Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Antara Momen Lucu Dari Siri Anime Kegemaran iaitu NARUTO!

Bab muka diorang tu yang paling lawak!

Nyny.A by Nyny.A
August 8, 2019
in Anime, Artikel
0 0
0
Antara Momen Lucu Dari Siri Anime Kegemaran iaitu NARUTO!
Share on FacebookShare on Twitter

Haaa siapa sahaja yang tidak tahu tentang animasi anime Naruto? Baiklah, jika anda tidak tahu, Naruto merupakan siri anime dan manga yang tersangatlah popular dan hampir seluruh dunia tahunya! Di Malaysia rasanya pertama kali ditayangkan dah agak lama, tapi yang pastinya dulu balik sekolah bekejar-kejar nak balik rumah tengok siri Naruto di TV3. Tapi kena layan iklan Apollo dulu la! Selepas beberapa tahun disiarankan di TV3, akhirnya tiada lagi… tetapi takpa banyak lagi platform dalam talian yang membolehkan kita terus lihat siri anime kegemaran ni.

Mengenai sinopsis, kami akan kongsikan sedikit disini, 12tahun sebelum bermulanya siri ini, Kurama si serigala ekor sembilan (Nine-Tails) menyerang Konohagakure! Banyak kampung musnah dan ramai nyawa telah pun dibunuh. Hokage keempat ketika itu (ketua kampung), mengorbankan nyawanya untuk kunci Nine-Tails ke dalam bayi yang baru lahir iaitu Uzumaki Naruto. Dihidupkan oleh serangan itu, Naruto dijauhi oleh penduduk kampung yang ketakutan dan marah apabila melihatnya sebagai Nine-Tail itu. Disebabkan situasi seperti itu, Naruto bersumpah untuk menjadi Hokage terhebat di dalam kampung yang pernah dilihat. ~ Psst jangan risau dia memang berjaya jadi Hokage dah pun!

Jadi untuk pengetahuan semua, Naruto ini bukan sahaja hebat dalam beraksi untuk menewaskan musuh-musuh puak lain, tetapi Naruto dan hampir semua watak dalam siri anime Naruto ini sebenarnya agak lawak dan sentiasa membuat penonton tergelak! Jadi kat sini kami nak kongsikan antara momen lucu yang anda boleh ulang kembali situasi nya!

Ketika Kakashi buat serangan hendap di belakang Naruto dan kejutkanya dengan 1000 Years of Pain!

Haaa time ni muka Naruto tersangatlah lawak! Lepas saja siri ni ditayangkan, makin ramai peminat yang kerap lakukan gaya ini kepada rakan-rakan mereka! Tak perasan muka Naruto yang lawak tu ke? Jom tengok sini;

Bila Naruto tak sengaja tercium Sasuke dalam episod ketiga!

Korang bayangkan apa perasaan Naruto bila Shikamaru tidak sengaja terlanggar badanya sampai tercium Sasuke? Tapi sebenarnya padan muka juga dekat Naruto, sebab perangai tak semenggah sangat dalam kelas!

Bila semua orang teringin sangat nak tengok muka Kakashi di sebalik topengnya!

Korang ingat tak ada satu episod semua pelajar Kakashi sampai pelajar guru lain bersekutu untuk lihat muka Kakashi yang sebenar? Pelbagai cara diorang cuba, tapi satu pun tak jadi! Tapi sebenarnya, diorang balik kena tipu dengan Kakashi! Kalau peluang diorang besar ketika itu, mesti diorang akan nampak muka sebenarnya!

Ketika Guy kononnya menjadi wanita untuk satu acara permainan

Idola kepada Rock Lee ini pernah jadi maknyah ~ Eh ~ Dia bertukar dan berpakaian wanita untuk satu acara. Masa itu Guy menjadi perempuan memang lawak sangat lah!

Bila Pakkun tawar Shikimaru untuk menyentuh kakinya jika dia berkelakuan baik dalam misi

Tak masuk akal Pakkun ni, lepas tu kerja dia gigit Shikamaru je la!

Masa Naruto menyedari gadis comel yang sedang bercakap dengannya sebenarnya seorang lelaki.

Siap bagitahu yang Haru lagi cantik dari Sakura tu yang tak tahan tu!

Bila Sasuke merungut ciumannya selalu berakhir dengan Naruto

https://youtu.be/SfeMEJP3D0c?t=105

Tak terkira dah berapa episod mereka berdua ni tercium! Memang setiap kali terjadi pekara ni, mesti semuanya lawak sampai pecah perut!

Bila Rock Lee dan Guy memakai baju mandi kerang yang sama di pantai!

Yang ini sampai sekarang kalau tengok balik memang lawak sangat! Tak berhenti gelak lansung!

Banyak lagi episod dalam siri anime Naruto yang lawak sebenarnya, memang tak kering gusi. Tapi sekadar ini perkongsian kami. Harap semua terhibur!

Sumber: MyAnimeList

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeMomen KelakarnarutoWAtak Naruto
Previous Post

Tips dan Trick Kerjasama untuk Bermain dalam Mod Skuad di PUBG Mobile!

Next Post

World of Dragon Nest – Pengembaraan Pertama ke Dunia Fantasi Baru!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
World of Dragon Nest – Pengembaraan Pertama ke Dunia Fantasi Baru!

World of Dragon Nest - Pengembaraan Pertama ke Dunia Fantasi Baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd