Pelbagai pengumuman dibuat semasa persidangan Nintendo Direct yang bertahan selama 40-minit. Xenoblade Chronicles dan Tokyo Mirage Sessions akan hadir ke Switch, Terry Bogard daripada SNK bakal menyertai Smash Bros, dan macam-macam lagi. Mari dengar ya.
Game Super Nintendo akhirnya datang ke Switch dengan 20 judul termasuk yang terkenal seperti Super Mario World dan yang kurang terkenal seperti Stunt Race FX. Selain itu, Terry Bogard daripada SNK akan mneyertai kawan-kawan di Smash Ultimate pada bulan November 2019, dan lebih banyak watak-watak DLC juga dalam pembikinan. Pada masa yang sama, Banjo and Kazooie juga boleh diperolehi hari ini.
Tokyo Mirage Sessions #FE Encore juga bakal menyusul ke Nintendo Switch dan versi ini mengandungi elemen jalan cerita baru, lagu baru, dan watak baru manakala koleksi gempak Assassin’s Creed: Rebel Collection pula akan boleh didapati bermula 6 December dan mengandungi Assassin’s Creed IV: Black Flag dan Assassin’s Creed Rogue.
Ni mungkin antara berita paling gempak saya rasa. Overwatch pun akan muncul di Switch pada 15 Oktober 2019! Nintendo Direct sendiri bermula dengan trailer Overwatch yang korang boleh lihat di bawah, dan menjanjikan “cara-cara baru untuk bermain” seperi kawalan gyro.
Judul terbaru oleh Game Freak’s ialah Little Town Hero dan watak utama ialah Ax, yang hanya mempunyai satu senjata, Idea. Judul daripada developer yang sama untuk Pokémon kelihatan seperti JRPG yang cukup mudah dengan beberapa idea pertempuran pintar. Muziknya disusun oleh pencipta Undertale Toby Fox dan baka keluar pada 16 Oktober. Kamu boleh pre-purchase hari ini.
Pokémon Sword and Shield mendapat beberapa butiran baru, seperti Pokémon Camp di mana pemain boleh bermain dengan Pokémon mereka, sistem character-customization yang lebih mantap, dan mode Curry Rice di mana pemain boleh memasak lauk kari sendiri dan makan bersama rakan Pokémon serta rekod data ini di Currydex.
Animal Crossing: New Horizons juga menerima update, dengan butiran mengenai crafting mode, di mana kamu boleh mengumpul bahan-bahan mentah di sekitar pulau, menghasilkan alatan, dan menggunakan alat-alat tersebut untuk mengumpul lebih banyak sumber.
Demo terbaru Daemon X Machina akan dilancarkan hari ini dan kamu boleh main permulaan game ini tanpa risau kerana progress akan dibawa ke versi penuh. Game ini juga mempunyai mode four-player local co-op, online play dan akan lancar pada 13 September.
Sumber – Kotaku
@gamersantaimy
Discussion about this post