Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Antara SEBAB adaptasi LIVE ACTION anime dan manga MENGECEWAKAN!

Maira by Maira
April 13, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Antara SEBAB adaptasi LIVE ACTION anime dan manga MENGECEWAKAN!
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia anime sememangnya sangat popular dalam indutri hiburan dan ini memberikan beberapa idea kepada pencipta kandungan untuk menghasilkan sesuatu yang berkait dengannya. Ya, sesuatu yang saya maksudkan ialah siri atau filem adaptasi yang dikenali sebagai ” Live Action “. Walaupun sudah banyak karya live action yang ada, memang boleh kira dengan jari siri mana yang baik adaptasinya. Apa yang membuatkan kebanyakkan adaptasi live action ini gagal? Jom saya berikan beberapa sebab mengenainya.

Penulis tidak tahu menahu mengenai siri yang akan dihasilkan

Kalau kita ingin hasilkan adaptasi, sekurang-kurangnya perlulah ada minat untuk belajar tentang siri yang akan dihasilkan. Kalau tidak memang hasilnya bukan setakat mengecewakan, malah menimbulkan rasa marah daripada peminat.

Kalau anda ingin tahu, inilah situasi yang berlaku pada adaptasi Dragon Ball yang dikeluarkan pada tahun 2009. Penulisnya, Ben Ramsey tidak mempunyai minat pada francais tersebut. Beberapa tahun selepas itu, dia juga telah meminta maaf kepada peminat dan juga kesal mengenainya.

Watak original telah digantikan identitinya

Bila kebanyakkan watak anime dan manga merupakan orang Jepun, memang hilang terus identiti watak tersebut jika menggunakan pelakon luar negara. Lebih-lebih pada versi adaptasi Hollywood. Bukan sahaja mereka mengubah watak malah personaliti mereka juga tidak seperti karya asal. Ya, memang adaptasi itu dihasilkan untuk target pasaran Hollywood, tetapi ramai juga peminat barat yang kecewa dengan watak-watak itu.

Bayangkan anda ingin melihat Light Yagami tetapi apa yang anda dapat ialah Light Turner. Peminat mana yang tidak kecewa selepas tonton adaptasi seperti ini.

adaptasi live action

Tidak mampu untuk membawa keseluruhan “feel” yang ada pada anime dan manga

Walaupun binaan dunia serta watak yang dilakonkan serupa dengan karya asal, tetapi pasti ada sesuatu yang membuatkan anda rasa seperti ia bukan siri yang sama anda tonton. Contohnya seperti filem live action Bleach. Siri manga Tite Kubo itu mempunyai estetika yang unik dan merupakan sebuah siri shonen yang sangat “bertenaga”. Tetapi versi live action kelihatan seperti filem fantasi yang mempunyai realism yang tinggi. Hanya babak pertama sahaja yang mempunyai “feel” Bleach dan ia beransur-ansur hilang daripada filem tersebut.

adaptasi live action

Rupa fantasi anime agak pelik dalam bentuk Live Action

Jika anda tengok Alita: Battle Angel, anda boleh lihat mata besar pada protagonis kita. Memang kita tahu ia menggunakan CGI untuk membuatkannya kelihatan seperti watak anime, tetapi CGI itu sebenarnya kelihatan pelik. Tidak perlu pun untuk ikut rekaan watak sama 100% seperti anime, asalkan anda boleh mengenali watak tersebut.

Contoh versi live action yang bagus dalam adaptasi watak yang boleh saya puji ialah filem Gintama dan siri Kakegurui. Mereka tidak perlu pun untuk gunakan CGI berlebihan pada watak yang mereka lakonkan.

adaptasi live action

Sukar untuk meniru aksi pertarungan seperti karya asal

Untuk adaptasi siri shonen, sudah tentu ia mempunyai banyak aksi pertarungan dan kebanyakkannya mempunyai kuasa luar biasa yang sememangnya susah untuk direplikasikan pada live action. Koreografi pertarungan dalam animasi sememangnya hebat dan untuk adaptasikan koreografi yang sama memang mustahil kerana ia melibatkan pelakon.

Walaupun CGI dan teknik suntingan yang hebat boleh membuat pertarungan menjadi luar biasa, ia masih membuatkan siri shonen sering kelihatan janggal. Contohnya dalam filem Attack on Titan. CGI filem itu boleh tahan juga tetapi ia tidak memberikan impak yang sama seperti siri animenya.

adaptasi live action

Itu sahaja yang boleh saya kongikan kepada anda semua. Beberapa adaptasi lain seperti One Piece dan Yu Yu Hakusho juga akan tiba tidak lama lagi oleh Netflix. Agaknya macam manalah hasilnya nanti. Apa pula pendapat anda mengenai adaptasi live action untuk anime? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animelive actionmanga
Previous Post

SEM9 berjaya mewakili Malaysia untuk ke Wild Rift Champions SEA Final

Next Post

Review MSI GE76 Raider: Laptop kelas atasan untuk geng bangsawan

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Review MSI GE76 Raider: Laptop kelas atasan untuk geng bangsawan

Review MSI GE76 Raider: Laptop kelas atasan untuk geng bangsawan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd