalah nyata. Rangka mereka yang tinggi dan bentuk muka menjadikannya mereka susah untuk dibezakan, dan itu menjadi lebih jelas apabila rambut mereka sepadan. Peminat kini meminta BTS untuk mempertimbangkan persembahan “comeback” yang memfokuskan pada One Piece. Jika itu berlaku, watak apakah yang akan dimainkan oleh ahli BTS lain?
Kongsi pendapat anda dengan saya di ruang komen! Untuk segala info tentang One Piece termasuk anime, manga, fakta & trivia, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post