Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ant-Man and The Wasp: Quantumania – Apa jadi di penamat & post-credit? *SPOILER*

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 21, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri, Preview, Tinjauan & analisis
0 0
0
Ant-Man and The Wasp: Quantumania – Apa jadi di penamat & post-credit? *SPOILER*
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai filem pertama dalam MCU Phase 5, Ant-Man and the Wasp: Quantumania harus mencantumkan keseluruhan naratif filem Marvel yang berlaku setakat ini sambil menerangkan peranan”Kang the Conqueror (Jonathan Majors) selaku penjahat utama MCU kali ini.

Secara umum, Quantumania mempunyai dua adegan post-credit yang menunjukkan apa akan berlaku pada masa hadapan MCU dan selepas menonton filem ini daripada awal hingga habis, nampaknya ada banyak perkara menarik untuk saya jelaskan.

AMARAN! Artikel ini mengandungi banyak spoiler tentang Ant-Man and The Wasp: Quantumania, jadi seeloknya korang tonton dahulu movie sebelum membaca artikel ini!

Apa jadi di penamat?

Scott Lang (Ant-Man) dan Kang the Conqueror

Selepas peristiwa “Avengers: Infinity War” dan “Avengers: Endgame,” Scott Lang (Paul Rudd) dan Hope Van Dyne (Evangeline Lilly) kembali meneruskan pengembaraan superhero mereka sebagai Ant-Man dan The Wasp.

Bersama dengan ibu bapa Hope – Janet Van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Hank Pym (Michael Douglas), serta anak perempuan Scott – Cassie Lang (Kathryn Newton), seluruh keluarga mendapati diri mereka terperangkap di Quantum Realm, dan berjumpa dengan makhluk yang unik dan pelik.

Ant-Man & the Wasp

Rupanya, Kang the Conqueror (Jonathan Majors) turut terperangkap di alam ini di mana kita dapat tahu dia dibuang oleh varian-varian sendiri yang takut dengannya. Memerlukan kuasa ‘Multiversal Power Core’, Scott Lang diburu oleh Kang yang memaksanya mendapatkan semula sumber tenaga tersebut.

Di penghujung filem, Scott dan Hope berjaya mengalahkan Kang the Conqueror selepas dia disedut ke dalam ‘Multiversal Power Core’ dan mereka pulang ke dunia normal. Walaupun hidup seolah-olah aman semula, Scott tiba-tiba menjadi bimbang dan tertanya jika apa dia buat adalah keputusan yang betul.

Ini kerana Kang yang dia temu “mahu membalas dendam kepada varian-varian yang membuangnya” dan ada kemungkinan besar, mereka lebih bahaya. Namun, Scott buat tidak endah dan teruskan harinya.

Adegan post-credit #1

Rupanya, apa yang Scott bimbangkan sebenarnya betul.

Dari depan: Kang the Conqueror, Immortus, Scarlet Centurion, Iron Lad, Rama-Tut

Dalam post-credit pertama, kita dibawa ke tempat di luar ruang dan masa, di mana tiga Kang berbeza sedang melihat pelbagai alam multiverse di hadapan mereka. Nama mereka tidak didedahkan tetapi menurut penampilan tiga Kang ini, kemungkinan besar ia adalah Immortus, Rama-Tut, dan Scarlet Centurion.

Dalam adegan itu, ketiga-tiga Kang itu membincangkan bagaimana “Exiled One” (Kang versi Ant-Man 3) dibunuh oleh seorang Avenger. Di sini, masing-masing mula bimbang jika pasukan Avengers akan mengacaukan Multiverse dan menghancurkan semua yang mereka.

Adegan sama seperti dalam komik

Oleh itu, Immortus siap-siap menyeru setiap varian Kang dari alam berbeza di mana beratus-ratus Kang muncul di stadium yang besar untuk merancang langkah seterusnya bagi menguruskan Avengers dari dunia Earth-616. Memandangkan seorang Kang pun sukar untuk dikalahkan, bagaimana jika mereka terpaksa berhadapan dengan jumlah banyak begitu.

Adegan post-credit #2

Victor Timely

Untuk adegan post-credit kedua, kita dibawa ke sebuah persembahan sains pada awal abad ke-19. Di atas pentas adalah seorang lelaki bernama Victor Timely (juga varian Kang) yang menerangkan kepada penonton bagaimana “masa boleh dimanipulasi dan digunakan untuk kepentingan manusia.”

Di kalangan penonton, kita dapat melihat Loki (Tom Hiddleston) sedang bercakap dengan Mobius (Owen Wilson) yang menerangkan bahawa lelaki di atas pentas adalah penjahat yang mereka cari. Mobius tidak yakin kerana lelaki itu nampak lemah, tetapi Loki sangat yakin bahawa Victor adalah individu yang berbahaya kepada Multiverse.

Adegan ini sebenarnya adalah teaser untuk Loki Season 2 yang bakal ditayangkan pada pertengahan 2023.


Untuk membaca segala liputan kami tentang wira Ant-Man dan MCU, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ant-Man and the Wasp: Quantumaniafilempost-creditspoilers
Previous Post

Persona 3 Portable & Persona 4 Golden Review (PS5) — Alami Sisi Terbaru Persona di Konsol Moden!

Next Post

Xbox Game Pass bawa Atomic Heart, Soul Hacker 2, Wo Long & banyak lagi untuk Februari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Xbox Game Pass bawa Atomic Heart, Soul Hacker 2, Wo Long & banyak lagi untuk Februari ini!

Xbox Game Pass bawa Atomic Heart, Soul Hacker 2, Wo Long & banyak lagi untuk Februari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd