Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apa yang ada dengan zombie di Call of Duty: Mobile yang hadir dalam waktu yang terhad ini?! Baca sini jom!

Masuk hari ketiga bermain, memang seronok lah!

Nyny.A by Nyny.A
November 25, 2019
in Android, Artikel, Berita, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
Apa yang ada dengan zombie di Call of Duty: Mobile yang hadir dalam waktu yang terhad ini?! Baca sini jom!
Share on FacebookShare on Twitter

Dua hari lalu, Call of Duty Mobile telah mengemaskini mod zombie terbaru mereka dan penggunaan controller akhirnya hadir didalam permainan ini juga kini anda boleh menggunakan controller DualShocks ataupun Xbox! Tidak habis disitu, pemain juga akan menikmati musim terbaru dengan pelbagai ganjaran tema musim sejuk untuk rank Multiplayer dan Battle Royale dan anda boleh lihat patch note keseluruhan di laman web rasmi COD Mobile.

Tetapi hari ini, kami ingin mengfokuskan kepada mod Zombie yang membuat ramai pemain tidak berhenti memainkanya!! Berikut adalah apa yang boleh anda harapkan dari mod permainan baru ini, yang anda boleh  main sekarang:

Kembalinya Shi No Numa!

Dalam hutan yang mengalir di Jepun, rumah Rising Sun Facility menempatkan rahsia gelap.

Dijalankan oleh Group 935 dan Division 9, koleksi pondok ini kelihatan seolah-olah ia hanya sebuah kampung terpencil di tengah-tengah kawasan… Sehingga satu makhluk yang berbeza dari makhluk daging yang busuk telah didengari.

Nampaknya paya ini adalah lokasi lain yang digunakan untuk eksperimen jahat, dan anda berada di tengah-tengah perangkap berbahaya.

-Ini adalah Shi No Numa, disesuaikan untuk Mobile.

Pada asalnya peta ini boleh dimuat turun dalam mod Zombies dalam Call of Duty: World at War, Shi No Numa kembali dalam Call of Duty: Mobile. Bagi mereka yang masih belum mengalami permainan zombi di alam Call of Duty, inilah asas yang cepat untuk anda ketahui:

https://www.facebook.com/codm/videos/2754154541290031/

  • Mod ini boleh dimainkan secara solo ataupun bersama tiga lagi pemain lain
  • Permainan hanya dimulakan dengan sepucuk pistol dan pisau untuk digunakan pemain, dan ini akan membantu anda dari diserang mayat-mayat hidup!
  • Jika mendapat kecederaan, watak anda akan menjana semula kesihatan jika mereka tidak mengambil sebarang kerosakan selama lima saat.
  • Zombie boleh muncul melalui tingkap, yang boleh dinaiki dan dipecahkan zombie sehingga kemajuan pemain menghalang mereka. Berdiri dekat di tingkap akan menambahkan jumlahnya secara automatik.
  • Tetapi jangan risau, pembunuhan zombie melalui tingkap-tingakp ini memberi anda dua cara utama untuk mendapat mata dan mata tersebut boleh…
    • Membuka kawasan baru;
    • Membeli senjata baru yang anda boleh bayangan seperti lukisan kapur di dinding seluruh kawasan peta. Sebaik sahaja anda sudah membeli, dan peluru anda habis, jangan risau, pergi ke kawasan tanda senjata tadi untuk membeli peluru.
    • Selain itu, anda juga boleh membeli senjata di ‘Mystery Box’. Kotak tersebut boleh dijumpai di dalam peta tetapi berbeza-beza kawasan. Jika telah digunakan untuk beberapa kali, ianya akan hilang dari peta;
    • Beli Perk-a-Colas (faedah pasif) dari Mesin Perk;
    • Beli Buffs (faedah yang boleh diperbaharui) daripada ‘Enhancement Device’. Ini adalah ciri baru dalam Call of Duty: mobile zombies- beberapa contoh buffs adalah Critical Hit (merangsang kerosakan) dan Rapid Reload (tambah peluru semula dengan lebih cepat).
    • Beli Coin (kemahiran aktif) dari Coin Dispensers. Ini adalah kebolehan yang kuat yang dapat mengubah gelombang putaran.
    • Juga tips paling berguna, gunalah trap (perangkap) untuk membunuh zombie!

Kekalkan Klasik Call of Duty

Kepada mereka yang pernah memainkan mod ini, selamat kembali semula kepada Shi No Numa. Peta ini dapat dimainkan dalam bentuk klasik melalui Survival, mod horde tanpa henti. Bertahan selama mungkin atau dengan rakan-rakan anda untuk membual hak atau cuba untuk menyelesaikan Easter Egg (hanya terdapat dalam mod Hardcore).

Selain itu, anda juga akan mendapat ganjaran dengan melengkapkan pusingan. Untuk setiap tiga pusingan anda selesai, anda akan mendapat ganjaran pada akhir permainan. Sehingga lima ganjaran boleh diperolehi setiap sesi dan ganjaran yang lebih baik dikunci dengan melengkapkan pusingan seterusnya.

Bersedia dengan horde Zombie yang menggila!

Bersama dengan Mod Klasik, Call of Duty: Mobile Zombie juga mempunyai Mod Raid, satu pengalaman baru di mana anda mesti melengkapkan sejumlah gelombang zombie sehingga anda menghadapi bos akhir.

Raid boleh dimainkan pada dua tetapan kesukaran sama ada dengan Normal (8 pusingan) dan Heroic (12 pusingan). Pada akhir bilangan pusingan yang ditetapkan, anda (dan pasukan anda, jika berkenaan) akan melangkah masuk ke portal dan bersemuka dengan bos Shi No Numa: Abomination.

Tapi pada sesiapa yang dah bermain mod ini, pasti tahu perbezaan mod Hardcore yang juga ternyata zombienya sangatlah susah nak mati! Dengan badan kalajengking dan kepala nyata tersangatlah hodoh, Abomination ini adalah makhluk berbahaya yang akan menimbulkan cabaran kepada pemburu zombie. Terdapat juga bos lain, yang hanya terdapat dalam mod Hardcore, yang mengintai kawasan paya dan baru untuk meneroka dalam Shi No Numa …

https://www.facebook.com/codm/videos/733344990484465/?__xts__[0]=68.ARAsOvqARljx6syx4jd6nt5LvMKPDgI0wHO9I1eUFq0ElDGBwn76hDc4wy4i34q6ffgVMO3gpYddBablMJ8Kzc7dDjX9lcQziEO_Dl_0K-WF-NCfDut4arBDlkphAS0i2kwUkddN1usyp7_7VmwQsy_qx1zE5jP5JmfjFUs88ZvBjEqAoPD_eFKWJPpfszjhatR7uEWJDfz6TSVMX874vJzw1ZXgQe4Pged_rXT8dIOD9Qw4SPsshmXaPVyguV4hsSxmuRg0UPfUtL_A6t-D6lvkqsvXZkrr0EUvHTXA9iVJ9hrec7vw04dLOlL7CgUYRseuoJenFxPaZHtFIdtMl2-5gruJpxzl–Kv7w&__tn__=-R

Akhir sekali, tetapi tidak semestinya, anda juga boleh mendapat ganjaran dengan melengkapkan Raids pada kadar yang sama seperti yang anda lakukan dalam Survival (satu ganjaran untuk setiap tiga pusingan selesai sehingga lima ganjaran setiap sesi).

Shi No Numa pengalaman zombie yang pertama datang ke Call of Duty: Mobile, tetapi dengan mod survival yang tidak berkesudahan, dua pilihan serbuan yang berbeza dan banyak lagi rahsia, ada banyak yang perlu dilakukan di kawasan kematian ini.

Tidak kiralah anda seorang peminat Multiplayer co-op ataupun Battle Royale, anda harus mencuba mod zombie terbaru Shi No Numa ini!

Sumber: COD Mobile

Muat turun di sini
Call of Duty: Mobile
Publisher: Activision
Developer: Garena
Release Date: 2019-10-01
Announce Date: 2019-10-01
Android, iOS
Bersedia dengan permainan yang mendebarkan, bermain Call of Duty® Mobile di mana sahaja anda berada. Merentas beberapa mod permainan apabila anda terlibat dalam pertempuran  melalui peta kegemaran seperti Nuketown dan Crash, semuanya dioptimumkan untuk mudah alih.
 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Call of duty mobileCall of Duty: Mobile ZombieCOD Mobilemobile gamesMod Zombiezombie
Previous Post

[GIVEAWAY] Menangi tiket eksklusif ke PMCO 2019 Fall Split Global Final! WWCD!

Next Post

Manga Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba menyusul hebat dari penjualan Bleach dan My Hero Academia pada masa yang sama!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Manga Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba menyusul hebat dari penjualan Bleach dan My Hero Academia pada masa yang sama!

Manga Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba menyusul hebat dari penjualan Bleach dan My Hero Academia pada masa yang sama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd