Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime yang paling banyak dicari setakat April 2022 menurut Google

safwan by safwan
April 22, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Anime yang paling banyak dicari setakat April 2022 menurut Google
Share on FacebookShare on Twitter

Anime telah menjadi salah satu media yang semakin popular setiap tahun dengan penjualan manga yang melonjak tinggi dalam beberapa tahun ini. Dengan siri seperti One Piece, Demon Slayer dan Attack on Titan membantu menaikkan populariti anime di seluruh dunia. Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda, senarai baharu bagi 10 siri anime yang paling banyak dicari setakat April 2022 dan anda mungkin terkejut dengan apa yang disenaraikan.

Walaupun anime telah menjadi sebahagian besar budaya Jepun sejak sekian lama, medium ini terus berkembang pesat di seluruh dunia dengan kehadiran internet yang membolehkan peminat anime menonton siri anime baharu dan membaca manga baharu.

Dengan Luffy yang baru mendapat kuasa baharu iaitu Gear 5, ramai peminat yang mencari tentangnya dan membuatkan One Piece melonjak naik. Kepada yang tidak tahu, One Piece merupakan anime shonen yang masih belum tamat dengan siri anime pada episod 1011 dan siri manga yang telah mencapai bab 1047. Anime siri ini telah direhatkan selama sebulan selepas Toei Animation digodam.

Siri Demon Slayer masih dicari oleh ramai penggemar anime walaupun ia telah habis ditayangkan untuk musim kedua pada Februari lalu. Dengan menggunakan filem Kimetsu No Yaiba Mugen Train sebagai pembukaan musim kedua, ramai peminat menonton siri ini untuk mengetahui apa yang terjadi selepas arc Mugen Train. Buat masa sekarang, mereka tidak umumkan sebarang tarikh untuk menayangkan musim ketiga.

Berikut adalah 10 siri anime yang paling banyak dicari mengikut urutan:

10. The Case Study of Vanitas

9. Arifureta: From Commonplace to World’s Strongest

8. World’s End Harem

7. Ranking of Kings

6. Detective Conan

5. My Dress-Up Darling

4. Boruto: Naruto Next Generations

3. Attack on Titan

2. Demon Slayer

1. One Piece

Maka tamatlah senarai saya untuk 10 anime yang paling dicari setakat April 2022 menurut Google. Supaya tiada yang salah faham, senarai ini akan sentiasa dikemaskini mengikut perkembangan semasa. Untuk segala liputan kami tentang anime, termasuk fakta dan trivia lain, sila tekan pautan ini.

Sumber: DataWeaboo

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on TitanBoruto: Naruto Next GenerationsDemon Slayerone piece
Previous Post

Radeon RX 6400 – GPU Entry Level dengan harga berpatutan dari AMD

Next Post

Acara ekslusif MTG: Streets of New Capenna Learn-To-Play, Kenali mocktail dan segalanya tentang New Capenna!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Acara ekslusif MTG: Streets of New Capenna Learn-To-Play, Kenali mocktail dan segalanya tentang New Capenna!

Acara ekslusif MTG: Streets of New Capenna Learn-To-Play, Kenali mocktail dan segalanya tentang New Capenna!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd