Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[AnimeJapan 2021] Netflix menampilkan 40 ANIME baru pada tahun ini, termasuk Record of Ragnarok & Eden!

Resident Evil: Infinite Darkness, The Way of the Househusband, dan Yasuke juga diumumkan di AnimeJapan 2021.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 27, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
[AnimeJapan 2021] Netflix menampilkan 40 ANIME baru pada tahun ini, termasuk Record of Ragnarok & Eden!
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix kembali ke acara digital AnimeJapan 2021 tahun ini, untuk mempamerkan senarai rancangan anime dan pelakon suara untuk peminat di Jepun dan di seluruh dunia! Netflix memperkuat komitmen untuk menjadi pusat bagi peminat dan pencipta di seluruh dunia, dengan mengumumkan bahawa ia akan menayangkan hampir 40 judul anime baru pada tahun ini! Hampir dua kali ganda jumlah anime yang diumumkan pada tahun lepas.

Semasa acara ini, Netflix mengumumkan tarikh pelancaran rasmi Record of Ragnarok (Jun 2021), sebuah adaptasi anime dari manga yang sangat berjaya. Anime ini mengisahkan pertarungan epik untuk nasib umat manusia dan akan ditemani siri komedi slice-of-life, The Way of the Househusband (8 April 2021) dan RESIDENT EVIL: Infinite Darkness (akan keluar akhir tahun ini).

Netflix juga memberi info baru mengenai projek-projek akan datang Yasuke (29 April 2021) dan Eden (27 Mei 2021), mendedahkan trailer baru dan tarikh tayangan untuk Eden serta karya seni oleh pereka watak Yasuke, Takeshi Koike. Kedua-dua projek ini adalah kisah baru yang dihidupkan oleh banyak pencipta antarabangsa, lantas mengukuhkan lagi cita-cita Netflix untuk mempelbagaikan rangkaian anime asli dengan pencipta terkemuka dari dalam dan luar Jepun. AnimeJapan 2021 juga merangkumi penampilan dari pelakon suara Jepun, Kenjiro Tsuda (The Way of the Househusband), Marika Kono (Eden) dan Toshiyuki Morikawa (RESIDENT EVIL: Infinite Darkness).

Berikut adalah antara anime yang diumumkan di AnimeJapan 2021:

RECORD OF RAGNAROK – Tarikh Tayangan Perdana: Jun 2021

“Record of Ragnarok” adalah kisah 13 dewa dari seluruh dunia dan 13 manusia paling terkenal di dunia yang terlibat dalam dalam pertempuran satu lawan satu untuk menentukan nasib umat manusia. Berdasarkan manga yang diciptakan oleh Azychika, Shinya Umemura dan Takumi Fukui, pertempuran berdasarkan kemarahan luar biasa bermula!

YASUKE – Tarikh Tayangan Perdana: 29 April 2021

Dalam era feudal Jepun yang penuh dengan peperangan, mecha dan sihir, ronin terhebat yang tidak pernah diketahui, Yasuke, berjuang untuk mengekalkan keamanan setelah menjalani kehidupan yang penuh keganasan. Tetapi ketika sebuah kampung menjadi tumpuan pergolakan antara daimyo-daimyo yang berperang, Yasuke harus mengangkat pedangnya dan menghantar seorang kanak misteri yang menjadi sasaran kuasa gelap dan panglima perang.

EDEN – Tayangan Tayangan Perdana Global: 27 Mei 2021

Beribu-ribu tahun di masa depan, sebuah kota yang dikenali sebagai “Eden” dihuni oleh robot Artificial Intelligence yang bekas tuannya, telah lama hilang. Semasa membuat tugas harian di dalam kota, dua robot penyelenggaraan secara tidak sengaja terbangunkan seorang bayi perempuan dari stasis lantas mempersoalkan semua yang mereka diajar selamai ini – iaitu manusia hanyalah mitos kuno yang dilarang. Bersama-sama, kedua-dua robot itu secara diam, membesarkan bayi itu di tempat selamat di luar Eden.

THE WAY OF THE HOUSEHUSBAND – Tayangan Perdana Global: 8 April 2021

Terkenal di antara yakuza sebagai “The Immortal Dragon”, Tatsu adalah legenda untuk dunia underworld di mana dia berjaya menumpaskan banyak geng yakuza berlainan. Namun, dengan harapan untuk mencuci tangan pada masa lalu, Tatsu berkahwin dan mengabdikan dirinya sepenuhnya pada “way of the househusband” dengan memasak, membersihkan, mencuci dan membeli barang runcit setiap hari. Sebaliknya, ada satu orang yang tidak senang dengan kehidupan rumah tangga baru Tatsu – iaitu seorang pengikut yakuza lamanya, Masa. Semasa Tatsu mencuba yang terbaik untuk membelajar cara seorang surirumah, pembunuh demi pembunuh datang untuk mengalahkannya!

Resident Evil: Infinite Darkness – Tayangan Perdana Global: 2021

Pada tahun 2006, terdapat jejak tentang akses yang tidak sah untuk fail rahsia Presidenyang terdapat di rangkaian White House. Ejen persekutuan Amerika, Leon S. Kennedy adalah antara yang dijemput ke White House untuk menyiasat kejadian ini, tetapi apabila lampu tiba-tiba padam, Leon dan pasukan SWAT terpaksa berhadapan dengan segerombolan zombi misteri.

Sementara itu, kakitangan TerraSave, Claire Redfield menemui gambar misteri yang dilukis oleh seorang pemuda di sebuah negara yang dikunjunginya, sambil memberikan sokongan kepada orang pelarian. Dihantui oleh gambar ini, yang nampaknya adalah mangsa jangkitan virus, Claire memulakan siasatan sendiri. Keesokan pagi, Claire mengunjungi White House untuk meminta pembinaan kemudahan kebajikan.

Di sana, dia berpeluang bertemu kembali dengan Leon dan menggunakan kesempatan itu untuk menunjukkan kepadanya lukisan itu. Leon nampaknya menyedari sejenis hubungan antara wabak zombie di White House dan gambar aneh itu, tetapi dia memberitahu Claire bahawa tidak ada hubungan lalu meninggalkan tempat itu. Tidak lama kemudian, kedua-dua wabak zombie di negara-negara yang jauh ini membawa kepada suatu peristiwa yang akan mengubah nasib dunia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAnimeJapan2021EDENnetflixRecord of RagnarokResident Evil: Infinite DarknessTHE WAY OF THE HOUSEHUSBANDYASUKE
Previous Post

[Review] Hidup makin sihat dan cergas bila pakai Digimon Vital Bracelet

Next Post

Nexon mendedahkan Pelaburan di Hasbro, BANDAI NAMCO, KONAMI dan SEGA SAMMY

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Nexon mendedahkan Pelaburan di Hasbro, BANDAI NAMCO, KONAMI dan SEGA SAMMY

Nexon mendedahkan Pelaburan di Hasbro, BANDAI NAMCO, KONAMI dan SEGA SAMMY

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd